Ancasa Junior Chef 2018 Lapangan Cungkil Bakat Si Cilik
Bila musim cuti sekolah je, mesti ibuayah pening nak susun aktiviti terbaik untuk anak-anak mengisi masa lapang. Sekali lagi pada kiraan tahun yang keempat ; AnCasa Residences Port Dickson telah menganjurkan AnCasa Junior Chef 2018 bagi mencungkil bakat-bakat baharu disamping mengisi masa lapang anak-anak yang sedang bercuti
Sempat kakak berborak dengan beberapa orang ibuayah yang menghantar penyertaan untuk anak-anak mereka mengakui buntu dan tidak tahu apa aktiviti terbaik bagi mengisi masa lapang anak-anak zaman milenial yang kebanyakan dari mereka sedia terdedah dengan pelbagai peranti yang lebih menghiburkan. Em. Mesti ada yang berfikiran sama macam kakak kan ? Hee~ Tak pe
Sempena cuti sekolah, sekali lagi AnCasa Residences Port Dickson menjadi penganjur AnCasa Junior Chef untuk musim keempat yang telah menerima 43 penyertaan ( melebihi sasaran ) dari peserta cilik yang berusia enam hingga 12 tahun. Dengan kerjasama dari ADABI, program seumpama pencarian tukang masak tersohor bukan lagi sekadar dalam televisyen tetapi seawal usia kanak-kanak boleh diberi pendedahan tentang nilai-nilai kemahiran sejajar dengan perkembangan mereka
Pada pendapat kakak, pepatah MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG merupakan pepatah lama yang boleh digunapakai sehingga ke hari ini dan masih relevan dalam usaha mendidik anak-anak menjadi manusia yang lebih berdaya saing serta mampu berdikari
ANCASA JUNIOR CHEF 2018
Setiap peserta perlu menyediakan masakan ringkas dan berkhasiat iaitu :
Salad Kekacang dan Sayuran beserta Sos Bijan dan Roti Pita Papilotte Ayam, Sayuran dan Kentang Triffle Buah-buahan Segar bersama Aiskrim
Guideline juga diberikan.
‘AnCasa Junior Chef merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasana yang santai dan paling penting ia juga menyeronokkan. Daripada program ini, ibubapa dan anak-anak secara tidak lansung dapat mewujudkan family bonding yang berkualiti..’
- Puan Hazlina ; Pengurus AnCasa Residences
TAK !!
Peserta tidak dibiarkan sebegitu sahaja sebaliknya program diketuai oleh Ketua Chef Yohanis Jalaludin dan turut dibantu oleh 25 orang kakitangan bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Bukan peserta je teruja tapi kakak dan barisan media yang lain juga sama-sama ikut sibuk mempelajari resepi baharu. Al-maklum lah, ibu yang sangat mementingkan pengambilan makanan sihat untuk anak-anak perlu juga menyelit supaya tidak ketinggalan. Mana boleh kalah dengan peserta cilik kan. Hee~
Demo dari yang pakar untuk bakal pakar. Wah ! Semua tekun.
Alahai !! Comel nye awak !!
READYYYYYYYYYY--
Sebagai penghargaan kepada peserta, pihak penganjur juga telah menyediakan lampiran resepi, apron dan topi chef serta cenderahati dari pihak ADABI. Paling best dan bermakna bila setiap dari mereka juga turut menerima sijil penyertaan dan makanan yang mereka sediakan boleh dibawa pulang untuk dinikmati bersama keluarga
Seronok tengok setiap dari mereka mempelajari perkara baharu disamping mengutip serba sedikit pengalaman bagaimana mengendalikan peralatan dan ‘bermain’ dengan makanan secara tertib. Ya ! Kakak sebagai ibu ( dan mewakili ibu-ibu lain di luar sana. Hee~ ) bersetuju program seperti ini perlu mendapat liputan dengan lebih meluas untuk sama-sama melahirkan ganerasi yang lebih memahami erti tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang sekeliling
“Didiklah anakmu, karena sesungguhnya engkau akan dimintai pertanggungjawaban mengenai pendidikan dan pengajaran yang telah engkau berikan kepadanya. Dan dia juga akan ditanya mengenai kebaikan dirimu kepadanya serta ketaatannya kepada dirimu.”
Tuhfah al Maudud hal. 123
Bagaimana kita mengisi masa lapang anak-anak pada musim cuti sekolah adalah bagaimana kita membentu keperibadian mereka. In Shaa Allah – jumpa lagi untuk musim kelima dengan cabaran yang lebih PADU untuk chef-chef cilik kita ! Hee~
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai informasi mengenai aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kumpulan AnCasa Hotel ; mungkin pautan di bawah boleh membantu korang :
LAMAN WEB : http://www.ancasahotels.comFACEBOOK : https://www.facebook.com/Ancasa-Residences-Port-DicksonINSTAGRAM : https://www.instagram.com/ancasapd
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2018/12/ancasa-junior-chef-2018-lapangan.html