Check In Hanyang
Assalamualaikum WBT
SELEPAS menamatkan tontonan episod K-drama, Bon Appetit, Your Majesty bulan lepas, ia digantikan dengan satu lagi K-drama. Sk cuma tengok sampai episod 1 jer, tu pun tak habis sebab macam mengarut jer ceritanya. Mengarut tu tak apa, kita faham ianya fiksyen tapi bila menyimpang sampai jadi syirik, terus takut nak tengok. Risau terpesong pulak nanti. Aaa.. masa tu sambil-sambil jugak tengok The King's Affection. Kisah seorang puteri raja yang menyamar jadi putera yang diterbitkan pada tahun 2021. Sk tengok jugak The Red Sleeves, aaa.. yang tu sad ending ya, nangissss kita.

Dah habis drama-drama tu, Sk cari-cari cerita lain yang menarik, jumpa pulak drama bersiri ini bertajuk, Check-in Hanyang. Macam menarik jugak, lagi kisah penyamaran seorang perempuan jadi lelaki dan pembalasan dendam. Episod 1 pun dah best dan mendebarkan

Ia mengisahkan tentang Hong Min Sik, seorang ahli perniagaan berjaya.

Hong Min Sik ada seorang anak perempuan berusia 10 tahun, Hong Jae-on

Ini pulak kawan baik dan rakan kongsi Hong Min Sik, Cheon Mak Dong

Ini Raja

Yang ni Menteri Perang. Dia ni kalau berlakon jadi Menteri jarang jadi baik ek, kecuali dalam Bon Appetit, haha. 12 tahun sebelumnya, Menteri Perang dan Cheon Mak Dong ni nak menguasai Raja pada masa itu iaitu abang pada Raja yang sekarang (gambar atas), jadi mereka nak suruh raja tu turun takhta dengan helah. Dihasutlah adik raja pada masa tu, rupa-rupanya, diracun. Jadi raja asal tu mangkat dan adiknya dilantik menjadi raja. Tujuannya lantik adik, sebab adik tu mudah digula-gulakan, kiranya raja sebagai boneka sahaja.

Ini pulak anak raja yang diracun tu. Masa ayah dia kena racun tu dia budak-budak lagi dan selalu sakit. Tu la tu lantik adik raja menggantikan raja yang diracun

Rahsia kejadian meracun raja tu diketahui Hong Ming Sik dan dia tak mahu terlibat. Segala bukti resit beli racun tu disimpan dalam sebuah buku lejar dan disimpan dalam satu peti berkunci. Kunci tu pulak, terbahagi kepada dua, jadi satu dia beri kepada anak dia, Jae On. Sebelum tu, dia pesan pada Jae On, supaya lari jauh dari situ dan satu lagi arahan dia, "Mulai hari ini, ayah mahu kamu jadi lelaki!!" Dalam gambar tu bukan buku lejar sebenar, hahahaha
Semasa melarikan diri, Jae On nampak ayahnya ditikam oleh Seol Mae Hwa yang jugak anak buah ayahnya. Jae On lari dan menukar namanya kepada Deok Su
Apa yang bestnya, Deok Su ni watak dia nampak lagi real dan tegas la jadi lelaki berbanding puteri dalam The King's Affection tu. Cuma muka perempuan tu memang tetaplah perempuan walaupun dia cakap macam kasar-kasar guna suara besar. Macam bo*** pulak semua orang tak tahu dia sebenarnya perempuan, hahaha.
Deok Su memohon menjadi perantis di sebuah rumah tumpangan di Hanyang bernama Yongcheonru yang dimiliki oleh Cheon Mak Dong. Semasa menjalani latihan di Yongcheonru, Deok Su ditempatkan dalam sebuah rumah bersama kumpulannya yang terdiri dari Eun Ho, Jun Hwa dan Soo Ra. Perantis-perantis di rumah tumpangan ni semuanya lelaki tau. Ni kawan-kawan yang sekumpulan dengan Deok Su

Eun Ho. Dia ni sebenarnya anak raja dan disuruh menjalani latihan perantis untuk bersembunyi dari Menteri Perang selain sebagai persediaan menjadi Putera Mahkota
Jun Hwa, anak Cheong Mak Dong, bakal pewaris Yongcheonru. Tinggi dan hesmes betul tak ikut langsung muka ayah dia, hahaha

Ko Soo Ra.. ni dari keluarga susah dan banyak hutang

Semasa menjadi perantis, banyak la tugasan mereka kena buat dan akan diberi markah. Sekiranya gagal akan dikenakan penalti. Satu hari mereka diberi tugasan mencuci cadar di sungai, entah macam mana Deok Su tergelincir tapi berjaya diselamatkan Eun Ho. Mereka pun bawa balik ke bilik rehat mereka dan Jun Hwa nak tukarkan baju Deok Su yang basah tu, baru dia tahu Deok Su tu perempuan. Jun Hwa bagus ya, lepas dia tahu Deok Su perempuan, dia tak bagi tahu sesiapa pun malah Deok Su pun tak tahu yang Jun Hwa ni dah tahu dia perempuan

Paling geram, saingan perantis mereka Kim Myeong Ho ni kan, dia macam syak la yang Deok Su tu perempuan sebab tak pernah mandi kat kolah sama-sama dorang. Dia sentiasa cari cara untuk membuktikan yang Deok Su tu perempuan, eiiii.. suspens betullahhh

Eun Ho pulak macam ada perasan dekat Deok Su tapi dia abaikan, sebab tak mungkinlah dia nak suka dengan lelaki. Drama ni 16 episod dan Sk tak skip langsung ya, tapi tak la marathon dari episod 1 sampai 16. Setiap episod tu takde nak meleweh-leweh, mesti ada cerita dan rahsia yang terbongkar satu-persatu sehinggalah dah episod ke 10 ke atas la kot barulah Eun Ho tahu yang Deok Su ni sebenarnya perempuan. Tapi tu la, Jun Hwa pun suka jugak dengan Deok Su, camno?
Sejujurnya Sk rasa, Check-in Hanyang ni lagi best dari Bon Appetit, Your Majesty. Nak tahu apa jadi, kena tengoklah ek drama ni sendiri, Sk tak nak cerita sampai habis, hehehehe. Yang dah tengok, syhhhhhhh!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/check-in-hanyang.html