Che Ta Berb4lut Muka B4dan Dress Anggaran Rm50 000 Sesekali Orang Tak Payah Tengok Muka Kita Why Not
Penampilan figura popular, Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai ‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail semalam di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021, mencuri tumpuan ramai.
Serba hitam, pelakon dan usahawan itu tampil dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ bertatahkan batu berlian sepanjang majlis berlangsung berbeza dengan imejnya sebelum ini yang sinonim glamor lengkap bersolek cantik.
Ia secara tak langsung mengimbas imej selebriti Hollywood, Kim Kardashian ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini.
Pada majlis itu, Che Ta menyarung gaun moden hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill yang dijahit dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ yang dianggar berharga RM50,000.
Persalinan ambil masa selama sebulan untuk disiapkan dan mmengenai perkara itu, Che Ta akui dia mempunyai sebab tersendiri untuk tampil sedemikian.
“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.
“Lagipun pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang terang-terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali.
Barangkali semput juga saya jadinya. “Cuma sedikit mencabar sebab saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis.
Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.
Ezuwan turut tampil tersendiri menemani Che Ta menerusi padanan sut hitam berharga RM40,000.
Dia yang sudah lapan tahun membina jenama fesyennya percaya aktres terbabit mampu membawa ilham dan imaginasi rekaannya pada acara berkenaan.
“Apabila diundang ke acara itu, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Cuma apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya saya sendiri tak menyangka.
“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi. Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik,” katanya.
Acara KLFA yang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.
Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/2Q0HZFA
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2021/11/che-ta-berb4lut-muka-b4dan-dress.html