Cerita Ular Dan Cacing Besar


Entri pada tarikh yang jarang ditemui - 29 Februari. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak saudara dan biras saya yang menyambutnya pada hari ini. Semoga beroleh bahagia di dunia dan akhirat

——-
Dalam entri Tumpang Tidur, saya ada menyebut berkenaan ular dan cacing besar. Saya cuba catatkan kisahnya tanpa foto yang jelas supaya entri ini tak mengganggu perasaan kalian yang membaca 😄
ULAR DI TINGKAP BILIK TIDURSebelum ini memang ada yang berpesan kepada saya supaya berhati-hati dengan kehadiran ular di rumah. Saya juga diingatkan supaya jangan biarkan pintu sliding door terbuka tanpa pengawasan kerana bimbang ular menyelinap masuk. Jadinya saya cuma buka beberapa buah tingkap di ruangan tertentu bagi tujuan pengudaraan. Saya fikir, ular tak memanjat dinding untuk masuk rumah melalui tingkap. Tapi…
Foto tingkap bilik sejurus selepas ular berjaya dikeluarkan.Pagi 4 Januari lalu, saya buka satu daun tingkap sahaja di bilik tidur supaya cahaya matahari pagi dan udara segar dapat masuk ke bilik. Menjelang tengah hari saya tutup daun tingkap tersebut dan turunkan bidai bagi menghalang terik matahari. Sebagai makluman - tingkap ni ada tiga ‘lapisan’ iaitu tingkap cermin di luar, kemudian ada grill tingkap dan tambahan jaring nyamuk aluminium

Petangnya, saya tergerak hati nak melihat ke luar rumah. Saya tarik tali bidai tingkap dan terkejut melihat seekor ular berwarna coklat sedang melingkar pada bingkai tingkap 😱. Spontan saya menjerit dek terkejut. Walaupun saiz ular taklah besar, mungkin anak ular tapi dah cukup buat saya terkejut dan rasa seram! Maknanya tengah hari tadi masa saya tutup daun tingkap, si panjang ni dah berada di sudut bingkai tingkap yang saya tak perasan 😧
Saya tenangkan diri (tarik nafas dalam-dalam) dan terus hubungi Encik Suami di tempat kerja. Alhamdulillah tak terjadi perkara buruk, ular berjaya dibawa pergi ke tempat lain oleh seorang kawan Encik Suami. Begitulah kisah saya yang pertama kali menghadapi situasi ular hampir masuk ke kediaman kami


CACING BESARKalian pernah jumpa cacing dengan saiz besar dan panjang? Saya pernah jumpa beberapa kali sewaktu di kampung. Kali ini bukan sesekali jumpa tau, tetapi setiap hari (dalam suatu tempoh masa) dan dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah lebih 20 ekor dalam satu masa

Maka, menjeritlah saya (dengan jeritan kecil) setiap pagi bila keluar rumah nampak cacing besar bersepah di lantai luar. Kebanyakkannya dah mati/tak bergerak dan ada sebahagian kecil masih bergerak. Lama-kelamaan bila dah setiap hari nampak, saya dah tak menjerit cuma muka berkerut dek rasa geli

Setiap hari juga, saya menyaksikan kumpulan kerengga berusaha membawa cacing-cacing ini melalui kabel telefon menuju ke sarang kerengga di sebatang pokok. Saya geli pada cacing, tapi terselit rasa lucu dan kasihan juga melihat cacing-cacing ini menjadi ‘lauk kenduri’ kumpulan kerengga

Foto-foto ‘penghantaran lauk kenduri’ ini dirakam sekitar penghujung Disember sehingga pertengahan Januari. Biar panas terik, hujan turun atau di awal pagi, gigih kumpulan kerengga ini bekerja. Paling geli dan seram (kalau-kalau terjatuh!) bila ada sehingga tiga ekor cacing bergantungan di kabel ini

Pagi 1 Februari, akhirnya saya dapat keluar rumah melakukan ‘morning walk’ dengan tenang kerana tiada lagi kelihatan cacing besar di lantai luar rumah dan di jalanan. Fuh, lega! Syukurlah kehadiran cacing yang seperti satu serangan ini ada tempoh masa

Menurut pemerhatian saya, ianya muncul sekitar pertengahan Disember sehingga penghujung Januari. Mula-mula sedikit, kemudian banyak dan selepas itu berkurangan sehinggalah tiada langsung

Apa faktor ‘mereka keluar beramai-ramai’ tidaklah saya ketahui. Carian internet gagal menemukan jawapan. Teori yang boleh saya fikirkan, ada dua kemungkinan iaitu musim cacing keluar untuk bertelur/mengawan kemudian mati dan/atau petanda bermulanya musim panas kemarau di Perlis (cacing keluar dek kepanasan)

Saya catatkan kisah ini di blog sebagai satu dokumentasi bagi tujuan pemerhatian saya terhadap alam sekitar di sini. Saya rasa seronok dapat memerhatikan dan mengenali pelbagai hidupan di sini (meskipun seram dengan si panjang 😅)









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/02/cerita-ular-dan-cacing-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nintendo Telah Mendakwa Yuzu Kerana Memudahkan Pencurian Secara Besar Besaran

Nintendo Telah Mendakwa Yuzu Kerana Memudahkan Pencurian Secara Besar Besaran

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 83 hits
Nintendo telah memfailkan saman terhadap Yuzu emulator Switch di Mahkamah Persekutuan AS Saman tersebut yang dikesan oleh bekas Editor in Chief Kotaku Stephen Totilo nampaknya menunjukkan bahawa syarikat permainan ingin memusnahkan emulator...
Bukit Chabang Mari Padang Besar Perlis Tempat Viral Di Perlis

Bukit Chabang Mari Padang Besar Perlis Tempat Viral Di Perlis

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 112 hits
Bukit Chabang MariBukit Chabang Mari ni adalah tempat viral yang sering muncul di media sosial Ramai pengunjung yang pernah datang ke sini share pengalaman mereka ber OOTD Bukit Chabang Mari ni terletak di Padang Besar Perlis Cabaran paling...
Impak Sst 8 Tekanan Lebih Besar Buat Rakyat

Impak Sst 8 Tekanan Lebih Besar Buat Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 134 hits
harakahdaily comMarch 1 2024Percaturan Kerajaan Madani yang menaikkan kadar SST kepada 8 peratus bermula hari ini 1 Mac 2024 meletakkan rakyat dalam kancah tekanan yang lebih mencabar KUALA LUMPUR Peningkatan kadar sistem cukai jualan dan p...
Guru Besar Umj Ingatkan Gerakan Pro Khilafah Masih Eksis Begini Modus Barunya

Guru Besar Umj Ingatkan Gerakan Pro Khilafah Masih Eksis Begini Modus Barunya

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 80 hits
Sri Yunanto mengingatkan kepada seluruh pihak bahwa pergerakan kelompok pro khilafah masih tetap eksis di Indonesia
Kua Bakal Layani Perkawinan Semua Agama Guru Besar Uin Jakarta Ini Gagasan Out Of The Box

Kua Bakal Layani Perkawinan Semua Agama Guru Besar Uin Jakarta Ini Gagasan Out Of The Box

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 89 hits
Ini gagasan out of the box namun sangat rasional karena sejatinya Kemenag adalah kementerian untuk semua agama kata Tholabi
Mimpi Jokowi Konser Besar Bakal Digelar Di Ikn

Mimpi Jokowi Konser Besar Bakal Digelar Di Ikn

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 62 hits
Presiden juga berharap IKN nantinya bisa menjadi menjadi pusat ecotourism atau wisata lingkungan seiring penataan kawasan hutan di sana
Facebook Instagram Tidak Boleh Log Masuk Alami Gangguan Besar Besaran Di Beberapa Negara

Facebook Instagram Tidak Boleh Log Masuk Alami Gangguan Besar Besaran Di Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 114 hits
NEW YORK Aplikasi Facebook dan Instagram iaitu platform syarikat induk Meta dilaporkan mengalami gangguan besar besaran di beberapa buah negara termasuk Malaysia Pemegang akaun bagi kedua dua aplikasi berkenaan yang cuba log masuk ke tapak ...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin