Cerita Seram Pencuci Rumah Undang Meremang Nampak Perempuan Di Tingkat Atas


KUALA LUMPUR – Suasana sunyi waktu malam, rumah stor yang jarang berpenghuni serta kerja pembersihan yang bermula selepas senja rupanya menjadi permulaan kepada satu pengalaman menyeramkan. Apa yang berlaku bukan sahaja membuatkan bulu roma meremang, malah terjadi dalam sekelip mata sehingga ada yang terus enggan menoleh ke belakang.
Tular di media sosial Threads satu perkongsian menyeramkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai @huzaidharis apabila mendedahkan pengalaman tidak dijangka melibatkan dua pencuci rumah warga Indonesia yang diupahnya.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu memaklumkan dia mengupah dua wanita untuk mencuci sebuah rumah miliknya yang dijadikan stor simpanan barang. Kerja pembersihan itu dijadualkan bermula sekitar jam 8 malam.
Menurutnya, selepas memberi penerangan ringkas serta menunjukkan peralatan pembersihan, dia meninggalkan kedua-dua wanita itu di rumah berkenaan kerana mahu keluar makan malam.
Panggilan Mengejutkan Tidak Sampai Lima Minit
Bagaimanapun, tidak sampai lima minit bergerak, dia menerima panggilan daripada salah seorang pencuci yang meminta kerja dibatalkan secara tiba-tiba dengan alasan sakit perut.
Curiga dengan alasan tersebut, lelaki itu berpatah balik ke rumah stor berkenaan. Setibanya di lokasi, dia mendapati kedua-dua pencuci itu sudah berada di luar pagar dalam keadaan panik, manakala lampu dan pintu rumah dibiarkan terbuka.
Dakwaan Terlihat Kelibat Di Tingkat Atas
Apabila diasak dengan soalan, akhirnya salah seorang daripada mereka mengaku tidak mengalami sakit perut. Sebaliknya, mereka mendakwa terlihat kelibat seorang “perempuan” sedang duduk di sudut bilik di tingkat atas rumah tersebut sambil memerhati mereka.
Menurut pengakuan itu, kedua-duanya naik ke tingkat atas untuk memulakan kerja sebelum menyedari kehadiran kelibat tersebut, lalu bertindak melarikan diri ke bawah dan segera menghubungi majikan untuk pulang.
Pemilik rumah itu turut mengakui tidak terkejut dengan kejadian berkenaan kerana rumah stor tersebut memang pernah mempunyai kisah tersendiri sebelum ini, malah dia sendiri pernah mengalami pengalaman pelik di situ.
Lebih mencetuskan perbualan, lelaki itu turut memuat naik video sebagai bukti sambungan kepada kejadian yang dikongsikannya.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui meremang membaca kisah berkenaan, apatah lagi dibaca sebelum tidur.
“Alhamdulillah cerita hantu lagi sebelum tidur, terapi untuk saya,” tulis seorang pengguna.
Ada juga yang mempersoalkan mengapa kerja pembersihan dilakukan pada waktu malam, namun pemilik akaun menjelaskan kedua-dua pencuci tersebut hanya lapang pada waktu berkenaan.
Tidak kurang juga yang berkongsi pandangan dan kepercayaan masing-masing, termasuk ada yang berpendapat individu yang kurang bernasib baik lebih mudah berdepan pengalaman seperti itu.
“Kita yang baca pun dah seram, apatah lagi yang alami sendiri,” komen seorang netizen.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi warga maya, daripada rasa seram sehinggalah diselitkan dengan elemen humor.
Apa pun, kisah yang dikongsikan itu menjadi peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati, khususnya ketika berada di lokasi sunyi dan jarang berpenghuni pada waktu malam. Sama ada kebetulan atau sebaliknya, pengalaman sebegini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya. – The Malaysian Update
The post Cerita Seram Pencuci Rumah Undang Meremang, Nampak ‘Perempuan’ Di Tingkat Atas appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/22/cerita-seram-pencuci-rumah-undang-meremang-nampak-perempuan-di-tingkat-atas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Rumah Di Perkampungan Atas Air Tawau Hangus

30 Rumah Di Perkampungan Atas Air Tawau Hangus

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 122 hits
Tiada mangsa dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran itu Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Sri Aman yang marak dengan cepat dan merebak ke kawasan sekitar akibat struktur kediaman rapat diperbuat daripada pap...
G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian

G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 131 hits
SEOUL Tular di media sosial satu video memaparkan artis K pop terkenal G Dragon yang mencuri perhatian apabila kelihatan semua hadirin berdiri dan hanya duduk selepas beliau mengambil tempat Detik itu mencerminkan tahap penghormatan luar bi...
Belum Ada Dalam Undang Undang

Belum Ada Dalam Undang Undang

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 61 hits
Mohd TarmiziDia macam ni saudara2 Tahanan Rumah belum ada dalam Undang2 Negara kita 2016 dulu pernah Anwar mohon juga Tahanan Rumah ditolak Mahkamah sebab tiada peruntukkan undang2 Jadi apa tugas pembangkang selepas ini Ahli politik pembuat...
Senat Meluluskan Rang Undang Undang Pengumpulan Cukai 2025 Untuk Memodenkan Sistem

Senat Meluluskan Rang Undang Undang Pengumpulan Cukai 2025 Untuk Memodenkan Sistem

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 100 hits
Dewan Senat telah meluluskan undang undang untuk memodenkan sistem percukaian Malaysia yang memperkenalkan pemfailan secara digital dan penilaian diri untuk duti setem bagi meningkatkan kecekapan dan pematuhan KUALA LUMPUR Dewan Senat telah...
Tangisan Seorang Ayah Di Aceh Undang Sebak Usaha Rakyat Malaysia Jadi Sinar Harapan

Tangisan Seorang Ayah Di Aceh Undang Sebak Usaha Rakyat Malaysia Jadi Sinar Harapan

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Detik menyayat hati seorang bapa yang terdesak akibat bencana banjir lumpur di Aceh mencuri perhatian ramai di media sosial sekali gus mengundang sebak dalam kalangan warganet Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik di Insta...
Suntikan Kurus Dibeli Online Undang Padah Wanita Di China Kritikal

Suntikan Kurus Dibeli Online Undang Padah Wanita Di China Kritikal

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 149 hits
BEIJING Seorang wanita berusia 28 tahun di Suzhou wilayah Jiangsu China dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal awal bulan ini selepas menjalani rawatan penurunan berat badan menggunakan suntikan kurus yang dibeli secara dalam talian ...
Keputusan Mohon Dnaa Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang Undang Agc

Keputusan Mohon Dnaa Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang Undang Agc

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 75 hits
Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang undang AGC KUALA LUMPUR 22 Dis Jabatan Peguam Negara hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ah...
Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 194 hits
Dalam situasi perhatian umum yang tinggi peranan undang undang dan kewibawaan kehakiman menjadi jelas dan sangat penting RAID moral terkini telah mencetuskan perbincangan luas dalam kalangan awam bukan sekadar mengenai penguatkuasaan aktivi...
Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 166 hits
Rumah tangga penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan suaminya Tiko Aryawardhana kembali menjadi bualan hangat netizen selepas tular dakwaan kononnya Bunga berdepan keganasan rumah tangga sehingga memfailkan perceraian Malah turut terseba...
Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Keputusan Penting Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Keempat Fam

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Tinjauan Ekonomi Peperangan Memahami Dinamik War Economy Di Amerika Syarikat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers

How To React The Next Time Someone Points A Finger At You And Shout Out Kafir

Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar Destinasi Sarapan Pagi Popular Di Setiu Terengganu