Cerita Melayu Oleh Melayu


 
Jika anda beritahu saya bahawa saya sedang ditipu secara terang-terangan akibat sikap lalai dan jahil saya sendiri, ia bermakna anda anggap saya seorang yang tidak sedar saya sedang ditipu lalu membiarkan diri ditipu kerana lalai dan jahil.
Dalam lain perkataan, anda melihat saya sebagai orang tidak peka, tidak peduli diri ditipu, malah tidak cerdik atau mungkin juga bodoh sehingga tidak tahu diri sedang ditipu dengan terang dan juga mengizinkan penipuan ke atas saya dijalankan. Itu sebabnya anda berkata saya sedang ditipu akibat kelalaian dan kejahilan sendiri.
Mungkinkah itu anggapan Hadi Awang apabila beliau berkata menerusi hantaran di media sosial tempoh hari bahawa “kaum Melayu dipermain-mainkan dan ditipu secara terang-terangan dalam kejahilan dan kelalaian mereka.”
Berkata pula sekutu beliau, Dr Mahathir Mohamad (yang dulu seterunya, kemudian sekutu, jadi seteru semula, dan kini sekutu) bahawa “orang Melayu tak sedar masalah menimpa mereka”, ketika menyenaraikan 12 masalah orang Melayu dalam Proklamasi Orang Melayu anjurannya.
Bolehkah disimpulkan ketika berkata orang Melayu tidak sedar juga menganggap orang Melayu lalai, jahil, tidak cerdik, atau tidak peduli tentang masalah yang menimpa mereka, atau amat bodoh sehingga masalah yang menimpa pun mereka tidak sedar?
Mahathir terkenal dengan pendapat “Melayu malas”. Untuk sekian lama dan berulang kali beliau menegaskan orang Melayu malas dan tidak mahu kerja keras. Banyak kali kita dengar kata-kata Mahathir bahawa “Melayu tidak sanggup buat kerja berat dan kasar kerana berasa ia pekerjaan hina dan berpendapatan rendah”.
Perlu ditegaskan artikel ini tidak berhasrat memutuskan sama ada pendapat Mahathir itu betul atau tidak. Bukan juga untuk mengupas mengapa beliau berkata apa yang beliau kata. Artikel ini sekadar berkongsi sedikit sebanyak apa yang pernah dikatakan beliau seperti dilapor media.
Pada September 2019 ketika membuat catatan dalam blognya, Mahathir berkata Melayu masih malas dan rela menyerahkan segala kerja kepada bangsa asing. Namun Mahathir pernah memohon maaf (jika ia boleh disifatkan demikian) kerana melekatkan label ‘malas’ ke atas orang Melayu. Umpamanya pada September tahun lalu, beliau dipetik media berkata “Saya minta maaf. Orang Melayu rajin. Tetapi masalah boleh diatasi dengan saya minta maaf? Kalau kerana saya minta maaf orang Melayu jadi kaya, baik saya minta maaf. Itu kalau nak.”
Mahathir pernah menyifatkan kegagalannya yang terbesar ialah tidak berjaya mengubah sikap malas orang Melayu. Beliau dipetik berkata, “saya sudah lakukan bermacam-macam, merayu, berdoa tetapi tidak berjaya.”
Ads by KioskedPenjajah Inggeris pun ada menyifatkan orang Melayu sebagai pemalas. Lantas gelaran “the lazy natives”. Kata mereka Melayu malas untuk kerja di lombong bijih timah dan estet getah. Itu digunakan untuk menjustifikasi langkah membawa tenaga kerja dari China dan India. Namun ada pendapat mengatakan orang Melayu ‘malas’ kerja di lombong dan estet kerana tidak mahu Inggeris mengaut keuntungan hasil titik peluh mereka. ‘Kemalasan’ mereka, kata sesetengah pihak, tindakan boikot. Protes secara senyap, lawan tanpa keganasan. Betul begitu? Waullahualam.
Oleh kerana Mahathir menganjurkan Proklamasi Orang Melayu dan Hadi menyokongnya demi ‘menyelamatkan orang Melayu’, bolehkah digabungkan pendapat mereka mengenai orang Melayu seperti berikut: “Dah lah malas, jahil pulak tu”?
Mahathir mendakwa Proklamasi Orang Melayu yang dibawanya bukan langkah politik. Begitu juga Hadi dalam menyokong tindakan Mahathir itu. Saya bagaimanapun tidak dapat elak daripada percaya apa yang dilakukan ialah langkah politik bertujuan menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih kuasa memerintah negara.
Pilihan raya akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi. Jangan nafi bahawa mereka mahu sokongan orang Melayu di peti undi – komuniti sama yang mereka anggap malas, lalai, dan jahil. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/cerita-melayu-oleh-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Sedang Ditipu Terang Terangan Kata Hadi

Orang Melayu Sedang Ditipu Terang Terangan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 391 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 9 2023 10 38 AMPresiden PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi mengajak orang Melayu menyertai perpaduan yang diusahakannya agar bangsa berkenaan dapat diselamatkan sekali gus mencontohi langkah yang didakwanya dil...
Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 270 hits
Walau apa jua hujah yang cuba disimpang siurkan secara umumnya semua orang sedar Proklamasi Melayu yang merupakan sebuah gerakan tajaan Tun Mahathir Mohamad adalah bertujuan untuk membawa orang orang Melayu menjauhi dan menolak kepimpinan A...
Nak Bantu Melayu Pulangkan Semula Apa Yang Kamu Sakaw

Nak Bantu Melayu Pulangkan Semula Apa Yang Kamu Sakaw

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 222 hits
Tegas dan padu Tak ada lagi berselindung Tak ada lagi nak sinis sinis Jelas DS Anwar sebut Mahathir dan Daim Betul apa yang DS Anwar katakan Mereka ini masa dalam kerajaan dulu bukan sikit yang mereka kaut untuk diri dan keluarga mereka Mas...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry