Cerita Hari Rabu
Cerita Hari Rabu. Tahu-tahu hari Rabu tiba lagi. Tiada wordless hari ni sebab akak nak berkongsi satu cerita. Nak dengar cerita?
Akak bukanlah peminat cerita Tamil ataupun Hindi. Tapi minat tu datang selepas akak ke India baru-baru ni. Melihatkan suasana di sana tidak jauh beza dengan apa yang disampaikan dalam kisah-kisah dikaca tv membuatkan akak kerap mencari cerita-cerita Tamil dan Hindi yang ditayangkan. Paling mudah cari di neflix aje.
Cerita terbaru yang akak tonton ialah Mrs Chatterjee vs Norway. Pada akak cerita ni ada banyak nilai dan pengajaran. Antaranya kasih sayang seorang ibu yang sanggup melakukan apa saja demi anak-anak.
Cerita jni adalah berdasarkan kisah benar. Akak memang salute dengan sinimatografi pengarah India ni. Pernah belajar dengan pensyarah dari India masa di uni dulu cuma rezeki akak bukan dalam dunia seni.
Banyak lagi kisah-kisah masyarakat di sana yang banyak benarnya yang dipaparkan dalam filem. Walaupun ada sesetengahnya ditambah atau dibesar-besarkan uuntuk tambah menàrik cerita, cerita genre mereka ini ada nilai tersendiri. Itu pada pandangan akak tau. Korang patut tonton cerita ni.
Mrs Chatterjee VS Norway
Filem ini mengikuti kisah Debika, yang tinggal di Stavanger bersama suaminya Aniruddha, anak lelaki mereka Shubh, dan anak perempuan mereka yang berusia lima bulan, Suchi. Dua pekerja Perkhidmatan Kebajikan Kanak-Kanak Norway kerap melawat mereka sebelum mengambil Shubh dan Suchi pada lawatan terakhir.
Keluarga Chatterjee diberitahu bahawa mereka tidak layak untuk menjaga anak-anak mereka, jadi Debika bertekad untuk mendapatkan kembali hak penjagaan anak-anaknya. Beberapa tuduhan yang dikenakan terhadapnya termasuklah anak-anak tidur bersama ibu bapa, mereka diberi makan menggunakan tangan, dan ibu mereka dianggap tidak stabil secara mental serta tidak layak untuk membesarkan anak-anak.
Tidak lama kemudian, Debika menyedari bahawa perkhidmatan kebajikan kanak-kanak itu merupakan satu penipuan untuk memeras ugut pendatang. Dia mengetahui lokasi penjagaan anak-anaknya dan membawa mereka ke Sweden, tetapi ditangkap di sempadan. Bagaimana Debika mengatasi rintangan undang-undang dan bersatu kembali dengan anak-anaknya sambil berhadapan dengan suami yang tidak berguna menjadi inti cerita ini.
Bila ada antara korang atau anak-anak yang bercadang atau terlintas untuk mencari rezeki di negara luar, banyak perkara yang perlu diambil kira. Kalau dah berkeluarga lagilah macam-macam fikirkan supaya kedatangan kita tidak dianggap sebagai pendatang di negara orang.
Kalau ada kesempatan, silalah yer menonton cerita ni. Jalan cerita tak ada langsung kisah cintan cintun atau putus cinta. Korang boleh tengok di neflix, kalau korang ada unifi boleh la add on pakej yang ada neflix. Sempat lagi promote !
Rabu depan, nak cerita apa pulak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2024/10/cerita-hari-rabu.html