Disebabkan rasa letih nak mampus seharian dalam kereta masa hantar Iman balik pada cuti lepas, maka kali ini kami merancang perjalanan waktu malam seperti yang biasa kami buat sebelum ini. Ya, bertolak selepas maghrib dan bila penat kami akan cari hotel bajet yang nampak elok. Pukul berapa waktu penat tu bergantung pada perjalanan. Kalau singgah makannya berejam, memang ambil masa, lah sikit. Kali ni pulak, Pak Inche pesan suruh Sk buat nasi goreng daging, dia nak makan dalam kereta katanya. Untuk Iman pulak, Sk masakkan Mac N Cheese. Sk? bedal dua-dualahhh
Satu perkara yang Sk suka bila tidur di hotel bajet ialah tidak perlu terburu-buru bersiap untuk bersarapan. Dan yang penting kita tak terlebih makan, hahaha. Jadi, pagi tu kami terus check-out dan menuju ke Ipoh. Sebelum tu singgah makan sarapan nasi lemak sorang sebungkus dan roti canai sekeping kongsi bertiga di sebuah warung kampung sebab dah plan nak singgah makan di New Hollywood, tempat makan kegemoran Pak Inche
Sekali lagi kami memilih untuk tinggal di Royal Perak Golf Club dan memilih suite yang sama dengan sebelum ni. Yang kelako dapat suite sebelah suite yang kami pernah stay tu. Masa sampai RPGC ni baru 12.30 macam tu dan kami diberitahu masa untuk daftar masuk pada jam tiga. Standardlah, kan. Sk cakap dengan Pak Inche, tak apa, kita lepak jer kat sini, nanti dorang kesian mesti dia bagi bilik awal punya, huhu. Jadi, kami pun lepak la dengan beg semua di lobi. Staf wanita yang berpakaian pengawal keselamatan di situ siap pasangkan tower fan yang besar tu dan on kan tv. Dalam pukul 1 jer, seorang staf memanggil kami, katanya dah boleh masuk bilik, yabedabeduuuuuuuu..!
Dah masuk bilik dengan perut dah kenyang, memang malaslah nak keluar tambahan dengan cuaca panas berdenting tu. Pak Inche pun ada buat kerja pejabat sikit, Iman layan movie kot, Sk layan novel tajuk Bunian, huhu. Bila dah layan novel tu lama-lama mata pun terpejam. Sedar-sedar laparrrrrrrrr, hahahaha lalu keluarlah jalan-jalan nak cari capati sekali capati tutup, hahaha. Lepas tu nak cari popiah, popiah pun tutuppppp.. dah nak merajuk dah, Iman ajak makan pasemboq dengan cendoi kat Padang Ipoh. Boleh tahan jugak budak ni tau celah-celah tempat makan semua, amboi amboi amboiiiii, kemahennnnnnnnnnn|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |