Kerajaan Tolonglah Bawa Balik Anak Saya Adanan




Seorang bapa merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membawa balik anaknya, Nurul Atikah Adanan yang kini menuntut di Universiti Shandong, China.
Adanan Long berkata, anaknya kini terkandas di Jinan, Shandong selepas usahanya untuk mencari penerbangan keluar dari wilayah itu menjadi buntu.
Ia susulan tindakan beberapa syarikat penerbangan yang menyekat pelancong dari negara China susulan penularan koronavirus yang semakin mengganas.
Bercakap kepada MalaysiaGazette, Adanan, 53, berkata, beliau dan keluarganya semakin buntu apabila anak sulungnya itu memaklumkan pergerakannya semakin terhad disebabkan sekatan perjalanan oleh kerajan negara itu.
“Saya tiada daya untuk mencari jalan bagi membawa Atikah balik, saya hanya mampu berdoa di sini agar Allah terus melindungi anak saya di sana.
“Risaunya dan sedihnya saya mengenang nasib anak di sana hanya Allah yang tahu. Sayu hati saya kerana tak mampu nak buat apa-apa bantu dia balik ke Malaysia,” kata Adanan sambil menangis.
Menurutnya lagi, Atikah, 26, yang merupakan penuntut tahun dua Sarjana Pengajian China sudah membeli tiket penerbangan untuk transit ke Bangkok tetapi Thailand tidak menerima penumpang dari China.
Katanya, Atikah memaklumkan untuk bergerak ke Beijing pada masa ini adalah berisiko, tetapi untuk terus tinggal di Jinan ketika ini juga rasa terancam.
Ini kerana, di Jinan juga kes kematian akibat koronavirus meningkat kepada 12 kes.
Atikah, bekas graduan Universiti Sains Malaysia adalah penerima biasiswa daripada Kerajaan China.
Jadi, kata pekerja swasta itu, anaknya masih mencari-cari penerbangan yang masih menerima penumpang dari China tetapi dalam keadaan sekarang ia begitu sukar.
Berikutan peningkatan kes koronavisrus di Shandong, situasi di sana hampir seperti ‘bandar Zombie’ apabila kebanyakan kawasan tumpuan menjadi lengang.
“Ini lagi merisaukan saya,” tambah Adanan yang tidak putus-putus mencari jalan agar anaknya dapat keluar dari China.
Adanan memberitahu, anaknya memang merancang untuk pulang ke Malaysia tetapi perlu menyiapkan kertas bagi pembentangan di Bangkok pada Februari ini untuk mewakili negara kerana tidak menyangka penularan koronavirus begitu pantas.
Setakat ini virus berkenaan telah mengorbankan 82 nyawa di China.
Difahamkan hanya dua penuntut Malaysia di universiti itu tetapi seorang lagi telah pulang ke tanahair.
Tambah bapa kepada enam orang anak itu, meskipun Kedutaan di China sentiasa menghubungi para penuntut Malaysia untuk mengetahui perkembangan beliau meminta kerajaan dapat memberi bantuan sewajarnya agar para pelajar negara ini dapat dibawa pulang segera.
Lagipun kebanyakan universiti di China sudah memberi cuti sehingga notis dikeluarkan kemudian.
“Saya tidak minta apa-apa kepada kerajaan tapi tolonglah bawa balik anak saya, itu saja. Susah hati saya selagi anak tidak berada di depan mata.
“Bukan saya sahaja rasa begini, rasanya semua keluarga yang anak mereka di sana juga susah hati seperti saya,” katanya yang berkali-kali meminta MalaysiaGazette menyampaikan harapan besarnya kepada kerajaan. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/28/kerajaan-tolonglah-bawa-balik-anak-saya-adanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 350 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Untuk tujuan itu beliau berkata kerajaan Mala...
Tolong Bawa Anak Saya Ibu Gadis Kanser Merayu Tengah Jalan Yang Disekat Minta Bawa Anak Ke Hospital

Tolong Bawa Anak Saya Ibu Gadis Kanser Merayu Tengah Jalan Yang Disekat Minta Bawa Anak Ke Hospital

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 578 hits
Seorang ibu yang dikenali sebagai Lu telah merayu kepada pihak berkuasa agar anaknya diberikan rawatan susulan bagi penyakit kanser yang dihidapinya Wanita berkenaan bertindak sedemikian selepas anak perempuanya yang berusia 26 tahun tidak ...
Tak Ada Yang Membantu Anak Yatim Bawa Dan Makamkan Jenazah Ibunya Sendirian Di Kuburan

Tak Ada Yang Membantu Anak Yatim Bawa Dan Makamkan Jenazah Ibunya Sendirian Di Kuburan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 463 hits
Seorang remaja dari Karlabahali Odisha India terpaksa harus membawa sendirian jenazah ibunya ke pemakaman setelah para tetangga menolak untuk memberikan bantuan Remaja yang hanya disebutkan bernama Saroj ini menuntun sepeda sejauh 5 kilomet...
Alasan Teddy Bawa Anak Bayinya Ke Polrestabes Bandung Jelang Hasil Autopsi Diumumkan

Alasan Teddy Bawa Anak Bayinya Ke Polrestabes Bandung Jelang Hasil Autopsi Diumumkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 296 hits
Hari ini rencananya hasil autopsi Lina Jubaedah istri Teddy akan diumumkan Teddy pun sejak pagi sudah hadir di Polrestabes Bandung
Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Seawal Gigi Pertama Tumbuh Anak Akan Mudah Diuruskan Kelak

Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Seawal Gigi Pertama Tumbuh Anak Akan Mudah Diuruskan Kelak

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 434 hits
Sebagai seorang ibu penulis tidak dapat menafikan terdapat cabaran dalam membesarkan seorang anak terutamanya apabila berkaitan dengan kesihatan Nak suruh makan ubat pun susah apatah lagi untuk berjumpa doktor Macam nak berperang setiap kal...
Bukan Calang Calang Mendaki Selama 19 Jam Ibu Ini Berjaya Bawa Anak Usia 3 Tahun Tawan Gunung Kinabalu

Bukan Calang Calang Mendaki Selama 19 Jam Ibu Ini Berjaya Bawa Anak Usia 3 Tahun Tawan Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 573 hits
Mendaki merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang tidak semua orang mampu lakukan Persediaan fizikal dan mental perlu dibuat jika ingin mendaki kerana banyak faktor termasuklah keadaan fizikal cuaca dan juga persediaan lain bagi menjayakan...
Jamal Bawa Anak Dalam Konsert Minggu Ini

Jamal Bawa Anak Dalam Konsert Minggu Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 410 hits
TIDAK semua peminat Datuk Jamal Abdillah berpeluang menyaksikan persembahannya dari dekat Justeru mereka yang merindui kelibatnya tentu tidak melepaskan peluang menyaksikan Konsert Minggu Ini Jamal Abdillah amp Wany Hasrita yang akan menemu...
Musim Influenza Balik Kerja Jangan Terus Peluk Anak

Musim Influenza Balik Kerja Jangan Terus Peluk Anak

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 386 hits
Setelah telefon berbelas klinik 2 hari lepas akhirnya ada juga klinik yang masih ada stok vaksin influenza Itu pun hanya tinggal beberapa sahaja siapa cepat dia dapat katanya Dalam banyak banyak tempat sebenarnya tempat yang paling saya tak...
Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game