Cerita Deepavali Aeon Nilai


Cerita Deepavali @ Aeon Nilai | Cuti Deepavali dah habis. Sekejap je rasakan padahal aku cuti hari Sabtu sampai Isnin. Kiranya 4 hari full swing gitu. Hari Sabtu tu aku pergi kenduri doa selamat kakak ipar makcik aku (aku panggil Mak Lang. Kadang-kadang panggil CheMoi. Kadang-kadang aku pun naik konfius nak panggil apa) baru lepas operate Cyst. 
Aku tahu bahaya cyst ni, sebab ada sepupu aku pun tahun lepas operate cyst. Detect sebelum nak kahwin. Makcik aku sendiri pun ada cyst. Still follow-up hospital sebab cyst dia kejap kecut, kejap besar. 
Dan Mak Lang ni operate sebab cyst besar sampai sakit tulang belakang tak boleh jalan. Lepas operate, dah keluarkan cyst dalam sekilo lebih berat dia. Boleh bayangkan betapa besar cyst tu? 
Alhamdulillah operation went well. Dan aku pun dah makan lauk kenduri.Yang bestnya bila pergi kenduri kat kawasan kampung ni adalah ......... Lauk dia banyak, dan best!
Aku sebelum pergi tu dah settle 1 mangkuk maggi. Sampai rumah Mak Lang pun boleh settle nasik 1 pinggan! Lauk ayam goreng berempah, kari kepala ikan, sambal telur, ikan masak lemak cili api, sambal goreng jawa, sambal terung.
Fuh, penuh pinggan okeh!Dan sambal goreng jawa memang mahvelous! Tak lengkap jadi jawa kalau takde sambal goreng jawa, hehe.
KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI BANDAR KINRARASambung cerita makan-makan. Ini kali ketiga aku makan kat Kafe Masakan Terengganu Asli Bandar Kinrara ni. Officemate orang Terengganu yang bawak, dan memang puas hati makan nasi dagang dia. Sedap!
Kali pertama datang, tak dapat nasi dagang sebab dah habis (datang pukul 10 pagi). Yang tinggal nasi lemak & kuih je. Jadi mission FAILED. Kali kedua datang aku tak makan nasi dagang. Tak ingat pulak kenapa? Ke aku makan benda lain? Tapi yang pasti aku nampak Kak Wawa officemate aku makan, nampak sedap gilaaaa! 
Oh dah ingat. Aku makan nasi lemak.Jadi yang baru-baru ni datang, semestinya order nasi dagang. Minta extra sambal belacan dan telur mata. Kuah penuh 1 pinggan buat banjir nasi dan Bismillahirrahmanirrahim...... Alahai sedap weh! Ikan aye manis, nasi pun cukup rasa. Tiba-tiba rasa nak cari orang Tganung, baru boleh hari-hari telan nasi dagang kahkahkah.
Antara menu yang ada kat sini :Nasi Dagang Ori TganungNasi Minyak Gulai DagingNasi Kunyit @ Pulut KuningNasi Lemokm Ikan Aye (Ayam pun ada)Pulut Gaul Nyor + Ikan KeringLaksamPulut Lepa Inti IkanKepok Gonde
Lokasi dia senang je. Kedai ni berada dalam pagar Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara. So Waze je Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara atau Kafe Masakan Terengganu Asli Bandar Kinrara, confirm jumpa. Dari office aku di PJCC Taman Medan ke sini cuma ambil masa 15 minit. Oh ya, silakan datang awal pagi sebab yang first time aku datang pukul 10 pagi nasi dagang settled! Tak dapek nak tolong. Operate hari Selasa - Ahad. Isnin cuti.
DEEPAVALI @ AEON NILAIMacam biasa, kalau ada perayaan besar kat Malaysia, netizen akan dapat benefit apa? Yesssssss, SALE lah jawapannya, hehehehehe. 
Kejar Deepavali SALE kat Aeon Nilai. Best jugak SALE Aeon, handbag Carlo Rino sampai 50% diskaun (Ye aku muda remaja pakai Carlo Rino aje sudahhhhh). Handbag lain ada jugak diskaun, tapi aku sekadar tengok-tengok je. Aim nak beli benda lain. So handbag tunggu Y.E.S bulan 12 karang.
Sebut pasal shopping ni kan, aku teringat. Awal tahun hari tu aku ada lah kenal-kenal dengan sorang ni. Makcik aku kenalkan. Tak pernah jumpa lagi, tapi text & calling-calling selalu lah jugak. Awal-awal tu ok je. Yang kelakar tu, benda jadi masa nak dekat raya. Nak dekat raya tu, aku rasa memang aku kerap masuk mall. Dan supermarket.
Setiap kali dia call, mesti masa tu aku dalam shopping mall / supermarket. Ada kat Tesco lah. Lepas tu TheStore lah (ini shopping barang rumah malam raya uols). Sebelum tu aku dalam Parkson ikut kakak aku cari baju husband & abah aku. Lepas tu aku dalam Times Square (ini cari blouse).
Seram agaknya dengar aku pompuan yang kuat shopping. Padahal aku window shopping je kut. Serius aku tak beli apa pun. Banyak bawak orang berjalan je. Dan makan-makan. Lepas kena reject baru aku terfikir, adakah mungkin dia fikir aku kuat menghabiskan duit? Boros? Kuat berjoli? Hm. Murung sekejap. 

 Cantik kan Kolam Deepavali Aeon Nilai?
Aku selalu suka tengok design Kolam Deepavali. Sebab selalu design dia cantik-cantik dan very colorful. They tend to use bright color sebab pesta cahaya kan. Dan paling aku suka tengok, sebutir-sebutir kan kaler dia.
Diorang guna ape eh? Beras ke butiran tu? Ke benda lain? Tapi memang sejenis kegigihan okeh nak buat. Sejenis kegigihan nak corakkan dia. Aku memang tak gigih dan kurang kesabaran. Tak kreatif. Jadi confirm aku tak boleh buat benda ni. Dulu Kolam Deepavali ni banyak mall tak pagar / letak tape merah. Sebab nak bagi orang tengok dari dekat. Tapi bila banyak kes Kolam ni kena vandalised dengan budak-budak, dah bertape semua.
Vandalised macam mana? Selalunya disepah-sepahla. Habis berterabur takde rupa macam atas tu. Anak buah aku pun kalau nampak memang tangan diorang gatal je nak usik. Faham sangat kalau budak lain pun rasa geram je nak usik kan. So nak selamat letak tali. Semua orang senang. Dan kita tengoklah dari tepi saja. 
 Bawak bakal pengantin jalan.Aku nak cari novel je. Ini antara benda wajib kalau aku shopping bila nak release stress. Dan aku bukan shopping setiap bulan. 5 bulan sekali kut? Blogpost pasal release stress ada aku cerita kat >>SINI<<. Bukti benda apa aku beli kalau shopping. Takde apa sangat, mesti korang gelak, haha.
 Makan nasi ayam penyet Foodcourt Aeon. Ok lah rasa dia, bagi aku biasa-biasa je. Best lagi ayam penyet Tesco Semenyih. Tapi paling best ayam penyet Taman U Skudai. Aku rasa benda yang paling aku rindu pasal JB, selain UTM adalah ayam penyet! Hehe.
Aeon Nilai banyak tempat rehat, tempat charge handphone & instagrammable spot.Hipster design dalam dia, memang aim nak jadi mall yang mesra keluarga. Kalau bawak family, banyak je kerusi nak duduk rehat. Ini sementara tunggu pengantin masuk Eco Shop, duduk jap sambil makan sushi.
Oh ye, sushi dekat dengan Eco Shop (Level 2) sedap! Harga pun reasonable. Next time aku datang lagi aku update.
So, apa cerita cuti Deepavali korang?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2019/10/cerita-deepavali-aeon-nilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melawat Hantu Dalam Monster House Di Aeon Mall Tebrau City Johor

Melawat Hantu Dalam Monster House Di Aeon Mall Tebrau City Johor

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1019 hits
Melawat Monster House di AEON Mall Tebrau City Johor Ada yang tertanya tanya Semalam 27 10 19 aku kemana Up status dengan anggota badan Hihi cerita dia adik aku si Akilah tu ajak pergi rumah hantu kat Aeon Mall Aku macam What Ada ke dalam t...
Walk In Interview Customer Assistant Senior Customer Assistant Aeon Taman University Jb

Walk In Interview Customer Assistant Senior Customer Assistant Aeon Taman University Jb

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 228 hits
Maintain a professional level of customer service in promoting the company s products Provide professional services to customers Ensure adequate stock levels Achieve sales targets Being a cashier and promote membership card Job Requirements...
Security Guard Aeon Big Bukit Rimau

Security Guard Aeon Big Bukit Rimau

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 321 hits
To ensure merchandise not damage or handled aggressively To pick up merchandise those are found at other location and put back at their respective place To ensure merchandise are well handled and report on any incident To always on the look...
Security Guard Aeon Big Tun Hussein Onn

Security Guard Aeon Big Tun Hussein Onn

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 304 hits
To ensure merchandise not damage or handled aggressively To pick up merchandise those are found at other location and put back at their respective place To ensure merchandise are well handled and report on any incident To always on the look...
Security Guard Aeon Big Mid Valley

Security Guard Aeon Big Mid Valley

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 224 hits
To ensure merchandise not damage or handled aggressively To pick up merchandise those are found at other location and put back at their respective place To ensure merchandise are well handled and report on any incident To always on the look...
Security Guard Aeon Big Sri Petaling

Security Guard Aeon Big Sri Petaling

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 274 hits
To ensure merchandise not damage or handled aggressively To pick up merchandise those are found at other location and put back at their respective place To ensure merchandise are well handled and report on any incident To always on the look...
Tiada Lagi Lorong Tambah Nilai Bermula Hari Ini

Tiada Lagi Lorong Tambah Nilai Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 303 hits
PLUS Malaysia Berhad akan menamatkan kemudahan tambah nilai di semua plaza tol bermula hari ini 5 November 2019 Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menambah nilai kad Touch n Go di lorong tambah nilai PLUS Walau bagaimana...
Lorong Keluar Tol Plus Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch N Go Bermula 5 November

Lorong Keluar Tol Plus Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch N Go Bermula 5 November

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 563 hits
Selama ini sekiranya anda kekurangan dana di dalam kad Touch n Go anda boleh melakukan tambah nilai di lorong tol Tetapi bermula 5 November ini perkhidmatan ini akan dihentikan di lorong keluar tol PLUS seluruh negara Pengguna PLUS boleh me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri