Cerita Bazar Ramadan


 
Saya ada baca satu catatan di Facebook yang memberitahu bazar Ramadan tidak semeriah dulu. “Dah tak ramai orang datang”. Betul ke begitu keadaannya?
Saya bukan peminat tegar mahu pun pengunjung tetap bazar Ramadan. Pertama kali mengenali bazar Ramadan ialah pada 1972. Mungkin setahun sebelum itu. Tak ingat. Bazarnya di Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini saya ingat jelas.
Sebelum itu, peniaga juadah berbuka puasa berjualan di banyak tempat secara sendirian atau kelompok kecil, termasuk di Jalan Raja Alang. Saya bercakap dalam konteks Kampung Baru namun saya percaya begitu jugalah di tempat lain.
Tidak tahu bila dan siapa yang menghimpunkan peniaga ke Jalan Raja Alang untuk mencari rezeki di bulan puasa, maka wujudlah ‘bazar Ramadan Jalan Raja Alang’ dengan jayanya. Ramai pengunjung daripada penduduk setempat dan dari luar Kampung Baru datang beli juadah termasuk golongan ternama, VIP dan artist.
Selepas itu bazar Ramadan wujud di merata tempat bukan sahaja seluruh Kuala Lumpur tetapi seluruh negara. Bagi saya konsep bazar Ramadan semuanya bermula di Jalan Raja Alang. Setuju atau tidak terpulang.
Bazar Jalan Raja Alang masih wujud. Ramai atau tidak pengunjung saya tidak tahu. Dah lama tak pergi. Semasa saya berpejabat di Bangsar dan kemudian di Bandar Utama tahun 1980-90an, saya bertugas sehingga pukul 9.30 malam lalu berbuka puasa di pejabat. Maka hampir setiap hari pergi ke bazar Ramadan kawasan berkenaan untuk beli juadah. Namun sudah bertahun saya tidak beli juadah di bazar Ramadan walau dimana pun.
Betul ke sekarang tidak ramai datang ke bazar Ramadan untuk beli juadah berbuka? Jika betul ini mungkin kerana bazar Ramadan ada di merata tempat termasuk dalam pusat membeli belah. Pelanggan ada banyak pilihan nak pergi bazar yang mana satu. Akibatnya tidak ada satu bazar yang punya monopoli.
Ramai juga umat Islam yang berbuka puasa di gerai, restoran dan hotel. Selain di masjid dan surau. Oleh itu kurang lagi pelanggan bazar Ramadan.
Bagi saya bazar Ramadan bagus. Tujuannya memudahkan orang yang bekerja mendapatkan makanan untuk berbuka. Si isteri yang tidak sempat masak beli juadah di bazar Ramadan. Beres. Anak bujang juga pelajar beli dan makan bersama di rumah sewa. Bazar Ramadan juga venue menjalin persahabatan orang Islam dengan orang bukan Islam. Ramai golongan bukan Melayu yang tertarik dengan juadah Melayu. Ada kawan saya bangsa Cina beritahu ada masakan Melayu yang hanya boleh dibeli pada bulan Ramadan. Lantas mereka kunjungi bazar setiap Ramadan. Jadi ini jelas memupuk keharmonian pelbagai bangsa di samping menambah rezeki peniaga bazar yang majoriti orang Melayu.
Cuma semalam ada seorang kawan, juga bangsa Cina, merungut kerana bazar yang beliau pergi secara regular sudah tidak berapa ngam katanya. Sebab? Kualiti masakan sudah menurun tetapi harga meningkat. Tidak perlulah saya sebut bazar Ramadan yang mana beliau maksudkan.
Ada juga grafik di platform media sosial mengenai aspek negatif yang menuduh air balang guna air paip, makanan tak laku dijual semula, gambar ayam tak masak, martabak hangit dan karipap tanpa isi yang dipanggil karipap oksigen. Sama ada ini betul, tuduhan liar atau dakwaan kosong waullahualam.
Saya tidak mahu bercakap mengenai kualiti makanan — sedap atau tidak sedap. Yang saya biasa dengar rungutan pelanggan Melayu dan bukan Melayu ialah harga makanan yang mahal. Ada kawan mendakwa di satu bazar yang popular di ibu negara ada peniaga jual cempedak goreng RM1.50 satu ulas. Wow kalau betul apa yang dikata.
Tetapi ada juga pembeli yang rambang mata. Main beli apa yang nampak kemudian merungut bila isi dompet susut. Portal MStar Ahad lalu menyiarkan laporan bertajuk ‘Sekali jejak bazar Ramadan, habis RM150! Balik rumah terkejut, rasa tak masuk akal tengok makanan dibeli’.
Peniaga pula kita dengar sering merungut harga bahan untuk masakan mahal lalu mereka terpaksa naikkan harga juadah yang dijual untuk dapat ‘sedikit keuntungan’. Yelah berniaga kenalah untung. Kalau tak untung buat apa berniaga.
Berita Harian tempoh hari memberitakan aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilapor kepada Persatuan Pengguna Islam sepanjang seminggu Ramadan tahun ini. Ini masalah di banyak tempat seluruh negara.
Bagaimanapun di Kuala Lumpur ada bazar Ramadan yang dikatakan paling panjang di ibu negara. Mungkin juga terpanjang di Malaysia. Ertinya ada ratusan gerai menawarkan beribu jenis makanan serta kuih-muih. Daripada video yang saya tonton di media sosial ramai pengunjung bersesak-sesak. Jadi nak kata bazar Ramadan sudah sepi dan tidak meriah tidak tepat, sekurang-kurangnya jika ambil kira bazar terpanjang ini.
Setiap Ramadan saya akan teringat joke yang disampaikan pada tahun 2004 oleh Nuar, kawan lama saya. Celotehnya begini:
Seorang anak muda pergi ke bazar Ramadan dan di antara puluhan gerai dia tertarik dengan satu gerai kuih yang dikendalikan seorang wanita. Lalu dia beli beberapa cucur udang dan cucur badak.
Dia pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Bila azan maghrib berkumandang, si pemuda terus capai satu cucur udang tetapi dapati tidak ada udang. Habis disiat-siatnya cucur untuk cari udang tetapi udang tidak ada. Dia bengang.
Esok petang dia pergi semula ke bazar Ramadan untuk bersemuka dengan wanita yang jual cucur udang. “Mak Cik,” kata si pemuda, “saya nak komplen cok udang makcik tak ada udang.”
Jawab si peniaga: “Cucur udang tak ada udang kau komplen. Cucur badak tak ada badak tak pulak kau komplen.”
Selamat berbuka puasa semua. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/cerita-bazar-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 151 hits
Kuala Lumpur Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepanjang seminggu Ramadan Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata pihaknya menerima banyak...
6 Inisiatif Penting Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Anjuran Dbkl

6 Inisiatif Penting Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Anjuran Dbkl

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 118 hits
Inisiatif Pertama Kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia di 40 tapak Bazar Ramadan dan 2 tapak Bazar Aidilfitri di Kuala Lumpur Melalui inisiatif ini Bank Muamalat bukan sahaja menaja khemah apron dan topi kepada peniaga malah t...
Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 217 hits
Fuhh lain macam betul tahap broken dia orang nak beli air je bangKatanya di Bazar KamuntingSbb ayat tu la ramai org depan kedai dia ramai nk baca last TERBELI hahahaa good marketing tarikan pembaca merangkap pembeli Teh AisTeh BungaJangan L...
Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 108 hits
Setiap kali tibanya bulan Ramadan Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka Namun ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun Rahma...
Bazar Ramadan Jadi Port Dadah 7 Lelaki Ditahan

Bazar Ramadan Jadi Port Dadah 7 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 110 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myBayan Baru Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di sini semalam Operasi yang dilakukan sep...
Peniaga Cari Pelanggan Beli Martabak 50 Keping Tapi Bayaran Hilang Di Bazar Ramadan Bandar Jerantut

Peniaga Cari Pelanggan Beli Martabak 50 Keping Tapi Bayaran Hilang Di Bazar Ramadan Bandar Jerantut

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 121 hits
JERANTUT Seorang peniaga Bazar Ramadan Bandar Jerantut di sini sedang mengesan seorang pelanggannya yang membeli 50 keping martabak di gerainya semalam namun tiada transaksi pembayaran direkodkan di dalam sistem Menerusi hebahan yang dimuat...
Dbkl Bank Muamalat Lancar 42 Bazar Ramadan Aidilfitri

Dbkl Bank Muamalat Lancar 42 Bazar Ramadan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 109 hits
Dr Zaliha Mustafa pada majlis pelancaran bazar Ramadan dan Aidilfitri di Taman Tasik Permaisuri yang turut dihadiri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Maimunah Mohd Sharif KUALA LUMPUR Bank Muamalat Malaysia Berhad bekerjasama dengan Dewan Bandar...
Kedah Warga Emas Rebah Meninggal Dunia Di Bazar Ramadan

Kedah Warga Emas Rebah Meninggal Dunia Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 137 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang warga emas meninggal dunia selepas rebah di bazar Ramadan di Baling Kedah petang tadi Ketua Polis Baling Azmi Mokhtar berkata anak lelaki mangsa berusia 51 tahun dihubungi orang awam memaklumkan bapanya Za...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbualan Bersama Tok Wan Cucu Arwah Pak Lah Kongsi Momen Buat Ramai Menangis

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu