Cerita Bacang Dan Sambal Bacang
Assalamualaikum...
DALAM perjalanan pulang selepas menghantar Iman pulang ke kamsis, kami singgah makan di Tapah. Hajatnya nak makan ikan bakar, Alhamdulillah, memang sedaplah ikan bakar di situ. Maaflah, Sk tak ambil gambar sebab serabut sangat dengan orangnya, dengan mejanya, hahaha. Pakkal jer lapar, pulak tu tengah sedap tidur sebelum dikejutkan untuk makan.. kah kah kah.
Jadi, lepas makan tu nampaklah sepasang makcik pakcik berniaga buah-buahan. Sebenarnya dari masuk gerai pun dah aim makcik pakcik tu, hahaha. Entah kenapa Sk berkenan sangat dengan buah bacang yang dijual. Sk cuma teringat, sejak kecik dulu Sk tak boleh makan buah bacang. Pegang pun tak boleh. Kalau tak, Sk akan kena sakit kulit. Tak kena bahagian kepala, kena kat tangan atau di kaki. Parut pun masih ada sampai sekarang akibat terkena getah bacang masa sibuk mengikut kakak dan sepupu jolok buah bacang. Jadi, adakah sumpahan tu dah berakhir?
Alhamdulillah, berakhir sudah sumpahan buah bacang. Sk kopek sendiri dan jadikan sambal belacan ni ha. Maknanya dah tak ada sumpahan la kan. Buat masa ini elok lagi la Sk, tak tumbuh benda yang tak sepatutnya di kulit atau naik ruam macam dulu-dulu. Satu lagi, lokan. Pun tak boleh makan, tapi sekarang dah lama boleh makan. Agaknya dulu antibodi lemah kot, seiring dengan usia tua ni dah tak ada lagi pantang-pantang. Pantang jumpa ada laaa.. hahahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/01/cerita-bacang-dan-sambal-bacang.html