Ceo Goldman Sachs Tak Tahu Najib Akan Bawa Jho Low
Gambar didakwa Najib Razak dan keluarganya bersama Jho Low dan seorang putera arab dalam pertemuan diatas sebuah kapal layar mewah di perairan Eropah. – Foto Sarawak Report
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goldman Sachs, Lloyd Blankfein, pernah bertemu dengan Jho Low.
Laporan WSJ menyatakan bahawa Blankfein bertemu dengan Jho Low sebanyak dua kali, pada tahun 2009 dan 2013.
Perjumpaan Blankfein dengan Jho Low adalah dikatakan kerana Blankfein ingin bertemu dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perjumpaan pertama dilaporkan kerana ingin membincangkan isu 1MDB dan bagaimana Goldman Sachs boleh membantu dalam perkembangan dana ini.
Perjumpaan kedua dikatakan dilakukan walaupun terdapat amaran oleh Jabatan Pengawasan Goldman Sachs agar berwaspada terhadap Jho Low dan supaya tidak lagi berhubungan dengan beliau.
Menurut WSJ, sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh jurucakap Blankfein yang menyatakan bahawa sebagai seorang CEO, Blankfein bertemu dengan pelbagai pihak dan adalah mustahil untuk Blankfein mengetahui dengan lebih awal jika Najib akan membawa Jho Low untuk turut bersama dalam perjumpaan-perjumpaan tersebut.
Jurucakap Blankfein juga didakwa menyatakan bahawa “Blankfein tidak ingat sama ada beliau benar-benar ada berjumpa dengan Jho Low”.
Goldman Sachs membantu menguruskan bon dan sukuk 1MDB sebanyak RM26 bilion (US$6.5 bilion) melalui tiga pengeluaran bon pada 2012 dan 2013. Melalui pengurusan ini, Goldman mendapat keuntungan lebih RM2.4 bilion (US$600 juta).
Pihak Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih separuh dari dana yang diraih oleh 1MDB dicuri oleh Jho Low dan rakan-rakan beliau. Dakwaan ini terdapat di dalam pertuduhan mereka terhadap Jho Low, serta dua bekas pegawai Goldman Sachs iaitu Tim Leissner dan Roger Ng.
Tim Leissner telah mengaku bersalah mencuri wang 1MDB dan dikehendaki memulangkan wang tersebut, sementara Roger Ng yang kini ditahan oleh pihak PDRM sedang menunggu untuk diekstradisi ke Amerika.
Roger Ng yang bersetuju memulangkan wang sebanyak RM120 juta dari dana 1MDB kini sedang melawan pihak berkuasa untuk tidak diekstradisi ke Amerika.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan bahawa pengakuan bersalah Tim Leissner adalah bukti skandal 1MDB benar-benar berlaku.
Sementara itu, Najib berkata, semua orang tertakluk kepada undang-undang dan menyatakan bahawa DOJ berhak untuk mengenakan pertuduhan kepada sesiapapun sekiranya terdapat bukti yang kukuh.
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah kerana negara kekurangan hasil
DIKEMASKINI: Jho Low guna kod rahsia ‘kek untuk puan boss’ rasuah barang kemas isteri MO1
KLIK BACA: Khairuddin lepas geram pada Najib bercakap macam tok imam masjid
KLIK BACA: Najib sejak awal lagi anda sudah berbohong, cukup-cukuplah itu…
KLIK BACA: Kesal, Najib tidak dengar nasihat Tun Mahathir
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post CEO Goldman Sachs tak tahu Najib akan bawa Jho Low appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190146/ceo-goldman-sachs-tak-tahu-najib-akan-bawa-jho-low/