Cemburu Seorang Perempuan
Drama adapatasi Novel: Cemburu Seorang Perempuan
Sinopsis:Zikrillah & Dhiya berkawan rapat sejak mereka di darjah 4 lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikrillah tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikrillah berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan keakraban mereka.
Zikrillah berkahwin dengan Emilia kerana saling menyintai. Dari hari pertama perkahwinan, Emilia telah menunjukan tidak suka akan keakraban suaminya bersama Dhiya. Kerana keakraban ini juga yang sering menjadi perbalahan di antara mereka.
Emilia telah disahkan mengandung, namun atas sesuatu sebab kandungannya tidak dapat diselamatkan. Seterusnya Emilia juga disahkan tidak lagi boleh mengandung.Bagi membuktikan persahabatan mereka yang ikhlas Emi telah meminta Dhiya mengandungkan anak dari benih mereka. Zikri dan Dhia menikah setelah mendapat persetujuan diperolehi Emi, bagi emmbolehkan Dhia mengandungkan anak mereka. Dhiya akhirnya mengandungkan apabila telah disuntik sperma Zikri dan Emi utnuk disenyawakan ke dalam rahimnya. Atas naluri ingin menolong & juga kerana sayangkan Zikri, Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak2 mereka. 4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya. Walau Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak pernah sekalipun mengadakan hubungan suami isteri.
Keikhlasan Dhiya & Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emi dan suami. Cemburu Emi yang terlampau hingga sanggup memusnahkan hidup Dhiya yang akhirnya beliau lumpuh di kedua belah kakinya. Tangannya juga kudung dan mukanya cacat. Kerana insiden itu juga menyebabkan Emi meninggal kerana beliau turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhia dari hidup Zikri.
Atas kepakaran masakini, tangan Dhiya dapat disambung semula. Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda. Anak2 Zikri bersama Emi kesemuanya sayang akan Dhiya kerana pandai mengambil hati mereka.
Dhiya akhirnya melahirkan 2 org anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emi. Walaupun beliau cacat, namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri memang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Biarlah org lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.
Dhia dan Zikri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://admya.blogspot.com/2019/09/cemburu-seorang-perempuan.html