Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain



Usaha ibarat bahagian kek

Aku pelik dengan manusia yang cemburu dengan hasil usaha orang lain. Orang lain bayarkan 30 peratus dari keseluruhan bahagian daging korban pun dia nak cemburu. Padahal dia tak keluarkan satu sen pun.
Balik ke kampung menyambut hari raya pun tidak. Apabila ditanya, katanya dia tak ada duit. Pelik! Gaji kalau campur dua laki bini rasanya lima angka. Iya, aku tahu besar periuk besar lah keraknya.
Aku akan tetap pelik sebab duit banyak, pandai-pandailah uruskan duit. Orang kata kalau tak pandai pun tak apa sebab duit banyak lagi untuk teruskan hidup

Ya, aku akui nak balik kampung perlu biaya yang besar. Macam aku nak balik kampung kena sediakan RM1000. Aku boleh balik beraya di kampung setahun sekali sahaja. Sebab aku gaji kecil

Cuma untuk kerja sekarang, Alhamdulillah nampaknya boleh aku kumpul atau setengah dari gaji untuk simpan. Tapi tak boleh simpan pun sebab aku kena bayar PTPTN. Tinggal sikit sahaja lagi.
Ikutkan nak bayar sampai habis. Ye la, dari berpuluh-puluh ribu tinggal bawah 10 ribu. Bolehlah guna duit simpanan dan gaji bulanan untuk bayar banyak-banyak

Perancangan aku, tahun ini tamat bayar pinjaman belajar. Itupun kalau kontrak aku disambungkan lagi. Kalau sambung dengan kontrak yang lain, risau tak cukup makan pula. Kalau kontrak yang sama, Alhamdulillah, boleh menyimpan

PTPTN tu elok dibayar terus. Sebab kos-kos pengurusan dan insurans tu boleh tahan juga kalau lambat bayar. Macam aku, ada banyak bulan yang aku tak bayar. Aku buat pembayaran secara potongan debit.
Tapi bila rasa sesak, aku bawa lari dulu duit itu. Sekarang ini rasa menyesal pula. Iya la, sebab dulu-dulu culas nak bayar, dah meningkat kos nak bayar

Kali ini aku tekad nak bayar bagi habis. Tapi bulan-bulan lah. Nak bayar lumpsum terus macam banyak pula. Sayang duit simpanan. Hehe. Tekad aku tahun ini la habis bayar. Dah habis bayar, boleh la show off kat media sosial. Hahaha

Ada kawan aku, dia tak pernah bayar PTPTN. Kalau pernah pun dia bayar secara tak konsisten. Itu pun RM50 je sebulan. Nampak tak berkurang pun jumlahnya. Pinjam hampir 20k tapi kena bayar sekarang (umurnya 40 tahun) sebanyak 60k.
Tapi katanya tak nak bayar lagi. Dia nak tunggu umur sampai boleh bawa keluar KWSP baru bayar PTPTN. Katanya KWSP dia pun RM60k dah ada

Let's say, masa tu PTPTN dia naik sampai 70k, KWSP dia pun 70k.. Habis gitu je kan.. Rugi je duit KWSP dia. Tapi dia ok lagi sebab ada duit tepi masuk dan duit kerja lagi. Hari-hari masuk kerja bawa bekal. Hari-hari pun masak. Dah boleh jimat banyak kat situ

Tak macam aku. Sekarang ni, masak dengan beli tu sama naik. Kalau dulu (adalah beberapa tahun) banyak beli order makanan je. Bila aplikasi MAE Maybank ada buat carta perbelanjaan, baru tersedar aku belanja RM1k untuk makanan sahaja setiap bulan. OMG

Sekarang baru sedar untuk jimat duit dan boleh kata hari-hari masak sendiri di rumah. Cuma di tempat kerja je membeli makan. Malas nak masak bawa bekal

Tapi aku ok lagi la sebab PTPTN dah nak habis bayar dalam beberapa bulan sahaja lagi. Doa-doakanlah supaya aku dapat settlekan PTPTN ini secepat mungkin. Insya Allah, aaminn

Kalau orang yang tak pernah bayar langsung PTPTN, surirumah sahaja, tiada KWSP macama mana kan.. Suami kerja pun biasa-biasa sahaja. Harta benda lain tak ada. Adakah kemungkinan tidak bayar terus pinjaman pelajaran sehingga akhir hayat? Apakah hukumnya

Pada aku, mereka tiada kemampuan nak bayar. Tidak bekerja

Pernah baca komen seorang surirumah yang berjaya bayar habis PTPTN. Katanya tarik sikit-sikit dari duit belanja. Tapi kita tak tahu pula berapa duit belanja yang dia terima. Kalau dah cukup-cukup malah sampai tak cukup duit belanja, macam mana nak tarik? Mungkin perlu amalan lain

Amalan yang lain itu adalah pendekatan agama lah bagi menarik rezeki seperti bersedekah, berdoa, membaca surah-surah dan ayat-ayat murah rezeki dan lain-lain lagi. Minta doa bersungguh-sungguh untuk berjaya keluar dari hutang. Sesungguhnya hutang itu membelenggu

Usah cemburu dengan hasil usaha orang lain dan rezekinya. Rezeki kita berbeza. Apa yang aku perasan, banyak pengorbanan perlu ditempuhi jika mahu gaji hebat iaitu masa. Masa dia dengan keluarga amat singkat. Surirumah banyak masa dengan keluarga. Itupun salah satu rezeki. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2025/06/cemburu-dengan-hasil-usaha-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Real Xpdc Lain Hidup Chord

Real Xpdc Lain Hidup Chord

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 132 hits
Dm A C Dm Dm A C Dm Dm A C Dm Dm A C Dm Dm C Dm Dalam sinaran mentari Dm Gm Bagaikan bumi ini tak putar Gm Cerah ke petang Dm hingga malam melapang A C Dm Terkubur aku didalam sendiri Dm C Dm Hilang aku hilang dulu Dm Gm Dalam bayangan kela...
Rafizi Cerita Lain Tu Masaalahnya

Rafizi Cerita Lain Tu Masaalahnya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 110 hits
Menurut PM Anwar beliau memberi ruang sehingga tamat tempoh cuti kepada kedua dua menteri itu untuk menilai dan mempertimbangkan keputusan mereka MalaysiaMADANI Pemilihan2025
Kalah Kata Lain Pulak

Kalah Kata Lain Pulak

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 106 hits
Norman RadzuanPulak dah Kalau Yusoff Rawther kalah kau akan kata Kerajaan kawal Hakim diktator zalim salah guna kuasa dan mcm2 lagi walaupun PMX nafi berkali kali kali Bila menang kes kau kata bukti keruntuhan integriti penguatkuasa bawah p...
Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik Felda Dalam Pengambilalihan Fgv Holdings Berhad

Kerajaan Pahang Secara Rasmi Sertai Usaha Sama Strategik Felda Dalam Pengambilalihan Fgv Holdings Berhad

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Pahang semalam secara rasmi menyertai usaha strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dalam pengambilalihan FGV Holdings Berhad Felda menerusi kenyataan memaklumkan penyertaan itu menjadikan kerajaan negeri rakan ko...
Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 210 hits
Kuala Lumpur ASEAN menunjukkan komitmen kukuh dalam membina komuniti berdaya tahan dan inklusif terutamanya membabitkan aspek keselamatan siber Peranan aktif negara melalui Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Kementerian Komunikasi penting ...
Ada Niat Lain Tahan Motor Pegawai Polis Ajak Gadis Check In Hotel Rumah Awak Orang Nak Sekarang

Ada Niat Lain Tahan Motor Pegawai Polis Ajak Gadis Check In Hotel Rumah Awak Orang Nak Sekarang

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 149 hits
Melalui platform X tular satu video memaparkan seorang gadis ditahan oleh pihak polis pada waktu malam tetapi kejadian yang dihadapi olehnya memang tidak disangka sangkakan Ada udang disebalik batu polis sengaja tahan gadis naik motor malam...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Bullies Face Up To 10 Years Jail As Amendments Come Into Force

New Rules To Control Ship To Ship Oil Transfers Out This Month

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Rakyat Tertipu Dengan Janji Pilihan Raya Bn Makin Terserlah Ketakutan Terhadap Slogan Pas Teraju Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah Ds Vida Sebak Ziarah Pusara Arwah Nurly

Nothing Phone Tampil Cip Snapdragon Baharu

Doa Syukur Arwah Sudah Selesai Badal Haji

A Month Later Still Here

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi