Celebrate Birthday Di Swensens Melawati Mall
Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall
Kali pertama makan di Swensens adalah masa celebrate birthday Ikhwan yang ke lapan tahun. Agak lambat berkongsi sambutan ringkas birthday anak bujang dekat blog. Dekat Facebook pun tak kongsi. Waktu ni sibuk betul kami dengan urusan keluarga dan juga waktu ni juga mak masuk hospital.
Mood nak celebrate birthday dan makan-makan pun tiada. Tak sampai hati nak bersuka ria bila mak tak sihat. Tapi sekarang Alhamdulillah mak beransur pulih.
Baca Juga: Pengalaman Lahirkan Anak Pertama
Celebrate Birthday Lapan Tahun Ikhwan HafeezAlhamdulillah kami celebrate birthday Ikhwan simple sangat, no balloon and no cake. Kek pon sebab mama je yang suka. Bersyukur Ikhwan tak meminta. In sya Allah nanti ada rezeki lebih boleh la repat ulang belanja.
So far dia suka dan puas hati. Tarikh lahir Ikhwan jatuh pada 1 September 2011. Tahun ni genap dia berusia lapan tahun. Lapan tahun jugalah aku menjadi ibu bapa.
Perangai Ikhwan Hafeez menurun dari aku. Waktu birthday, tak perlu ada hadiah atau ucapan, cukup belanja makan makanan kesukaan dah boleh tersenyum lebar. Jadi kami ke Swensens cawangan Melawati Mall. Kebetulan masa kami ke sana pelanggan agak kurang jadi dapat makan dengan tenang.
Celebrate Birthday & Makan Ice Cream Swensens
Oleh sebab anak bujang tak minat sangat makan kek jadi kami tukar kepada Ice cream. Haruslah cari restoran atau café yang ada dessert sedap. Lepas banyak kali mundar mandir, kami sepakat nak cuba makan di Swensens. Swensens memang terkenal dengan dessert terutama ice cream dia yang sedap. Boleh pilih ice cream scope atau ice cream cake.
Kami order makanan cukup-cukup je memandangkan pertama kali cuba. Risau membazir dan tak menepati selera anak beranak. Kami order medium pizza, ayam goreng, spaghetti blognese, soup & bread then ice cream.
Tak cukup ok. Mungkin perut kami lapar dan bagi aku portion makanan dekat Swensens agak kecil. Kid menu dia memang sesuai untuk seorang kanak-kanak sahaja. Jadi korang yang nak makan dekat sini sila la order sorang satu. Dari segi harga, aku rasa agak mahal. Aku boleh dapat lebih kalau makan dekat restoran lain. Tapi, makanan dia semua sedap.
Selain menu aku sebut dekat atas ada banyak lagi menu menarik korang boleh cuba dekat Swensens. Mungkin boleh cuba yang lain di lain hari. Paling penting, birthday boy puas hati makan dan celebrate birthday dekat sini.
Website Swensens
Doa Untuk Anak
Mama & abah doakan Ikhwan Hafeez menjadi anak berguna, anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Semoga membesar dengan sihat dan kenang jasa ibu bapa.
Lapan tahun yang lepas, di Syawal ketiga aku lahirkan dia tanpa banyak masalah. Tempoh berpantang juga satu nikmat bila dia tak meragam langsung. Tidur dan bangun untuk menyusu. Semoga kami ibu bapa dapat jadi BFF dia selamanya.
Surah Al-Baqarah Ayat 128
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
Ikutkan hati tak mahu lepas kan dia, nak suruh dia jadi anak kecil aku selamanya. Tapi, mana mungkin. Weh sedih. Nak stop sebelum mengalir air mata.
Selamat Hari lahir Anak Mama. Sentiasa nombor satu di hati mama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/10/celebrate-birthday-di-swensens-melawati-mall.html