Celebrate Birthday Di Restoran The Cave Johor Bahru
Celebrate Birthday di Restoran'The Cave', Johor Bahru || Pernah dengar tentang 'The Cave' ni? Nona tertarik dengan tempat ni masa kawan post status kat Whatsapp, ternampak background di bahagian dalam tu seakan-akan sedang berada di dalam sebuah gua. Rasa macam unik gitu ada 'Gua' vibes nih walaupun Gua buatan aje pun. Mungkin sebab dah lama teringin pergi bercuti masuk Gua sebenar tapi belum kesampaian, jadiknya suka tengok tempat makan ala ala cave gini... Haha.. Dengan persetujuan semua, kami celebrate birthday di Restoran 'The Cave', Johor Bahru pada bulan Januari yang lalu sempena Birthday our friends, Rabitah namanya. Fuh, lama betul baru throwback 😂
Ternyata sewaktu aku sampai, boleh nampak dari luar, dinding di bahagian luar Dan dalam kelihatan seperti sebuah gua. Kalau tinggi lagi ilusi, ku namakan as gua ajaib! Sebab ada banyak makanan Dan minuman kat dalam! Hehe.. Hiasannya kelihatan menarik, dan lorong nak masuk ke kawasan dalam pun agak unik. Sesuai sangat untuk pelbagai event makan makan cuma bagi aku, pencahayaan tu macam kurang sikit. Penggunaan lampu gitu agak memalapkan suasana sikit tapi Masih nampak lah.. Romantika de Amo ekk 😍 Jom tengok apa kami makan...Sambil round kawasan sekitar sebelum kawan kawan lain datang.
Sebelum masuk ke ruangan dalam..
Belon belon tulisan 'Happy Birthday' digantung sesiap kat dinding 🤩 Macamni PERCUMA je bagi yang nak book untuk birthday. Tapi takdalah dekorasi lain. Ingat, book dulu meja.. Sebab tak semua meja digantung dengan belon happy birthday tu.. Nice kan.. Tak perlu upah orang hiaskan meja lagi tapi kalau nak lebih WOW, Sila lah panggil orang untuk Deko Deko Dan hiasan lebih banyak lagi. Terdapat ruangan meja untuk Dua orang duduk makan (boleh candle light dinner😄) Dan ada jugak untuk makan beramai ramai. Ruangan makan ada disediakan di bahagian luar Dan jugak dalam
Presentation makanan not bad. Makanannya pun sedap belaka. Harganya agak tinggi lah bagi aku tapi sebab sedap dengan bahan bahannya, Maka aku anggap boleh diterima. Western food memang suggested kat sini. Licin dimakan! Lunch merangkap makan petang terus nih 😁 Nama menu kemain unik! Bak kata Blogger Carneyz dalam Komen, menunya ala ala Flintstone punya menu. Aku baru lepas Google, ooo..Yela ek! Hahaa.
Happy Belated Birthday Rabitah! Semoga yang baik baik buat Rabitah. Aamin!
Kek pun dijual kat sini. Selamatlah time tu ada stok kek coklat comel nih. Tak perlulah aku bawak Dari luar sebab aku risau Berlaku something time bawak tu, dah buruk pulak keknya nanti 😁 Orang sana tolong buat surprise..Dorang keluarkan kek time makanan dah sampai semua and nyanyikan lagu birthday untuk Rabitah ❤️
Gua vibes di Johor
Selfie satu dengan caption 'Di Dalam Gua' 😄 Bukti pernah hadir ✅ Meskipun Gua buatan, I tetap like! Hahaaha..Sebab tak pernah jumpa konsep camni..
And last before balik, orang tu mintak izin nak interview kami sambil dirakam video. Err...time ni...Yang lain semua tolak kat aku sebab aku blogger... Aaa..jammed! Ini bukan review berbayar tau. Tibber! Hahahaa.. Apa pun, bersyukurlah selesai dengan Selamat... Anyone nak celebrate birthday di Restoran 'The Cave', Johor Bahru, bolehlah refer info di bawah:
Sosial MediaInstagram The Cave
Contact or Whatsapp The Cave0128007303
Alamat The CaveNo 9, Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru
Parking di The CaveFREE Dan LUAS
Notakaki: Cari Kafe Halal berkonsepkan kat Santorini pulak 😄
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/10/celebrate-birthday-di-restoran-cave.html