Celah Mana Najib Menyamai Hang Tuah


 

Bila kita membaca yang Zahida Zarik Khan dari Puteri UMNO menyamakan Najib dengan Hang Tuah, kita cepat beristighfar. Zahida menghujahkan lantaran kegagalan Umno untuk menghargai Najiblah maka pengaruh parti berkenaan semakin memudar. Dari situ, bertitik tolak dari Najib itu Tuah, maka kita pun tahulah yang Umno memang payah untuk berubah.
Umno memang tidak mahu faham orang Melayu semakin bosan, jelak, jengkel, menyampah, mual, dan tidak lagi mahu terjebak dengan Najib dan segala urusannya. Era Najib telah berakhir. PRU15 membungkus nama Najib dan ia ditanam dalam-dalam 75 meter di bawah permukaan bumi. Dalam banyak kajian turun lapangan yang dilakukan oleh sarjana sains politik, nama Najib sekian busuk demikian juga nama presiden Umno yang sekarang.
Ramai orang mengerti yang kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan dan Umno (antara lain) bukanlah satu koalisi tetapi kesepakatan sementara agar kerajaan dapat dibentuk dan tidak tergantung.
Zahida, kita tahu dari kata-katanya itu, tidak membaca Hikayat Hang Tuah yang merupakan rekod paling unggul dalam membentangkan sejarah kebobrokan pemimpin dan umat Melayu. Pemikiran Melayu, atau weltanschauung (pandangan dunia) Melayu, yang nanti menjadi pegangan hidup Melayu moden terdapat di sini. Ia menjejerkan setia membuta Melayu kepada pemimpin.
Segala jenis walaun ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ia juga menampilkan lapis skandal demi skandal yang jauh dari ajaran Islam. Ia mengetengahkan sosok Hang Tuah yang kaki tuak, sebagai feudalis gila, seorang berilmu tetapi tidak melaksanakan; dan korup.
Hikayat Hang Tuah diawali dengan kalimah Bismi’llahi’rrahmani’rrahim wabihi nasta’inu bi’llahi’l’ala, disusul dengan pengenalan berikut oleh pengarangnya: “Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiakawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya”. Gandingan basmalah dan ikrar feudalisme di atas adalah padanan bencana apabila Islam dan gagasan kebangsaan jumud disanding sehingga memberi kesan bahawa orang Melayu boleh menunggang agama dan bangsa bila berkeperluan.
Menyamakan Najib dengan Hang Tuah membuatkan kita tertanya-tanya, bahagian atau celah manakah yang membolehkan Najib itu persis Tuah? Jika kita mengulit versi Hikayat Hang Tuah MSS 1658 iaitu versi Perpustakaan Negara dari susunan dan transliterasi Siti Hawa Saleh kita akan bingung dengan Zahida. Celah mana samanya Najib dan Tuah?
Apabila seorang Puteri Umno merujuk Hang Tuah yang merupakan lambang kuasa patriarki menculik dan mempermainkan Tun Teja, kita akan tertanya-tanya; jenis panduan bangsa mana yang ingin dikincah oleh perempuan Melayu dalam Umno jajaran baharu pasca kerajaan perpaduan ini.
Atau sebenarnya Zahida merujuk pada celah gilanya Tuah kerana sanggup ditanam hidup-hidup di dalam kubur? Kita tahu dari Hikayat Hang Tuah bahawa Tuah rela ditanam hidup-hidup demi berolehkan emas sebanyak dua dulang:
“Maka Temenggung pun menyembah serta mengambil emas dua talam itu lalu dibawanya pulang ke rumah menyuruh orang memalu momongan serta membawa emas itu berkeliling negeri mengatakan seperti titah Raja itu. Tujuh hari berkeliling negeri itu tiada siapa-siapa ada yang bercakap ditanam seperti titah Raja itu.
“Maka orang itu pun kembali memberitahu Temenggung. Temenggung pun segera masuk mengadap persembahkan emas dua talam itu pada Raja itu. Maka sembah Temenggung, ‘Emas dua talam ini, Daulat Tuanku Syah Alam, ada pun dititahkan memalu momongan itu, seorang pun tiada bercakap seperti titah Duli Yang Maha Mulia itu’.
“Setelah baginda menengar sembah Temenggung itu maka baginda pun memandang ke kiri dan ke kanan lalu berdiam dirinya. Setelah dilihat oleh Laksamana dan didengarnya titah raja demikian itu maka Laksamana pun berdatang sembah, ‘Daulat Tuanku Syah Alam, sembah patik sembah durhaka, harapkan ampun Duli Syah Alam di atas batu kepala patik, hamba yang hina. Ada pun patik menjadi hamba mengerjakan barang pekerjaan Duli Syah Alam itu daripada umur patik sepuluh tahun hingga sampai pada ketika ini tiada dijanjikan Allah Ta’ala mati dan luka.
“‘Maka ini patik pun sudah tuhalah; biarlah patik mati dengan pekerjaan Duli Syah Alam karena nyawa patik ini jikalau ada seribu sekalipun dengan tulus ikhlas hati, patik persembahkan Kebawah Duli Yang Dipertuan. Usahkan Duli Syah Alam mencari orang lain; siapatah yang bercakap hendak mati itu? Jadi sia-sialah sahaja didengar oleh segala khalayak yang banyak. Titah yang Maha Mulia itu insya allah Ta’ala biarlah patik kerjakan seperti kehendak hati Duli Yang Dipertuan itu.'”
Maka tentu tidak terbanding gila Tuah dengan Najib, kerana tiada siapa yang sanggup ditanam hidup-hidup di dalam kubur dan kalau sudah ditanam apalah gunanya emas yang berdulang itu? Atau adakah Zahida ingin membandingkan Najib dengan Tuah dari celah juaranya Tuah melakukan maksiat?
Ini kerana Hikayat Hang Tuah membabadkan kepada kita perihal Tuah yang demikian jaguh dari segi menonggang arak tetapi punyalah ‘champion’ demikian susah mabuk. Bukan sahaja itu, Tuah boleh memulai parti arak ini dengan membaca doa seraya “menadahkan tangan mengatakan ‘Amin ya rabbul ‘alamin”:
“Maka Tun Tuah, Tun Jebat, Hang Kasturi pun mengambil piala itu daripada tangan orang mengisi piala itu. Maka dipenuhinya dengan arak maka dibawanya menari. Maka dianggapkannya kepada Tun Ratna Diraja. Maka Tun Ratna Diraja pun tiada khabar akan dirinya lalu terduduk. Maka Tun Ratna Diraja pun terlalu suka serta tertonggeng-tonggeng. Maka Raja pun terlalu suka tertawa-tawa melihat Tun Ratna Diraja menari itu. Maka rebana pun terlalu ramai. Maka Raja pun memandang pada Tun Tuah dengan syarat menyuruh melarahkan Temenggung Seri Wak Raja. Maka Tun Tuah pun mengambil piala dipenuhinya dengan arak lalu dibawanya menari.
“Maka oleh Tun Tun Tuah dilarahkannya pada Temenggung serta katanya, ‘Santaplah Datuk, titah Duli Yang Dipertuan Muda.’ Demi didengar Temenggung maka diambilnya piala itu serta katanya, ‘Daulat Tuanku.’ Maka piala itu pun dijunjung oleh Temenggung lalu diminumnya.”
Ada banyak lagi gila Hang Tuah. Kalau kita buka Hikayat dan mencungkil skandal korupnya kita akan bertemu. Untuk menculik Teja, sekian ramai yang disogok. Akan tetapi memadailah kita mencerakinkan yang Tuah itu mempermainkan perempuan seperti Teja semata-mata untuk menggondol kesaksian Sultan.
Memang banyak sekali Hang Tuah ini merasuah orang. Tuah itu peribadi gamat yang bukan boleh dijadikan sandaran dan model terbaik. Jenis lelaki seperti Tuah inilah yang dipetik Puteri Umno dan disamakan dengan Najib.
Siapa lagi yang mahu bilang Umno boleh diselamatkan? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/celah-mana-najib-menyamai-hang-tuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Zahid Tak Bertanggungjawab Sifatkan Kes Najib Pendakwaan Politik

Muda Zahid Tak Bertanggungjawab Sifatkan Kes Najib Pendakwaan Politik

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 190 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia menyifat kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kes bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pendakwaan politik dan terpilih boleh membawa implikasi terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap...
Muda Irresponsible For Zahid To Say Najib Was Selectively Prosecuted

Muda Irresponsible For Zahid To Say Najib Was Selectively Prosecuted

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 139 hits
Muda today criticised Umno president Ahmad Zahid Hamidi for saying that Najib Abdul Razak was a victim of selective and political prosecution in his speech at the recent 2022 Umno general assembly In a statement Muda secretary general Amir ...
March 13 Fixed For Najib Son S Income Tax Appeal Hearing

March 13 Fixed For Najib Son S Income Tax Appeal Hearing

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 129 hits
Najib Abdul Razak and his son Mohd Nazifuddin s appeals against the summary judgments entered against them over income tax arrears will be heard by the Federal Court on March 13 When contacted lawyer Wee Yeong Kang one of the counsel repres...
Selepas 8 Tahun Ini Keputusan Mahkamah Terhadap Lelaki Yang Buat Kenyataan Jelik Terhadap Najib Razak

Selepas 8 Tahun Ini Keputusan Mahkamah Terhadap Lelaki Yang Buat Kenyataan Jelik Terhadap Najib Razak

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 190 hits
Seorang peniaga dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor lapan tahun lalu Hakim N...
Is Najib Resorting To Unwgad To Remain Relevant

Is Najib Resorting To Unwgad To Remain Relevant

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 205 hits
Legally speaking many lawyers are not convinced with the latest route taken by former prime minister Najib Abdul Razak and his lawyers in referring his case to the UN Human Rights Council Working Group on Arbitrary Detention As far as polit...
Najib S Ex Aide Bersatu And Entire Pn Coalition Members At Risk Of De Registration

Najib S Ex Aide Bersatu And Entire Pn Coalition Members At Risk Of De Registration

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 92 hits
IT will be interesting to know why former Barisan Nasional strategic communication deputy director Eric See To is taking numerous pot shots at Tan Sri Muhyiddin Yassin that the remand order imposed on the over probe in RM92 5 bil spent by t...
Najib To File Second Bid In Apex Court To Nullify Src Conviction

Najib To File Second Bid In Apex Court To Nullify Src Conviction

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 139 hits
Najib Abdul Razak will have a second attempt before the apex court tomorrow to quash his guilty verdict as well as the 12 year jail sentence and RM210 million fine in the SRC International corruption case The Federal Court previously fixed ...
Langsung Menanti Nasib Najib Hari Ini

Langsung Menanti Nasib Najib Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comSemua mata tertumpu pada cubaan terkini Najib Razak untuk membatalkan sabitan bersalah ke atasnya dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini Setelah ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak