Cekup Dalang Bikin Filem Mentega Terbang Berita Harian 15 09 2023


 

KUALA LUMPUR : Dalam menyambut baik perintah larangan terhadap tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang seperti diwartakan kerajaan sejak 1 September lalu, pelbagai pihak menggesa tindakan diambil terhadap 'dalang' di sebalik pembikinan naskhah kontroversi itu.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) wajar mengambil tindakan susulan berikutan pembikinan Mentega Terbang melanggar batas penerbitan filem di Malaysia.
"Saya gesa FINAS ambil langkah seterusnya dengan menggantung syarikat penerbitan filem Mentega Terbang mengikut undang-undang.
"Saya setuju apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem ini. Tetapi, apa pula tindakan kepada syarikat dan individu terbabit?
"Jadi, untuk tindakan selanjutnya, mungkin FINAS boleh haramkan syarikat ini. Apabila tindakan ini diambil, ia jadi penanda aras supaya tiada lagi produksi lain melakukan perkara sama.

"Jika masih ada yang buat, maka, itulah kesan mereka terima. Garis panduan sudah ada, cuma tindakan selanjutnya perlu diambil kerana perkara ini sudah berlaku berulang kali.

Hafiz berpendapat filem Mentega Terbang boleh menjejaskan keharmonian sesama masyarakat di negara ini. - Foto ihsan Hafiz Nafiah
"Bukan filem Mentega Terbang sahaja, ada lagi filem lain yang menyentuh sensitiviti Islam ini," katanya kepada BH Online.
Kelmarin, kerajaan dilapor mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversi Mentega Terbang di seluruh negara.
Warta bertarikh 1 September lalu menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 itu turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.
Warta itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 21 Ogos lalu.
Berdasarkan warta itu, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar Jailani, terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.
Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Malah, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian. - Foto NSTP
Sedutan babak tular itu mengundang kemarahan warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.
Hafiz berkata, filem Mentega Terbang boleh menjejaskan keharmonian sesama masyarakat di negara ini.
"Saya secara konsisten tidak bersetuju dengan filem Mentega Terbang ini sejak awal lagi. Saya yakin banyak lagi kandungan atau isu yang boleh diangkat untuk menjadikan filem atau sesebuah cerita yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyambut baik perintah larangan tayangan filem Mentega Terbang biarpun tindakan itu sepatutnya diambil sejak awal lagi.
"Saya setuju dengan pengharaman filem Mentega Terbang. Namun, mengapa ambil masa begitu lama? Disebabkan keputusan mengharamkan filem ini sedikit lambat, jadi, mungkin sudah ramai yang menonton.
"Bagaimanapun, saya bersetuju dengan langkah itu kerana ia mengekang daripada terus berleluasa," katanya.
Nadzim berkata, sebagai langkah mengelak masalah sama berulang, mana-mana filem dikeluarkan perlu menjalani proses tapisan awal dengan betul.
"Mungkin KDN perlu teliti langkah yang lebih efisien dalam soal penapisan filem pada peringkat awal supaya isu begini tidak berulang.
"Sebagai pengajaran untuk produksi filem ini, mungkin perlu diambil tindakan daripada segi undang-undang. Perlu siasat sama ada filem itu diterbitkan dengan berniat jahat atau tidak.
"Jika sabit kesalahan, maka beri hukuman yang dirasakan sesuai," katanya.
Nadzim berharap penggiat filem lebih peka dalam berkarya dan menetapkan matlamat yang menepati garis panduan sewajarnya agar tidak timbul lagi isu sama.
"Selepas ini, kalau boleh tiada lagi filem yang menyentuh pasal sensitiviti umat Islam di negara ini. Selain itu, setiap filem dihasilkan perlu ada matlamat yang ingin dibawa.
"Jika matlamat mereka untuk membuat orang ramai sakit hati atau berpotensi menjejaskan hubungan sesama kaum, maka ia tidak wajar ditayangkan," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
'CEKUP DALANG BIKIN FILEM MENTEGA TERBANG'

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/09/1152971/cekup-dalang-bikin-filem-mentega-terbang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/09/cekup-dalang-bikin-filem-mentega.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Modul Hadis 40 Ppim Bidas Kenyataan Arun Dorasamy Sinar Harian 08 09 2023

Modul Hadis 40 Ppim Bidas Kenyataan Arun Dorasamy Sinar Harian 08 09 2023

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 244 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengecam tindakan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia Arun Dorasamy yang mempertikai dan membantah modul asal Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Aktivis PPIM...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Indeks Nasdaq 100 Khamis 07 September 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Indeks Nasdaq 100 Khamis 07 September 2023

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 378 hits
Sekiranya kita lihat pada carta harian indeks Nasdaq 100 kelihatan terdapat penurunan di mana tahap 15151 8 akan menjadi sasaran untuk jatuh buat sementara waktu bagi NDX untuk mendapatkan momentum naik semula Yang penting selagi penurunan ...
Senarai Filem Melayu 2023

Senarai Filem Melayu 2023

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 744 hits
Senarai Filem Melayu 2023 Artikel untuk kali ini khas buat korang semua yang menggemari filem melayu Untuk tahun 2023 kita bakal dihidangkan dengan pelbagai filem melayu yang menarik untuk di tonton di pawagam Malaysia Seperti biasa filem m...
Pakar It Oku Derita Katarak Mata Dibantu Sinar Harian 14 09 2023

Pakar It Oku Derita Katarak Mata Dibantu Sinar Harian 14 09 2023

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Kisah pakar teknologi maklumat Che Wan Zawawi Sulaiman 45 yang merupakan orang kelainan Upaya hilang sumber pendapatan kerana menghidapi penyakit katarak mata mendapat perhatian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Kelu...
Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global Menerusi program itu beras import yang dir...
Gegaran Pada 11 September 2023

Gegaran Pada 11 September 2023

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 339 hits
11 September 2001 22 tahun lepasSerangan 11 September 2001 di World Trade Center di New York City Itu serangan 22 tahun lepas tetapi hari ini lain pula yang terjadi 11 September 2023 IsninBerlaku gegaran yang menggemparkan kakitangan di tem...
Bicara Akademik 2023

Bicara Akademik 2023

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 327 hits
Pagi tadi MY sempat menghadiri Bicara Akademik anak anak sekolah rendah ni Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar Majlis bermula pukul 10 pukul 9 45 Mama Yan dah sampai sekolah Boleh dapat anugerah ibu misali ni Ke ibu yo yo poyo seb...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework