Cekodok Pisang Buat Nellisa




Hari ini hari terakhir Nelly di London, pagi esok beliau akan berangkat balik ke Malaysia. Pastinya itu saat yang menyedihkan bagi saya. Dengan baki masa beberapa jam lagi, saya dah mula terasa sebak dan sedih. 
Saya memang sedih bila ditinggalkan, maksudnya bila ada orang akan meninggalkan saya. Sama juga ketika arwah ibu atau adik beradik datang berkunjung ke rumah saya, saat mereka nak balik adalah saat menyedihkan bagi saya.  Siapa yang macam saya? 
Nelly tidak dapat bercuti lama kerana cuti tahunan pun dah tak banyak. Januari hari tu, Nelly juga ikut ke London dan Wales untuk majlis konvokesyen Aween. Jadi banyaklah cuti tahunan yang telah digunakan. Inilah dilema saya dulu, waktu masih bekerja. Terpaksa berjimat dengan cuti tahunan dan merancang percutian dengan sebaiknya. 
Semasa Nelly di sini, saya banyak menghabiskan masa keluar shopping dan makan makan dengan dia. Insya Allah saya akan kongsikan di entri akan datang. Nana bekerja dan juga terpaksa menyimpan cuti untuk kami berjalan jalan sementara masih di UK. 
Untuk sarapan pagi ini saya menyediakan cekodok pisang kerana masih ada mee goreng semalam yang masih sedap dimakan. Selepas ini, lama lah lagi dapat makan mee goreng sedap menggunakan mee kuning dari Malaysia. Mee telur di sini, tak berapa kena dengan selera saya untuk menggantikan mee kuning. Kalau nak makan sahaja, OK lah. Bukan saat kerinduan nak makan mee goreng Malaysia.
Saya memang rindukan rumah saya, rindukan Malaysia, rindu masakan Malaysia terutama masakan Kelantan, tapi saya mahu berubah angin buat sementara waktu. Semua perasaan rindu terpaksa diketepikan. 
Saya pernah terbaca satu tulisan di mana kata ustaz ustaz berasaskan cerita Nabi Yusuf, berhijrahlah bila kecil hati atau jauh hati dengan famili. Insya Allah hati akan kembali tenang. Jadi setiap perubahan perlu dilakukan untuk mendapat hasil yang berbeza. OK setakat ini dahulu. 

Pisang di London ni tak banyak jenis macam tempat kita ada pelbagai jenis dan baka pisang. Di sini, masuk kedai atau supermarket, sama jer pisangnya. Pisang untuk dimasak cekodok mestilah pisang yang benar benar masak, baru sedap dan manis. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Cekodok PisangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 biji pisang3-4 sudu besar gulaSedikit gula4 sudu besar tepung naik sendiri7 sudu besar tepung gandum
Cara cara:Lenyek pisang dan masukkan garam dan gula. Kacau rata. 
Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
Panaskan minyak sehingga panas dan ceduk adunan menggunakan sudu. Goreng sehingga keperangan. Balik balikkan supaya masak rata dan sekata.
Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/cekodok-pisang-buat-nellisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2007 hits
Saya yang paling gembira bila Nellisa memberitahu telah membeli tiket penerbangan untuk ke UK Hati memang tak sabar untuk Nellisa tiba di London dan dari dia bertolak ke KLIA saya dah mula berdoa agar dipermudahkan segala urusan beliau sepa...
Goreng Pisang Sambal Kicap

Goreng Pisang Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3068 hits
Assalamualaikum WBT GORENG Pisang atau Pisang Goreng Tak kisahlah mana mana yang penting nak makan tu kena ada sambal kicap Tak sahlah kami orang Johor kalau makan goreng pisang tak ada sambal kicap Teringat dulu bos Sk orang Perak cakap ak...
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4836 hits
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang Menjaga tanaman bukan sesuatu yang mudah terutama apabila baja yang digunakan kadang kala tidak berkesan kepada pertumbuhannya Banyak baja yang dijual di pasaran namun ada sesete...
Nasihat Emas Dari Seorang Mak Cik Jual Pisang Di Tepi Jalan

Nasihat Emas Dari Seorang Mak Cik Jual Pisang Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1347 hits
Kisah ini ustaz pernah kongsi satu waktu dulu Ustaz kongsi semula khusus sempena hari ulangtahun kelahiran Nabi saw Moga kisah ini beri motivasi untuk kita lebih dekat dan amalkan sunnah nabi saw Ceritanya Pernah satu hari ustaz konvoi rama...
Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed

Anak Pisang Emas Selepas Sebulan Di Raised Bed

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2353 hits
Selepas sebulan ditanam di raised bed tepi rumah anak sulur pisang emas yang dibeli secara dalam talian ini mulai berdaun Umbisi pisang biasanya mempunyai beberapa tunas yang berpotensi tumbuh menjadi anak pokok pisang Kadang kita akan namp...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cara Pilih Platform Ai Bot Kripto Yang Selamat

684 Pembangun 24 Jam 140 Projek Hackathon Ai Terbesar Malaysia Cipta Magik Teknologi

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama