Cek Mek Molek Rupanya Kuih Paling Senang Nak Buat Tak Sangka Semudah Ini


Cek Mek Molek atau Cek Mek adalah kuih tradisional Melayu yang sinonim dengan penduduk pantai timur terutama sekali di Kelantan dan Terengganu. Kuih yang berbentuk bujur ini diperbuat daripada ubi keledek sebagai bahan utama.
Kuih Cek Mek Molek Untuk pengetahuan umum, ubi keledek banyak digunakan sebagai bahan utama dalam pelbagai masakan kuih tradisional dan pencuci mulut seperti kuih keria, pengat, inti karipap dan juga cek mek molek yang menjadi topik utama dalam artikel kali ini.
Kuih Cek Mek kebiasaannya dijual pada waktu pagi dan petang di pasar pagi, pasar tani atau gerai gerai kecil di kawasan kampung. Kalau korang datang bercuti di Kelantan dan singgah di mana mana warung kecil untuk sarapan pagi, insyaAllah korang boleh nampak kuih ini berada diatas meja.
Resepi Kuih Cek Mek Molek Yang Paling Mudah Dan Sedap Agak kekok sebenarnya berkongsi resepi dengan korang semua sebab aku jarang buat artikel macam ini sebab aku tak pandai masak tetapi untuk Cek Mek Molek yang simple ini aku harap boleh membantu korang semua.
Kuih Cek Mek Molek Belum Masak Perkara pertama yang perlu korang sediakan adalah bahan utama. Bagi pemula, Cek Mek adalah salah satu kuih tradisional yang korang boleh cuba masak sebab bahannya sikit dan senang untuk dibuat.
Bahan Utama Kuih Cek Mek Molek Ubi Keledek Garam Gula Pasir Tepung Gandum Minyak Masak Cara Penyediaan Kupas kulit ubi keledek dan potong kepada ketulan yang lebih kecil. Selepas itu, cuci ubi tersebut dengan bersih. Rebus sehingga empuk bersama secubit garam. Lenyekkan ubi keledek sehingga halus supaya senang untuk diuli. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek dan uli sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Ambil sedikit doh, bulatkan dan selepas itu leperkan di tapak tangan. Letakkan gula pasir pada doh yang dileperkan tadi, tutup doh tersebut dan bentukkan ia menjadi bujur.Ulang langkah 5 dan 6 sehingga doh habis. Akhir sekali, goreng sehingga masak dengan api yang sederhana. Aku berkongsi resepi dengan korang sebab kuih Cek Mek ini susah nak dapat dekat kedai sekarang ini. Mungkin dekat kampung korang atau area tempat korang tinggal senang untuk dibeli tapi di kampung aku dan kawasan sekitar susah sangat nampak.
Kuih Cek Mek Molek Belum Masak Jadi, kalau korang craving nak makan kuih Cek Mek tapi susah nak beli bolehlah buat sendiri dekat rumah. Boleh makan banyak banyak dengan keluarga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2025/11/resepi-kuih-cek-mek-molek-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 283 hits
Kuih Abok Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai Hanya menggunakan bahan bahan yang ringkas kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang Kalau dapat makan masa masih panas mema...
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 252 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
Bukan Semua Orang Senang Nak Dapat Kerja Kisah Akmal Hidup Susah Netizen Berganding Bahu Hulur Bantuan

Bukan Semua Orang Senang Nak Dapat Kerja Kisah Akmal Hidup Susah Netizen Berganding Bahu Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Di tengah hiruk pikuk kota yang tidak pernah tidur masih ada insan yang bertarung setiap hari hanya untuk sekeping rezeki dan sedikit ruang berteduh Kisah seorang lelaki yang berjalan sendirian hidup berpindah dari masjid ke su...
Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 314 hits
Tiba tiba ramai yang ingin kurus Namun kali ini ia bukan melalui diet atau senaman tetapi dengan bantuan jarum Dalam beberapa tahun terakhir dunia telah melihat kemunculan fenomena baru ubat diabetes seperti Ozempic dan Mounjaro yang pada a...
Cara Orang Melayu Nak Cepat Kaya

Cara Orang Melayu Nak Cepat Kaya

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 142 hits
Norman Radzuan Orang Mesir belajar bina Piramid dari orang MelayuCARA ORANG MELAYU NAK CEPAT KAYASaya tersenyum bila lihat Sanusi nak mulakan proses undang2 pajakan Pulau Pinang Negara dah Merdeka lebih 60 tahun dapat dkt kamu jadi MB tak t...
Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti

Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 265 hits
Kadang kadang kita tak sangka masa berlalu begitu cepat Rasa macam baru semalam borak gelak dan berkongsi cerita suka duka dengan kawan sekerja yang dah jadi macam Tapi bila dia bagitahu nak berhenti hujung bulan 11 ni terus rasa sebak Wala...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan