Cek Jurubank Kwsp
APA ITU CEK JURUBANK KWSP
Cek jurubank KWSP merupakan satu kaedah bayaran kepada penerima yang akan digunakan sekiranya kaedah pengkreditan terus ke akaun penerima/pemohon gagal dikreditkan disebabkan atas sebab tertentu.
Antara sebab kaedah cek jurubank kwsp digunakan adalah penerima/pemohon gagal memberi maklumat akaun bank dengan betul, akaun penerima/pemohon tidak aktif, penerima/pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga seperti suami, ahli keluarga atau kawan.
Ini merupakan contoh kaedah pemindahan atau pengeluaran wang daripada KWSP kepada penerima/pemohon yang biasa digunakan :
1.Pengkreditan Terus Ke Akaun Pinjaman Perumahan
Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan dengan syarat :
Ahli / pasangan mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
Pinjaman ahli/pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP tersebut tidak berstatus NPL; DAN
Akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan masih aktif; DAN
Nombor pengenalan diri ahli/pasangan selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank; DAN
Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli disebabkan rekod pengenalan diri tidak sah atau sebagainya, bayaran akan diganti dengan Cek Jurubank yang akan dihantar menerusi pos secara mel berdaftar
2.Cek Jurubank Kepada Institusi Pemberi Pinjaman Perumahan
Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama institusi pemberi pinjaman sekiranya;
Institusi pemberi pinjaman ahli / pasangan masih belum menyediakan perkhidmatan keadah bayaran secara pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan; ATAU
Pinjaman ahli / pasangan yang dibuat dengan bank panel KWSP berstatus NPL
Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat institusi pemberi pinjaman yang dinyatakan dalam Penyata Baki Pinjaman
Perumahan menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran. Manakala satu notis makluman bayaran akan dihantar kepada ahli
3.Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
Semua bayaran pengeluaran akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama ahli yang memohon pengeluaran i-Lestari sekiranya;
pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga
akaun pemohon tidak aktif
Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke pemohon dalam masa 14 hari.
Pemohon/ahli akan menerusi pos secara mel berdaftar beserta notis bayaran.
BACA : KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN
PERINGATAN KEPADA AHLI KWSP
KWSP tidak mengeluarkan sebarang resit atas bayaran pengeluaran yang dibuat kepada pihak ketiga.
Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran
Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]
Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]
The post CEK JURUBANK KWSP appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cek-jurubank-kwsp.html