Cegah Masalah Jantung Dengan Joymix Beetroot Juice Concentrated Powder
Assalamualaikum. Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru, apa azam tahun baru anda kali ni? Untuk Ayue, Ayue berazam untuk amalkan pemakanan sihat untuk seisi keluarga. Yela, Ayue chef dalam rumah ni, kalau bukan Ayue yang mulakan pemakanan sihat, siapa lagi kan. Langkah pertama yang Ayue nak amalkan adalah dengan menyediakan Beet Root Juice daripada JOYMIX. Kenapa Beet Root?
Beet Root ni adalah sejenis ubi yang mempunyai banyak sangat khasiat yang mungkin ramai tidak tahu. Ia berwarna merah-ungu gelap. Mempunyai rasa yang manis semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet merah dapat dijadikan penawar kesihatan. Antara khasiat Beet Root yang terkenal adalah ia mampu membantu menurunkan tekanan darah, menambahkan tenaga dan melancarkan pengaliran darah.
Sebenarnya baru-baru ni suami Ayue ada buat check up di klinik dan doctor suspect ada masalah di bahagian jantung. Suami Ayue kena buat rawatan susulan di hospital. Benda ni sangat merisaukan Ayue sebab tu Ayue kena berusaha untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Dari apa yang Ayue baca, Beet Root ni sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, hati, dan juga dapat mengelak strok. Jadi sebab inilah Ayue nak amalkan Beet Root untuk suami Ayue.
Walaupun Beet Root ni agak mudah untuk didapati di kawasan perumahan Ayue, pergi saja ke pasar pagi pasti ada yang menjualnya, tapi penyedian Beet Root ni tersangatlah leceh. Kulitnya keras dan masa untuk menyediakannya agak lama. Sama ada bakar, rebus, kukus, semuanya mengambil masa yang lama. Paling Ayue tidak tahan adalah masa untuk membersihkan segala peralatan selepas memasak Beet Root ni. Ya ampun, warna merah-ungu nya sangat pekat ok. Jadi Ayue ambil insiatif lain iaitu amalkan Juice Beet Root daripada JOYMIX pula.
Segala khasiat Beet Root yang Ayue inginkan ada didalam JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder ni. Tak perlu lagi dah Ayue nak kupas kulit Beet Root dan berhempas pulas menyediakannya. Sekarang Ayue hanya perlu campurkan saja serbuk Beet Root ni ke dalam air suam dan minum begitu saja. Tiada bau pelik dan kurang menyenangkan. Kanak-kanak pun pasti suka minum.
Apa yang menarik perhatian Ayue adalah, disebabkan teksturnya yang halus, mudah larut dan tidak berketul ni, JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder boleh digunakan untuk membuat smooties, kek dan pastri juga!. Menarikkan? Boleh lah Ayue buat kek ala-ala red velvet tu untuk suami.
Bukan itu saja, antara sebab utama Ayue memilih JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder adalah kerana ia mempunyai:
8X lebih BETAINE
Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix mengandungi lapan kali lebih banyak betaine berbanding natural beetroot juice. Betaine ini penting bagi menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap homocysteine dalam badan. Ia juga meningkatkan fungsi hati dan membantu dalam penghadaman. Serbuknya yang pekat membuatkan ia dibungkus lebih banyak nutrien berbanding jus biasa.
5X lebih NITRATE
Ia juga mengandungi lima kali lebih banyak nitrat daripada Beet Root yang segar. Nitrat merupakan satu sebatian yang mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Badan menukarkan nitrat kepada nitrik yang seterusnya digunakan untuk menghasilkan nitrik oksida supaya menghasilkan antioksidan kuat yang bertindak balas dengan radikal bebas dalam badan dan meminimumkan kerosakan daripada mereka kepada sel-sel dan tisu-tisu.
1 Kalori Setiap Hidangan
JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder adalah minuman kesihatan yang mengandungi hanya 18 kalori setiap 100g. Saiz hidangan yang disyorkan daripada 6 hingga 10g bermakna setiap pengambilan hanya mempunyai kira-kira satu kalori. Ianya merupakan pilihan terbaik bagi orang-orang yang kehilangan lemak diet dan mereka yang mahu memantau pengambilan kalori mereka.
Selain tu, Beet Root juga mempunyai fadeah-faedah lain seperti:
Ideal Untuk Keto dan Diet Vegetarian
Sesuai bagi korang yang mengikuti keto atau diet vegetarian akan mendapati mudah untuk memasukkan JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder kepada diet kerana mempunyai kalori yang rendah.
Meningkatkan Prestasi Sukan
Beetroots mempunyai betaine yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan aliran darah. Ia meningkatkan kadar di mana oksigen mencapai sel dan meningkatkan prestasi atlet dan olah raga.
Menajamkan minda
Disyorkan kepada pelajar dengan mengamalkan Beetroot powder ini kerana kandungan nutrien yang tinggi dari Beet Root dan kesannya terhadap aliran darah meningkatkan fungsi kognitif otak sehingga memberi manfaat kepada pelajar dan remaja.
Sesuai bagi Dewasa dan warga emas
Pelbagai kajian telah menemui Beet Root bagi mengelakkan dan menghentikan kemunculan demensia pada orang dewasa yang lebih tua. Juice Beet Root yang secara berkala boleh membantu mengekalkan demensia.
Mengawal Tekanan Darah
Betaine dalam beetroot dapat menurunkan tekanan darah dengan menurunkan tahap homocysteine dalam tubuh. JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder mengandungi jumlah betaine yang tinggi yang mampu mengurangkan kemungkinan tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
Kaya dengan Folates
JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder kaya dengan folat yang diperlukan untuk pengeluaran dan perbezaan sel serta penyelenggaraan struktur DNA. Kandungan folat yang tinggi menjadikannya pilihan terbaik untuk bayi, remaja, dan wanita hamil.
Boleh Mencegah Kanser
Betaine antioksidan yang terdapat dalam jumlah yang banyak di dalam serbuk beetroot merah Joymix telah dijumpai untuk melindungi tubuh terhadap pelbagai jenis kanser. Ia melindungi struktur DNA dalam sel terhadap kerosakan, yang merupakan penyebab utama kanser.
Meningkatkan Kesihatan Penghadaman
Beetroot meningkatkan kesihatan pencernaan dengan merangsang penghasilan enzim dan HCL dalam perut. Ia juga membantu dalam penyerapan vitamin, mineral, dan protein tertentu.
Cemerlang untuk Pengurusan Berat BadanSerbuk beetroot merah Joymix sangat baik untuk individu yang berfokus pada pengurusan berat badan kerana ia mengandungi kalori rendah semasa menjadi padat nutrisi.
Terlalu banyak khasiat dan faedahnya untuk Ayue senarikan. Semua khasiatnya memang Ayue dan suami perlukan untuk mejalani kehidupan yang lebih sihat lepas ni. Moga segala usaha kami dipermudahkan. Aminn.
Ni Ayue lampirkan sekali fakta nutrsi untuk rujukan anda.
Cara pengambilanAmbil satu sudu teh dan bancuh di dalam air suam 120ml. Kacau rata dan minum.
Untuk pembaca blog Ayue yang nak beli JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder ni, anda boleh beli teru di website Joymix, hargnya adalh RM110 untuk 250g + 50g (free). Masuk kod diskaun istimewa Ayue iaitu [ BEETROOTJOY ] untuk menikmati diskaun sebnayak 20%!! Jangan lupa login dulu untuk gunakan kod diskaun tu ya. Promosi ni hanya valid sehingga 31 Januari 2019 saja
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari:
Website : https://www.joypremix.com/
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix
Instagram : https://www.instagram.com/joymix9/
xoxo,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2018/12/cegah-masalah-jantung-dengan-joymix-beetroot-juice-concentrated-powder.html