Cecair Vape Tiada Nakotin Mengapa Dikenakan Cukai



Persatuan pengguna vape tidak bersetuju dengan cadangan mengenakan duti eksais sebanyak 40 sen bagi setiap mililiter cecair rokok elektronik, seperti yang dibentangkan Belanjawan 2021 pada 6 Nov lalu.
Meskipun menyambut baik duti eksais 10 peratus ke atas peranti rokok elektronik (seperti vape) dan bukan elektronik, Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (Move), Samsul Kamal Ariffin, melihat pelaksanaan duti eksais ke atas cecairnya sebagai “menghairankan”.
“Yang menjadi isu ialah cukai yang dikenakan ke atas cecair vape yang tidak bernikotin, itu agak menghairankan, sebab kandungan cecair itu dibuat daripada kandungan barangan yang sama untuk membuat aiskrim dan kek.
“[…] Kalau ikut pengumuman (belanjawan), kami bukan sahaja tak setuju, malah kami tak faham sebenarnya kenapa dibuat demikian,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Menganggap cecair vape yang dimaksudkan dalam belanjawan itu sebagai cecair tidak bernikotin, kata Samsul Kamal, bahan tersebut diperbuat daripada gliserin sayur-sayuran (VG) dan propylene glycol (PG) dan ia juga wujud dalam bahan menghasilkan aiskrim serta kek.
“Salah satu objektif barangan dikenakan cukai seperti arak atau rokok ialah untuk membasmi orang menggunakannya kerana ia memudaratkan kesihatan.
“Jadi kenapa cukai yang sama dikenakan (ke atas cecair vape)?Ini mendatangkan kekeliruan di pihak kami,” katanya lagi.
Perlu tindakan seiring
Katanya, Move menyambut baik usaha mengenakan cukai ke atas peranti vape kerana mereka melihat ia sebagai langkah mengawal selia pasaran, sekaligus memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan produk yang lebih selamat dan diuji.
Namun, sekiranya pengenaan cukai itu merupakan satu langkah ke arah mengharamkan penggunaan vape, katanya, Move melihat ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab memandangkan vape dapat membantu ramai orang untuk berhenti merokok.
“Daripada menyekat, sebenarnya kita harus menyokong (dan) mengawal selia. Kalau kita tak kawal selia pun, benda itu masih berlaku underground (secara haram), jadi baik kita kawal selia supaya kita boleh guna produk yang diuji dan selamat,” katanya lagi.
Pada 6 Nov lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik – termasuk vape – akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.
Ia termasuk vape, produk elektronik pemanas tembakau, shisha dan rokok paip, manakala cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter.
Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) pula menyambut baik pelaksanaan cukai ke atas peranti mahupun cecair rokok elektronik – termasuk yang bernikotin.
Namun, kata presidennya, Rizani Zakaria, hal itu perlu seiring dengan langkah kawal selia oleh kerajaan.
Katanya, sudah bertahun-tahun Mevta memohon kerajaan membuat peraturan holistik untuk mengawal selia industri vape dari segi pembuatan, piawaian produk, pemasaran, pengedaran, penjualan serta kepenggunaan agar memberi hala tuju jelas kepada industri itu.
Namun sehingga kini kata Rizani masih banyak hal yang belum diselesaikan, seperti pelesenan dan piawaian, serta pendirian kerajaan berhubung cecair vape bernikotin yang setakat ini masih tertakluk di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Penjualan Dadah 1952.
Ia bermaksud penjualan sebarang produk bernikotin hanya dibenarkan farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan perubatan sahaja.
Rizani sebelum ini pernah menggesa kerajaan membenarkan penjualan vape bernikotin secara terkawal.
“Kami percaya ini (cukai) adalah langkah yang positif apabila kerajaan membuat peraturan dalam mengawal selia industri vape di Malaysia […].
“(Dengan) cukai itu, barulah kita boleh memperuntukkan perkara-perkara (untuk mengawal selia), dari segi pengimport, pembuatan, pengeluaran, atau cukai dikenakan ke atas pengguna,” katanya kepada Malaysiakini.
Lebih-lebih lagi, katanya, berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna vape di Malaysia dianggarkan seramai 1.126 juta orang membabitkan orang berusia lebih 15 tahun.
Justeru, kata Rizani, ia memerlukan kawal selia industri.
Memberikan contoh di negara luar, Rizani berkata ada hospital di United Kingdom membenarkan penggunaan vape manakala New Zealand ada peraturan untuk mengawal selia industri.
“Apabila dikenakan cukai, kita menggesa kerajaan untuk mengetatkan kawal selia. Maksudnya kita tak mahu lagi lagi berlaku jualan (haram) macam rokok seludup.
“Maksudnya apabila semua dikenakan cukai, apabila semua dah dihalalkan, penguatkuasaan pun kena bergerak selarilah, mengawal pembuatan yang tak terkawal, penjualan yang tak bayar cukai dan kita kena banteras habis-habisan,” jelasnya.
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) turut menyuarakan kebimbangan bahawa usaha kerajaan untuk menjana pendapatan melalui duit eksais produk itu akan sia-sia sekiranya masalah penjual vape yang tidak mempunyai lesen tidak diatasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30528

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan2021 Peranti Cecair Vape Dikenakan Cukai Mulai Tahun Depan

Belanjawan2021 Peranti Cecair Vape Dikenakan Cukai Mulai Tahun Depan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 419 hits
Kerajaan akan mengenakan duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik atau vape serta rokok bukan elektronik berkuat kuasa 1 Januari 2021 Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku ...
Rokok Elektronik Termasuk Vape Akan Dikenakan Duti Eksais 10 Bermula 1 Januari 2021

Rokok Elektronik Termasuk Vape Akan Dikenakan Duti Eksais 10 Bermula 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 561 hits
Kini dalam Belanjawan 2021 kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti eksais 10 untuk barangan rokok elektronik dan vape Manakala bagi cecair untuk rokok elektronik atau e Liquid dikenakan duti eksais sebanyak 40 sen per milimeter Ini ...
Sabah Dijangka Kutip Cukai Jualan Rm1 23 Bilion Daripada Petronas Mulai 2021

Sabah Dijangka Kutip Cukai Jualan Rm1 23 Bilion Daripada Petronas Mulai 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 230 hits
BernamaJeffrey berkata dana RM500 juta itu adalah lebih baik berbanding penyelesaian oleh kerajaan Pakatan Harapan iaitu geran khas RM53 4 juta untuk Sabah Gambar fail KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah dijangka mengutip cukai jualan minya...
Mca Puji Kelantan Tangguh Kenaikan Cukai Pintu

Mca Puji Kelantan Tangguh Kenaikan Cukai Pintu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 303 hits
MCA Kelantan menyambut baik keputusan kerajaan negeri menangguh sebarang kenaikan bayaran cukai pintu di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ketika rakyat masih berdepan dengan pandemik koronavirus Pengerusi Perhubungannya...
Derma Syarikat Jauh Lebih Kecil Dari Cukai Durian Runtuh

Derma Syarikat Jauh Lebih Kecil Dari Cukai Durian Runtuh

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 302 hits
Sumbangan wang oleh syarikat Kossan Rubber Industries Bhd Top Glove Corp Bhd Hartalega Holdings Bhd dan Supermax Corp Bhd sebanyak RM400 juta kepada kerajaan bagi menangani wabak Covid 19 jauh lebih kecil daripada dana yang akan dikumpulkan...
Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal Influenza Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai

Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal Influenza Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 342 hits
Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan sebentar tadi pastinya memberi banyak kelebihan kepada kita sebagai rakyat Malaysia Bukan hanya beberapa faedah dan ganjaran yang diumumkan bahkan turut memberi pulangan berbaloi kepada rakyat terutama...
Fomca Cadang Kerajaan Naik Cukai Tembakau Dalam Belanjawan 2021

Fomca Cadang Kerajaan Naik Cukai Tembakau Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 486 hits
Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia menyarankan Putrajaya terus meningkatkan kadar cukai tembakau supaya kenaikan harga rokok akan mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Penyelaras Kawalan Tembakau Inisiatif SmokeFreeM...
Elak Cukai Dengan Bernaung Di Bawah Agensi Keluarga Netizen Korea Tebak Identiti Pelakon Lelaki Top

Elak Cukai Dengan Bernaung Di Bawah Agensi Keluarga Netizen Korea Tebak Identiti Pelakon Lelaki Top

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 258 hits
Secara tiba tiba terdapat khabar angin yang bertiu mengatakan bahawa terdapat seorang pelakon lelaki hebat telah disaman dek mengelak daripada membayar cukai Pada 4 November beberapa laporan media menyampaikan bahawa Perkhidmatan Cukai Keba...
Cukai Rokok Elektronik Tak Berkesan Jika Penjual Haram Terus Beroperasi Mctc

Cukai Rokok Elektronik Tak Berkesan Jika Penjual Haram Terus Beroperasi Mctc

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 296 hits
Rancangan Putrajaya untuk menjana pendapatan melalui duti eksais pada rokok elektronik dan cecair peranti itu tidak akan berjaya sekiranya penjual yang tidak mempunyai lesen terus dibiarkan beroperasi kata Majlis Kawalan Tembakau Malaysia M...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force