Catatan Parlimen Siapa Perompak Siapa Pembohong Sebenarnya



1. Pada Sidang Parlimen Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa wang sebanyak "RM 19.4 bilion Wang Bayaran Balik GST telah dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu."
Tuduhan 'rompakan' adalah perkara yang serius, bukannya boleh dibuat main-main dan serkap jarang apatah lagi amaunnya begitu besar iaitu berbilion Ringgit.
Ke mana ghaib dan lesapnya wang sebanyak itu.?
PH khususnya DAP bersama laskar sibernya mengulang modal alkisah rompakan wang GST ini hampir setahun lamanya.


2. Lanjutan daripada tuduhan Menteri Kewangan itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memulakan prosiding penyiasatan dengan memanggil semua pihak berkepentingan dalam isu ini termasuk Menteri Kewangan, Mantan Menteri Kewangan, Mantan Menteri Kewangan II, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah JKDM dan Akauntan Negara. PAC juga  mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara berhubung kesahihan tuntutan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion selain mendapat pandangan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai prosedur bayaran balik GST. 
3. Penyiasatan oleh PAC sudah pun selesai. 
Hari ini Laporan PAC setebal 484 mukasurat dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.  Apa hasil siasatan PAC itu.?
Kesimpulan mudahnya untuk orang awam faham ialah Lim Guan Eng sememangnya layak digelar Pembohong, Penipu dan Pembelit. Hal ini kerana dalam rumusan Laporan PAC jelas menyebut;
a) "Tidak ada kehilangan wang dalam kutipan hasil GST. Hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk tujuan membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 
Kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65% daripada jumlah kutipan hasil GST."
b) "Penangguhan pemindahan dana dari Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST dibuat untuk menjaga kedudukan aliran wang tunai negara supaya tidak berada di dalam keadaan defisit pengurusan di mana perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil."
4. Jadi, dicelah mana hendak dikatakan wang itu dirompak mahupun disamun.?
Sungguhpun PH bermusuh dengan BN, ianya tidak memberikan lesen menghalalkan fitnah dan cereka palsu terhadap musuh.
Sungguh pun demikian, DAP tetap mahu menjadi pembelit bagi menjaga air muka pemimpin no 1 nya yang sudah terbukti berbohong.  Mereka menggunakan pandangan dan tafsiran undang-undang oleh Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menyelamatkan Lim Guan Eng.
Maaf, saya tidak rasa Peguam Negara kita ini layak diterima bulat-bulat pandangannya kerana sudah terbukti selama ini dia bersikap 'bias' dalam tindakan pendakwaan yang menyasarkan Pembangkang dan menjadi pakar penyuci Clorox bagi membersihkan pemimpin dan juak PH daripada sabitan mahkamah.
5. Peguam Negara berpandangan amalan Kerajaan BN sebelum ini yang memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan terlebih dahulu dan kemudiannya dipindahkan secara berperingkat apabila diperlukan adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta GST 2014.
Sungguhpun demikian pandangan Peguam Negara, sebenarnya dalam Seksyen 54 (5) Akta GST jelas menyatakan Menteri Kewangan berkuasa dalam hal pembayaran kepada Akaun Hasil Disatukan bagi semua atau sebahagian daripada wang dalam Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST. 
6. Bagaimana pula pandangan Ketua Audit Negara dalam isu ini.?
Pada mukasurat 42 Laporan PAC ada menyebut bahawa Jabatan Audit Negara berpandangan dakwaan tunggakan bayaran balik GST RM19.47 bilion yang dibuat oleh Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah kurang tepat kerana jumlah tersebut belum lagi melalui proses semakan seterusnya sebelum disahkan untuk kelulusan pembayaran. 
Sebenarnya, jumlah tunggakan tuntutan pulang balik yang telah disahkan oleh Jabatan Kastam tetapi belum dibayar hanyalah RM 1.41 bilion, bukannya RM 19.47 bilion seperti didakwa oleh Menteri Kewangan. 
Punca ketidakcukupan wang untuk bayaran tuntutan bukanlah sebab wang itu dirompak tetapi jumlah tunggakan keseluruhan yang tidak dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST. 
7. Bagaimana pula dengan penjelasan oleh Akauntan Negara, Datuk Saat bin Esa.? 
Amalan oleh Kerajaan BN terdahulu adalah berpandukan Seksyen 7, Akta Tatacara Kewangan 1957 yang mengatasi Akta GST 2014. Ianya dilaksanakan sejak Akta GST mula dikuatkuasakan sehinggalah Peguam Negara lantikan PH  memberi pandangan yang berbeza.
Beliau turut menyatakan ketika penutupan akaun tahun 2018, Akaun Hasil GST masih mempunyai jumlah sebanyak RM 20 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan. Wang tersebut boleh sahaja  dipindahkan ke Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST namun, tidak dapat dilakukan kerana akan mengakibatkan defisit yang besar.
Beliau juga bersetuju bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk bayaran balik GST telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan Kerajaan.
8. Jelas dan terang bukan.?
Cuba kita bandingkan pandangan Peguam Negara kesayangan PH, Ketua Audit Negara dan Akauntan Negara.
Adakah Lim Guan Eng ini insan soleh yang boleh kita percayai kata-katanya.? 
Di mana bukti wang GST tersebut dirompak.? Tidak ada bukti pun. Sebenarnya, inilah modus operandi PH khususnya DAP. a) Lempar sahaja tuduhan fitnah. b) Ulang tuduhan fitnah c) Ulang tuduhan fitnah d) Ulang tuduhan fitnah e) Bukti tidak dikemukakan f) Hasil siasatan oleh pihak berkuasa, rupanya tuduhan itu palsu sahaja. 
Jikalau anda tidak percaya, lihat sahaja isu dakwaan PAS menerima wang 1 MDB sebanyak RM 90 juta.
Sudah setahun mereka berkuasa, tidak ada sebarang bukti, tangkapan dan pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pemimpin PAS. 
9. Persoalan akhir yang amat wajar ditanya kepada Menteri Kewangan yang Pakar Berbohong ialah atas tujuan apa Kerajaan PH membuat pembayaran balik cukai GST dengan menggunakan sebahagian daripada dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion.? 
Mungkin dia takut nak mengaku bahawa Kerajaan PH juga menjadi punca kepada kehilangan wang pendapatan negara tatkala "tax holiday" selama 3 bulan dilaksanakan. Petronas pula yang menjadi mangsa bagi menutupi aib dan kelemahan Kerajaan PH dalam mengurus kewangan negara. 
10. Apa yang nyata, Lim Guan Eng dan PH secara umumnya terbukti telah menipu rakyat. Pembangkang sudah pun mengemukakan usul terhadap Menteri Kewangan agar dia diseret kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana bercakap bohong dan mengelirukan dewan. 
Adakah Speaker Dewan Rakyat akan menerima usul tersebut untuk dibahaskan dan diputuskan di dalam Dewan.? 
Urusan itu terserah kepada budibicara beliau namun, perlu diingatkan bahawa rakyat berhak menilai apa jua keputusan yang akan dibuat nanti.
Seandainya Lim Guan Eng masih diselamatkan oleh Kerajaan PH, maka kita tunggu sahajalah rakyat yang akan memberi hukuman pengajaran kepada pemimpin yang angkuh melalui kertas undi nanti.
Catatan oleh; Syed Ahmad Fadhli  Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS  15 Julai 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/07/catatan-parlimen-siapa-perompak-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Lelaki Ke Perempuan Ke

Sebenarnya Lelaki Ke Perempuan Ke

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 327 hits
Assalammualaikum wbtSEBENARNYA LELAKI KE PEREMPUAN KE Zaman dulu ke zaman sekarang ke ada sahaja perempuan lebih menjadi dominan baik di rumah mahupun di tempat kerja Begitu jugalah lebih lebihnya pada lelaki yang lazim diketahui kalau tida...
Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

Menurut Kajian Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 431 hits
Para lelaki pada umumnya ramai rasa bangga apabila disamakan seperti buaya darat Wanita pula walaupun memang sudah jelas gatal dia akan tetap marah apabila diperkatakan seperti itu Status gatal atau perasan terlalu universal untuk dilabelka...
9 Inovasi Yang Sebenarnya Nggak Menyelesaikan Permasalahan Apa Pun Kenapa Malah Ribet Gini Deh

9 Inovasi Yang Sebenarnya Nggak Menyelesaikan Permasalahan Apa Pun Kenapa Malah Ribet Gini Deh

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 181 hits
Kalau kamu merasa minder dan nggak berguna ingatlah masih ada benda benda ini yang jauh lebih nggak berfaedah
Menulis Is Penat Dan Susah Sebenarnya

Menulis Is Penat Dan Susah Sebenarnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 610 hits
Menulis itu memenatkan penat otak dan fikiran Tapi ia akan mudah apabila kita menulis sesuatu dari hati sesuatu yang kita faham ia akan mudah tetapi kalau dipaksa menulis memang susah Menulis juga merupakan suatu kemahiran kemahiran yang me...
Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya

Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 431 hits
Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya Isteri adalah cerminan suami Cantik suamimu cantiklah kamu Elok suamimu eloklah kamu Beriman suamimu maka berimanlah kamu Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga Begi...
Ahli Parlimen Berpisah Dengan Isteri

Ahli Parlimen Berpisah Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1383 hits
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan beliau dan isterinya Dr Imaan Abdul Rahim bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka Perkara itu disahkan pembantu peribadi Nik Nazmi Pasangan itu mempunyai seorang anak ...
Pengisytiharan Aset Ahli Parlimen Kakitangan Kerajaan Polis Termasuk Ahli Perniagaan

Pengisytiharan Aset Ahli Parlimen Kakitangan Kerajaan Polis Termasuk Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 287 hits
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan supaya pengisytiharan aset tidak terhad kepada Ahli Parlimen kerajaan kanan dan pegawai polis peringkat tertinggi tetapi juga termasuk ahli perniagaan Ahli Parlimen Gua Musang berkata la...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut