Catatan Hujung Minggu


[Catatan hujung minggu | 2 - 4 Ogos 2024]
⏵ JUMAAT 2 OGOS 2024Bilik air dinding kaca di Wesley Hotel, Bukit Mertajam, Pulau PinangPada hari Sabtu saya ada janji temu dengan doktor gigi di Pulau Pinang, jadinya kami ambil keputusan untuk menginap di hotel supaya tak perlu bertolak awal pagi (sebelum subuh) dari Perlis

Bilik air di penginapan kami berdinding kaca (rujuk foto di bawah). Leceh jugaklah setiap kali nak guna kena tarik/buka kain langsirnya. Juga ada sedikit bau kurang sedap bila kain langsir basah. Selain hal bilik air berdinding kaca dan bilik kurang kedap bunyi (dengar orang bilik sebelah berborak), saya puas hati dengan tahap kebersihan bilik penginapan kami


⏵ SABTU 3 OGOS 2024Janji temu rawatan susulan dengan doktor gigiJanji temu setiap enam bulan sekali bagi memastikan gusi/gigi saya dalam keadaan baik. Buat kali pertama, bukan doktor Freeda yang memeriksa dan merawat saya, tetapi seorang doktor perempuan berbangsa Cina. Jujurnya saya rasa kurang selesa sebab sejak tahun 2022, hanya doktor Freeda yang memeriksa dan merawat saya. Saya suka cara doktor Freeda beri penerangan, juga tutur kata beliau yang lembut dan membuat saya rasa tenang

Rawatan yang dilakukan kali ini - scaling, ukur gigi dan baiki ikatan gigi (splinting) depan bahagian atas. Kos kali ini sebanyak RM350. 
Menikmati suasana kampung di Jendela Sungai Lenggong, PerakDari Pulau Pinang kami menuju ke Perak. Destinasi yang tak asing bagi kami, iaitu ke Kampung Danglang, Kuak, Lenggong. Ini merupakan kali ketiga kami menginap di kampung ini. Sebelum ini kami pernah bermalam di Amazing Camp Legacy, kali ini kami menginap di Jendela Sungai Lenggong pula. Walaupun rumah kami di Perlis juga dalam suasana kampung/hutan, tapi tetap ada bezanya dengan kampung di Lenggong. InsyaAllah akan ada entri khas perkongsian pengalaman kami di sini


Wesley Hotel, Restoran Tasik Raban dan gerai jual durian.
⏵ AHAD 4 OGOS 2024Lawatan ke Galeri Lenggong GeoparkSaya tahu kewujudan galeri ini sewaktu buat carian di Google Maps - things to do - museum. Lokasinya tak begitu jauh dari Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Mulanya kami rancang nak pergi kedua-dua galeri tersebut, tapi memandangkan kami mengejar masa nak balik Perlis maka kami pilih ke galeri geopark sahaja. InsyaAllah catatan lanjut galeri berkenaan geologi ini dalam entri khas

Menikmati hidangan tengah hari di Restoran Tasik RabanKami terjumpa restoran ini secara tak sengaja. Restoran Tasik Raban terletak di jalan besar iaitu di laluan Baling - Kuala Kangsar. Restoran yang luas dan sangat banyak pilihan lauk tengah hari. Setiap lauk ada tanda harga, taklah terkejut masa membayar nanti. Tempat makan di sini juga berkeadaan bersih dan selesa untuk kita menjamu selera. Waktu operasi (saya ambil info di Google Maps) - setiap hari 10.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Beli durian D24 dan IOISebelum beredar dari penginapan Jendela Sungai Lenggong pagi tadi, tuan punya penginapan ada memberi kami buah rambutan dan sebiji durian. Cukup harum aromanya di dalam kereta kami. Saya fikir cukuplah sebiji durian tu buat kami makan berdua. Tapi, eh…ada orang rasa tak cukup dan sibuk nak membeli bila ternampak gerai jual durian tak jauh dari tempat kami makan tengah hari tadi

Menurut penjualnya - seorang lelaki muda berbangsa Melayu, semua durian yang dijual merupakan durian tempatan. Encik Suami beli durian IOI dengan harga RM35/kg dan durian D24 dengan harga RM20/kg

Selesai urusan membeli durian, kami terus bergerak balik ke Perlis melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sebelum sampai rumah tu pula ada beberapa tempat lagi kami singgah - antaranya, pos bungkusan (return defect item) dan gunting rambut Encik Suami di Napoh, Kedah. Alhamdulillah jumpa jugak kedai yang bagus kemas hasil kerjanya dan harganya cuma RM10

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah sebelum pukul 7 malam. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/08/catatan-hujung-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak Di Minggu Ke 30 Tip Ni Buatkan Tidur Lebih Sempurna

Bantu Ibu Hamil Tidur Nyenyak Di Minggu Ke 30 Tip Ni Buatkan Tidur Lebih Sempurna

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 61 hits
Diam tak diam anda sudahpun memasuki minggu ke 30 dengan jayanya Bagi bakal ibu yang mengalami pelbagai masalah seperti sembelit dan sebagainya ada baiknya anda gandakan aktiviti di siang hari supaya membantu proses pembuangan dengan jayany...
Gagal Serah Surat Balas Rasmi Nasib Adun Rembia Ditentu Minggu Depan

Gagal Serah Surat Balas Rasmi Nasib Adun Rembia Ditentu Minggu Depan

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 67 hits
Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum berkata Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis gagal menyerahkan surat balas rasmi dalam tempoh dua minggu berhubung tindakannya menyertai PAS MELAKA Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum akan mengadakan perbincanga...
Sesi Persekolahan Raya Rapat Rapat Hujung Tahun Ni Mak Ayah Dah Kena Sedia

Sesi Persekolahan Raya Rapat Rapat Hujung Tahun Ni Mak Ayah Dah Kena Sedia

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 59 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah diakhir hujung tahun ini pastikan akan sudah pun membuat persiapan awal Semuanya bagi dua acara yang keras iaitu perbelanjaan untuk sesi persekolahan baru persediaan menyambut Ramadan ...
Video Terkejut Ganjar Ungkap Catatan Serius 5 Tahun Terakhir Singgung Darurat Mental

Video Terkejut Ganjar Ungkap Catatan Serius 5 Tahun Terakhir Singgung Darurat Mental

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 85 hits
Kagama Jogjakarta yang juga mantan Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo hadir memberikan sambutan dalam wisuda pascasarjana UGM pada Rabu 25 Juli 2024
Sekadar Catatan

Sekadar Catatan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 57 hits
There nbsp was a silver lining when Datin Ferero video called me last night to discuss her problem Suddenly my own issues seemed smaller in comparison to her much bigger challenge So I would like to
Ayien Rahman Ale Ale Chord

Should Chequered Past Ytl Involve In Public Transportation

Mama Journey Komensmen 23 Iab

Biodata Fazura Pelakon Wanita Popular Usahawan Tudung Berjaya

Why Property Maintenance Is Crucial For Preserving The Value Of Your Investment

Jem Teruk Ada Yang Tidur Ditepi Jalan Seorang Meninggal Sesak Nafas

Juicy Luicy Lampu Kuning Chord

Doa Susah Tidur Karena Gelisah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Stress Dengan Kerja Yang Menimbun Apa Kata Cuba Tip Ini Untuk Menghindarinya

41 Akhlak Rasulullah Saw

Top Benefits Of Hiring Professional Property Care Services For Leak Inspections And Repairs

Ombak Setinggi Empat Meter Badai Teluk Kumbar

Tegaknya Khilafah Di Baitul Maqdis Sebelum Munculnya Imam Mahdi

Certot Perangkap Tikus