SABTU | Waktu petang saya dan Encik Suami bergotong-royong membersihkan rumput di sekeliling rumah yang telah dipotong pada hari Selasa lalu. Saya kumpul rumput kering di beberapa tempat dengan menggunakan penggaruk, manakala Encik Suami pula angkut rumput yang dikumpul dengan pongkes, letak setempat dan bakar. Penat jugalah sebab kawasan rumah ni luas
AHAD | Pukul 10 pagi kami dah berada di Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah. Ada urusan di tingkat 4. Bagus juga bila dua negeri bersebelahan tetapi cuti hujung minggu berbeza - orang Perlis cuti bolehlah buat urusan rasmi di Kedah yang bekerja pada hari Ahad
Selesai urusan sudah pun menghampiri pukul 12 tengah hari. Perut sudah minta diisi. Kami makan di kafe bangunan Wisma Persekutuan. Tiada pilihan lain kecuali menu nasi daging. Konsep layan diri, ambil sendiri nasi dan lauk. Alhamdulillah…sedap! Saya suka nasinya lembut dan sedap rasa air asam kerisik. Sebelum ni pernah juga saya merasa hidangan nasi daging, tapi tak kena selera. Kali ni memang sedap. Harga dua pinggan nasi daging, segelas minuman teh o lemon panas dan lemon ais cuma RM16 sahaja
Alang-alang dah sampai Alor Setar, kami pergilah ke pusat membeli-belah Aman Central. Kalau di Perlis tak ada mall besar begini ya, maklumlah penduduk Perlis katanya cuma lapan orang maka tak perlulah mall besar 😁
Tak terus balik ke rumah, Encik Suami ajak jalan-jalan ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Kedah. Kali terakhir kami ke sini pada tahun 2018, masa tu kami masih menetap di rumah NS. Di sini kami ke tempat jualan coklat je, tak membeli banyak pun sekadar buat kudapan kami sendiri. Berkenaan harga, kami pun tak pasti sama ada berbaloi atau tidak membeli di sini
Tadi semasa pergi, perjalanan begitu lancar. Tapi semasa baliknya, kami perlu beratur panjang kira-kira 45 minit bagi melepasi proses di kompleks imigresen. Silap kami, terlupa hari Ahad mestilah ramai pelancong Malaysia balik dari Thailand. Menurut pegawai imigresen bertugas, situasi begini tidaklah begitu teruk berbanding pada hari cuti umum - barisan lebih panjang dan lebih lama masa menunggu|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |