Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching


[Catatan Trip ke Kuching - Hari Keempat | Isnin, 20 Mei 2024]
Hari terakhir kami di Kuching, Sarawak. Keadaan kaki Encik Suami semakin teruk, kaki kirinya bertambah sakit sehingga sukar nak melangkah. Makanya, aktiviti yang dirancang pada pagi ini dibatalkan


SUNTIKAN HYALGANDengan menggunakan aplikasi Google Maps, saya buat carian lokasi klinik terdekat. Syukurlah terdapat sebuah klinik berhampiran hotel

Kami tiba di Klinik Perdana kira-kira pukul 9.10 pagi. Tiada pesakit lain menanti, dapatlah Encik Suami berjumpa doktor dengan segera. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mencadangkan agar Encik Suami mendapatkan suntikan bagi merawat buku lali yang sakit

Info berkenaan suntikan.Doktor beri dua suntikan - satu di bahagian berhampiran pelipat siku kiri dan satu lagi suntikan di bahagian pergelangan kaki kiri. Caj rawatan dan suntikan sebanyak RM399

Terkejut mendengar cajnya 😅, maklumlah kami tak pernah ada pengalaman mendapatkan suntikan begini. Kami perlu bayar sendiri terlebih dahulu sebab bukan klinik panel - bayar dahulu kemudian claim. Alhamdulillah selepas itu, claim lulus penuh tanpa masalah


LAKSA SARAWAK DAN NASI GORENG DABAIDari klinik, kami ke King Laksa Sarawak untuk menikmati hidangan pagi. Semalam dah ke sini, dah tahu tempatnya senang terus pergi tak payah mencari mana nak makan

Laksa Sarawak. Semalam ambil pilihan sotong, kali ini ambil yang biasa je

Pertama kali mencuba nasi goreng dabai. Warna purple gelap itulah buah dabai. Mungkin ini buah dabai yang dah dibuat jeruk sebab rasanya masin. Tak habis kami makan nasi goreng ni sebab rasa sangat masin


KEK LAPIS WARISANRugi pula kalau dah sampai Kuching tapi tak membeli kek lapis Sarawak. Saya buat carian kedai kek lapis berhampiran lokasi kami dan kemudiannya memilih untuk ke Kek Lapis Warisan

Tak susah mencari sebab kedainya terletak di tepi jalan besar. Sebuah bangunan dengan ruang parkir yang sederhana luas. Rupa-rupanya, bukan saja ada kedai jualan tetapi ada ruang demo pembuatan kek lapis. Menarik

Kami masuk ke kedai terlebih dahulu, selesaikan hal utama iaitu nak membeli kek lapis Sarawak. Masa ni keadaan kaki Encik Suami semakin membaik, rasa sakit semakin berkurangan. Jadinya bolehlah kami bersama-sama memilih dan membeli kek lapis

Tester pelbagai perisa kek lapis Sarawak. Banyak sungguh sampai tak tau mana satu nak dicuba 😀
Dah merasa, barulah kami membeli. Terdapat dua pilihan, iaitu kek lapis biasa dan kek lapis premium. Harga bermula dari RM10 sehingga RM30

Keropok kering buah dabai pun ada dijual

Siap membeli di dalam kedai, kami ke ruang sebelah pula

Selain menyaksikan pembuatan kek lapis Sarawak, pengunjung juga boleh ikut mencuba. Tapi saya lebih suka merakam foto, tak rajin nak mencuba buat 😄
Seronok tengok, macam senang je tengok orang buat selapis demi selapis. Tapi sebenarnya tidaklah mudah, lagi pula kena tahan bahang panas oven

Info Kek Lapis Warisan


MASJID JAMEK NEGERI SARAWAKDari Kek Lapis Warisan, kami menuju ke Masjid Jamek Negeri Sarawak bagi menunaikan solat jamak Zohor-Asar dan menziarahi masjid yang menjadi mercu tanda di Petra Jaya, Kuching

Dari jauh kelihatan kubah masjid tersegam indah bagai menyambut kehadiran kami

Binaan menara berdiri megah menambah keunikan masjid ini

MasyaAllah cantik sungguh reka bentuk dalaman masjid ini

Sudut telekung ni pun nampak menarik dan telekung digantung kemas

Masjid dengan binaan dua tingkat ini bukan sekadar menjadi tempat ibadah solat, tetapi ia juga menjadi tempat bagi pendidikan awal kanak-kanak. Sewaktu saya nak berwuduk di tingkat bawah, saya menyaksikan kumpulan kanan-kanak kecil berpakaian seragam sedang menggosok gigi beramai-ramai. Bagus sungguh


MOMS LAKSA KAFELokasi JJCM (jalan-jalan cari makan) kami yang terakhir di bandar raya Kuching - Moms Laksa Kafe yang terletak di Jalan Hj. Taha

Selagi ada di Kuching, selagi tu tak jemu menikmati laksa Sarawak 😀. Walaupun nama menu sama, tapi terdapat perbezaan rasa di tempat makan yang berbeza


TERBANG PULANG MENAIKI PESAWAT FIREFLYPukul 4 petang, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kereta sewa kami pulangkan di lokasi sama sewaktu kami ambil. Sewaktu serahan semula, kereta sewa akan diperiksa oleh staf syarikat Ikram Transport. Semuanya dalam keadaan baik, deposit dikembalikan secara online

Pesawat yang kami naiki berlepas ke Pulau Pinang pada pukul 6.40 petang. 
Sampai di Pulau Pinang, perjalanan diteruskan menuju ke Perlis. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah sebelum pukul 12 tengah malam


Catatan trip ke Kuching berakhir di sini. Trip yang saya rasa sangat puas sebab dapat menikmati alam semulajadi - hutan dan gua. Ada beberapa tempat yang tak sempat kami pergi kerana masalah kaki Encik Suami, antaranya Semenggoh Wildlife Centre dan Borneo Cultural Museum. InsyaAllah ada kesempatan kami pasti akan berkunjung lagi ke negeri Bumi Kenyalang ini

Berkenaan kaki Encik Suami pula, nampaknya suntikan yang diambil sangat berkesan. Selepas beberapa jam suntikan, kaki Encik Suami kembali pulih. Esok harinya selepas balik dari Kuching, Encik Suami dapat meneruskan trip kerja ke Bangkok selama lima hari tanpa sebarang masalah kaki. Alhamdulillah









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/12/catatan-hari-terakhir-trip-ke-kuching.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Udang Menu Lunch Hari Ini

Nasi Goreng Udang Menu Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum Eh korang perasan x reading list blog ni keluar entry2 blogger lama yang dh x aktif dalam blogging ada yg entry 10 tahun lepas paling baru 3 tahun lepas perasan x Macam mengganggu kita nak blogwalking la apesal erk jadi maca...
Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 197 hits
Sinar HarianPukul budak perempuan guna kayu penjaga pusat jagaan anak yatim diremanSuspek berusia 59 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak kanak 2001 Gambar hiasan UnsplashPONTIAN Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan...
Kes Rasuah Rm250 Juta Di Sarawak Datuk Direman 5 Hari

Kes Rasuah Rm250 Juta Di Sarawak Datuk Direman 5 Hari

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 224 hits
BernamaMenurut sumber suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang ditahan SPRM Khamis lepas Lelaki dalam lingkungan 50 an yang bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pagi tadi untuk permohonan reman KUALA LUMPUR...
Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

Bapa Buta Sebelah Mata Berjalan Kaki 14 Hari Cari Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 170 hits
KOSMO LUNG LEK berjalan kaki untuk mencari anak sulungnya Foto MatichonBANGKOK Seorang warga emas dari Thailand yang buta sebelah mata berazam untuk mencari anak lelakinya yang telah lama hilang dengan memulakan perjalanan selama 14 hari da...
Doa Pagi Hari Memohon Ilmu Rezeki Dan Amal Yang Diterima

Doa Pagi Hari Memohon Ilmu Rezeki Dan Amal Yang Diterima

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 243 hits
Doa adalah salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah SWT Setiap hari baru adalah peluang untuk memohon rahmat dan keberkatan daripada Nya Hari ini aku kongsikan doa pagi hari yang sangat ringkas namun penuh makna Doa ini bertujuan ...
Benar Kata Pepatah Manusia Lebih Kejam Daripada Binatang Wanita Hilang 10 Hari Ditemui Mereput Dalam Longkang

Benar Kata Pepatah Manusia Lebih Kejam Daripada Binatang Wanita Hilang 10 Hari Ditemui Mereput Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 253 hits
Misteri kehilangan seorang wanita Nurul Asikin Lan berusia 28 tahun sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja Kuching pada Sabtu lalu Benar kata pepatah man...
Hari Pertama Semester 3 Masuk Ladang Kopi Petik Buah Kopi

Hari Pertama Semester 3 Masuk Ladang Kopi Petik Buah Kopi

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Baru sekejap tadi SA dapat gambar dari Dania Hari ni merupakan hari pertama untuk Semester 3 dan Dania dah masuk ladang ye kesiannya anak mama tak pernah pernah masuk ladang kan kali ni untuk hari ni dimulakan dengan aktivit...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri