Catatan 24 Julai 2025 Kenangan Terakhir



Assalamualaikum wbt...Maaf, sudah agak lama saya tidak menulis di jurnal ini. Setiap kali saya buka ruang kosong untuk menaip, tangan terasa kaku, hati jadi berat. Ada banyak perkara yang ingin dikongsikan, tapi saya tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Kadang-kadang saya biarkan sahaja, dengan alasan “nanti saya tulis”. Namun “nanti” itu berlarutan sehingga berminggu-minggu.
Sejujurnya, sejak kebelakangan ini, saya lebih banyak menyimpan cerita dalam hati. Bukan kerana tiada apa yang berlaku, tetapi kerana saya sendiri tidak cukup kuat untuk menulisnya. Setiap kali saya cuba mengingati, air mata akan lebih dahulu mengalir.
Dan hari ini, saya gagahkan diri untuk menulis. Kerana ada satu kisah yang terlalu besar, terlalu bermakna, dan terlalu menyakitkan untuk saya simpan seorang diri.
24 Julai yang lalu… tarikh yang saya takkan dapat dilupakan. Tarikh di mana saya kehilangan adik yang saya sayangi.
Hari itu, pada 24 Julai jam 6.10 petang, saya menerima panggilan daripada ummie. Dengan suara yang tersekat-sekat, ummie memberitahu bahawa adik sudah tiada dalam dunia ini. Saat itu, dunia saya seolah-olah gelap. Saya langsung tidak tahu bagaimana hendak menerima kenyataan tersebut. Ummie juga meminta saya segera ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk proses pengecaman mayat.
Dalam keadaan masih terkejut dan lemah, saya terus menghubungi dua orang adik yang berada di Kuala Lumpur untuk sama-sama pergi ke sana. Perjalanan malam itu terasa begitu panjang dan berat. Kami tiba di hospital sekitar 11 malam, namun diberitahu bahawa proses pengecaman tidak dapat dilakukan kerana masa sudah terlalu lewat. Pegawai forensik hospital berasa bimbang andainya kami tidak dapat menahan sebak jika proses itu dijalankan pada malam tersebut. Kami diminta menunggu sehingga keesokan harinya.
Masa itu, kami tiba-tiba rasa kelu lidah, tak tahu nak buat apa. Hati kami kosong, fikiran bercelaru. Nasib baiklah makcik yang secara kebetulan baru saja sampai di Kuala Lumpur untuk ke rumah anaknya, iaitu sepupu saya. Bila makcik dapat tahu berita sedih ini, tanpa berlengah dia mengajak anaknya untuk terus ke hospital dan menemani saya serta adik-adik. Kehadiran mereka sedikit sebanyak menenangkan hati kami yang sedang dirundung duka.
Masih teringat pada wajah makcik saya, Bibyan dan dua orang sepupu saya yang cuba tersenyum di hadapan kami walaupun jelas mata mereka turut berkaca. Mereka bertiga menemani kami sepanjang malam, memberi kata-kata semangat, dan memastikan kami tidak bersendirian menanggung rasa kehilangan. Terima kasih Bibyan, Ain dan adik, kerana sudi ada bersama kami di saat paling sukar dalam hidup kami.
Keesokan paginya, barulah proses pengecaman dijalankan, diikuti dengan bedah siasat dan selepas itu, dimandikan serta dikafankan. Hati saya luluh saat diminta mengesahkan bahawa itu adalah jasad adik yang pernah saya jaga sejak kecil dan ketawa bersama. Beratnya ujian ini, hanya Allah yang tahu. Tapi saya kuatkan juga semangat demi adik-adik yang lain, yang turut menangis kerana kehilangan abang mereka. 
Selepas selesai semua urusan, kami mengiringi van jenazah untuk perjalanan pulang ke Kuala Terengganu pada jam 11 pagi. Perjalanan itu sepi, hanya dipenuhi doa dan tangisan dalam hati.
Saat jenazah arwah tiba di rumah, suasana menjadi pilu. Ramai ahli keluarga dan sanak saudara sudah menunggu. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan. Rumah dipenuhi dengan suara iringan doa dan bacaan Al-Fatihah, dan mereka turut merasa kehilangan yang terlalu mendalam.
Terutama ummie dan abah saya… mereka masih lagi dalam keadaan terkejut, seakan-akan tidak percaya bahawa anak kesayangan telah pergi buat selama-lamanya. Ummie kelihatan lemah, air matanya tidak berhenti mengalir sejak menerima berita itu. Abah pula hanya mampu duduk terdiam, sesekali menghela nafas panjang sambil menahan sebak di dada. Wajah mereka benar-benar menggambarkan betapa beratnya kehilangan seorang anak yang menjadi penyejuk mata dan penghibur hati.
Kami adik-beradik yang lain cuba menenangkan ummie dan abah, memegang tangan mereka, memeluk bahu mereka, sambil turut sama menangis. Namun dalam hati, kami sendiri sebenarnya tidak mampu menahan rasa sebak. Hanya doa dan kata-kata lembut yang mampu kami ucapkan, walaupun kami tahu tiada apa yang dapat menghapuskan rasa perit yang sedang mereka tanggung saat itu.
Arwah kemudian disolatkan di masjid pada jam 5.00 petang, sebelum selamat disemadikan di tanah perkuburan kira-kira jam 5.20 petang. Saat tanah terakhir ditimbus, semua yang hadir hanya mampu mengalirkan air mata. Terasa benar kehilangan itu, seolah-olah sebahagian daripada diri kami juga turut pergi bersama arwah.
Sehari selepas arwah adik disemadikan, saya masih lagi dalam keadaan terkejut. Air mata tidak berhenti mengalir, terutama setiap kali pandangan saya jatuh pada kerusi makan yang arwah selalu duduk.
Betapa kuatnya memori itu datang menyerbu… arwah selalu tunggu saya untuk makan bersama-sama. Walaupun makanan sudah tersedia, arwah sanggup berlapar, sanggup menunggu saya bersiap. Katanya, lebih seronok makan bila ada teman. Dan bila kami duduk makan bersama-sama, suasana akan penuh dengan cerita, gurauan dan gelak tawa.
Kerusi itu kini kosong, tapi setiap kali saya pandang, saya masih terbayang wajahnya, senyumnya, dan suara tawanya. Hati terasa bagai dirobek kerana menyedari kenangan itu kini hanya tinggal dalam ingatan.
Namun sebenarnya, saya tidak tahu langsung tentang kemalangan itu pada hari kejadian. Saya hanya mengetahuinya pada keesokan harinya, selepas adik saya kongsikan berita tersebut melalui WhatsApp.
Rupanya itulah kemalangan jalan raya yang berlaku di Sungai Koyan. Antara mangsa yang terlibat ialah arwah adik saya sendiri. Lebih memilukan, seorang wanita berusia 50-an yang turut terlibat dalam kemalangan itu juga meninggal dunia. Dua nyawa pergi serentak pada hari yang sama… benar-benar mengajar saya bahawa hidup ini terlalu singkat.
Saya bukan sedih kerana cara arwah pergi. Saya percaya, semua itu sudah ditentukan dalam Loh Mahfuz. Kita sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Cuma doa saya, semoga Allah jemput kita semua dalam keadaan yang terbaik.
Apa yang betul-betul buat saya sebak… adalah memori terakhir arwah dengan saya. Minggu terakhir sebelum pemergiannya, arwah sempat belikan sayur kegemaran saya.
Masa itu, ummie saya sempat bertanya, “Kenapa beli awal sayur ni? Kak Nur kan nak balik rumah minggu depan, lambat lagi Kak Nur nak balik…”
Arwah hanya tersenyum dan menjawab, “Takpe lah beli siap-siap. Kak Nur kan nak balik rumah, jadi senang… takyah beli lambat-lambat.”
Saya tak pernah sangka, kata-kata yang nampak biasa itu sebenarnya itu adalah hadiah terakhir daripada dia untuk saya. Sayur yang nampak biasa pada orang lain, tapi terlalu besar maknanya buat saya.
Malam selepas pengebumian arwah, ummie serahkan kepada saya dua kotak berisi sayuran kegemaran saya — salad dan buah tomato ceri. Kata ummie dengan suara yang tenang tetapi jelas kedengaran sebaknya, “Ini Iwan belikan khas untuk Nur… dia tahu Nur suka sangat makan sayur nie dan dia tau Nur nak balik rumah minggu depan.”
Seketika saya terdiam. Hati terasa sebak dan sedih sangat apabila melihat pemberian kecil itu, namun nilainya terlalu besar buat saya. Air mata saya kembali mengalir tanpa henti. Saya memegang kotak sayur itu seolah-olah sedang memegang kenangan terakhir antara saya dan arwah. Setiap helaian salad, setiap butir tomato ceri terasa seakan membawa suara dan senyuman dia bersama. Malam tue, saya makan pemberian arwah dengan linangan airmata, dan hati nie tak berhenti mendoakan untuk arwah.
Ummie pula cuba menahan dirinya supaya kelihatan kuat di hadapan anak-anak, tetapi saya tahu betapa dalamnya luka yang dia sembunyikan. Wajahnya nampak letih, matanya merah, namun dia tetap menyerahkan pemberian itu dengan penuh lembut, seolah-olah mahu saya menghargai kenangan kecil yang ditinggalkan oleh adik.
Sayuran itu bukan sekadar makanan, tetapi tanda kasih seorang adik yang begitu mengambil berat tentang kakaknya. Sesuatu yang nampak remeh pada orang lain, tapi menjadi memori paling berharga untuk saya kenang sampai bila-bila.
Kini saya masih berada dalam fasa penerimaan. Malam-malam saya masih ditemani air mata yang jatuh tanpa henti. Setiap kali tiba waktu sunyi, wajah terakhir arwah tetap saya tatap… seakan-akan masih ada di hadapan mata. Saya jadikan wajah itu sebagai penawar, ubat yang menenangkan hati walaupun jiwa saya masih terasa kosong.
Setiap kali teringat kata-kata dan senyuman arwah di foto yang terakhir, hati saya menjadi sebak. Saya terbayang betapa arwah masih sempat fikirkan kakaknya, walaupun tanpa disedari, itu adalah hari-hari terakhirnya di dunia ini. Sekarang, sayur itu bukan sekadar makanan lagi. Ia jadi satu memori, satu kenangan terakhir yang akan saya simpan erat dalam hati.
Ya Allah, Engkau lebih menyayanginya. Aku redha dengan pemergiannya. Aku titipkan doa, semoga roh adikku dan juga wanita yang turut menjadi mangsa kemalangan itu tenang di sisi-Mu, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin...
Al-Fatihah buat arwah adikku…
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/09/catatan-24-julai-2025-kenangan-terakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4816 hits
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi PUTRAJAYA 31 Ogos Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan la...
Anwar Positif Ruu Perolehan Kerajaan 2025 Permulaan Reformasi

Anwar Positif Ruu Perolehan Kerajaan 2025 Permulaan Reformasi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3725 hits
SHAH ALAM 29 Ogos Kelulusan Rang Undang Undang Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat bukan penamat perjuangan reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mendedahkan ia sebagai mukadimah kepada agenda perubahan lebih bes...
Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4189 hits
Selamat Hari Merdeka Daripada Sumber Google Sila Klik Tema Malaysia Madani Rakyat Disantuni Kemerdekaan Yang Bermakna Detik 12 malam malam hari ini telah menjelang dan berlalu begitu cepat sekali menjelma dan kian berlabuh menutup tirai lal...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6855 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 24 Tahun 2025

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 24 Tahun 2025

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4409 hits
GALAKSIVIRAL Anugerah Industri Muzik Malaysia kembali lagi pada tahun 2025 Majlis gilang gemilang ini diadakan di Arena of Stars Genting Highlands Pahang pada 13 September 2025 bersamaan hari Sabtu Anugerah ini ditayangkan melalui saluran u...
Pemenang Top Komentator August 2025

Pemenang Top Komentator August 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4166 hits
Assalamualaikum Sampai masa kita umumkan pemenang top komentator untuk bulan August goodbye August sebelum itu SA nak maklimkan sekali lagi contest Top Komentator SA ni dah SA jalankan lama cuma x ingat tahun bila SA mula kan contest ni Seb...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6384 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang ke 68 Tarikh 31 Ogos merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan setiap tahun Tahun ini 2025 Malaysia akan menyambut Kemerdekaan b...
Fama Fest Dataran Padang Bandar Keningau 29 31 08 2025

Fama Fest Dataran Padang Bandar Keningau 29 31 08 2025

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1712 hits
Catatan akan menyusul kemudian Maaf ada urusan amat URGENTJumpa Lagi selepas urusan selesai
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Hujung Minggu Pun Tiba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Micro Papillary Thyroid Carcinoma

Naim Kembali

Heliza Helmi Sembang Kacip Di Media Sosial Peminat Terhibur Yang Saya Tahu Hanyalah Kicap

Mcmc Memperluaskan Perhubungam Dalam Dunia Digital Dalam Belanjawan 2026

Kenapalah Degil Sangat Nak Ikut Arahan

Doktor Peribadi Sahkan Trump Miliki Jantung Seperti Orang Berusia 65 Tahun