CASTELLA CAFEAssalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selasa lalu lepas Team Travelogue Malaysia check out dari Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan singgah di Castella Cafe untuk menikmati makan tengah hari
Inilah gambar masa kami nak menjamu selera hari tu
Air sungai ni sampai ke paras lutut tau (bagi yang katik)
Ulam-ulaman dan ikan masak lemak dihidang dalam buluhLauk dihidang dalam buluh tapi nasi pula dimasak menggunakan buluh. Aroma nasi tu buat kita makan bertambah-tambah tau. Kalau nak menjamu selera di sini sila lupakan seketika teng diet yer
Inilah nasi yang dimasak menggunakan buluh
Jom makanPakej makan-minum di Castella Cafe ini amat menjimatkan dan sesungguhnya berbaloi untuk wang korang. Sebabnya rasa keenakan menunya sangat luar biasa. Ikan pula fresh dari Tasik Banding sendiri.
Menu yang menggoda nafsuMasa kami menjamu selera hari tu, set trapia diberi untuk dicuba. Zumal suka ikan talapia bakar, ikan masak lemak, ulam jantung pisang dan sambalnya fuh sempoi habis. Memang menu kena dengan tekak orang kampung macam Zumal ni. Rakan-rakan media dari KL pun berselera makan di sini.
salah satu chalet di Castella Cafe
Anjung chalet view sungai
Di sini juga terdapat campsite untuk percutian lebih adventure
Kalau korang sini, korang boleh bergambar dengan musang yang jinak nieKalau nak datang ke Castella Cafe, korang boleh la buat tempahan dengan menghubungi Tok Janggut di 011-2050 3454 atau pun boleh rujuk di facebook Castella Cafe untuk sebarang info|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |