Casing Handphone Suami Vs Isteri
Casing handphone encik suami dah rosak. Terpecah sikit sebab jatuh. Lepas tu selalu tersangkut tersangkut bila nak keluarkan dari pouch bag atau dari dalam poket. Casing tu saya dah pakai sejak tahun 2021. Bila encik suami ambil alih pakai handphone tu terus pakai casing yang sama je.
Tahun ni lah baru nak rosak pun. Lama juga tahan lama casing yang saya beli dari Recase Malaysia. Memang tahan lasak.
Alang-alang dah rosak tu, encik suami mencarilah casing yang baru. Konon nak beli je dekat Switch tapi nan hado. Yang ada untuk model baru je. Select betul ek!
Sudahnya survey je dekat website CASETiFY. Dalam masa dia memilih, dia ada offer saya nak beli ke tak. Saya cakap tak, sebab casing phone saya masih baru lagi. Baru tak baru sangatlah, sudah berbulan juga.
Encik suami buat pesanan 26 Ogos kalau tak silap. Bungkusan sampai pada 2 September dari Hong Kong. Walaupun dari Hong Kong, kira cepatlah juga tu sampai Malaysia. Tapi jadi lambat sikit sebab di Malaysia ada cuti Merdeka haritu. Courier pun ikut cuti.
Bungkusan selamat mendarat ditangan tanpa rosak. Didalam bungkusan ni ada lapisan air bubble wrap. Lepas tu baru ada casing dalam kotak yang exclusive
Encik suami pilih Hawkins Lab Hazard Case clear MagSafe edition, (Stranger Things X CASETiFY). Tema yang dipilih tu memang jiwa dia dari study sampailah kerja. Tak boleh keluar dari kepompong
Bahagian dalam casing diletakkan kertas dan juga sticker QR code untuk verified authentic
Bahagian belakang casing. Semua sticker design tebal daripada yang biasa dan sedikit timbul. Terkagum terus dengan kemasan casing ni
Yang exclusivenya trademark tulisan jenama CASETiFY pada lingkaran camera handphone tu. Tengok casing encik suami, terasa macam jeles lah pula. Encik suami offer sekali lagi. Kita pun laju lah memilih dan buat pesanan terus
Itulah, haritu jual mahal kan. Lepas tu menyesal tak sekali. Padan muka! Pesanan saya kemudian sampai pada 10 September.
Dapat bungkusan yang sama tapi dalamnya ada kotak exclusive CASETiFY. Encik suami pula yang cemburu sebab saya punya lagi exclusive. Rupanya setiap casing tu bungkusannya berbeza
Dalam kotak ada sampul surat berwarna putih. Dalam sampul surat ada casing handphone
Saya pilih tema Self care is health care sticker case by Moonaries illo, clear case MagSafejuga. Senang boleh charge guna MagSafe charger. Dan saya lebih suka guna clear case daripada impact case sebab impact case semuanya warna hitam lingkaran luar tu.
Clear case ni ada protection juga in case kalau terjatuh ke kan. Masih boleh melindungi handphone dan casing ni ringan juga. Selain tu yang bagusnya warna putih ni tak mudah bertukar warna kuning. Yelah kan, biasanya kalau clear case ni cepat betul jadi warna kuning
Tapi apa yang penting pakai casing ni sebab nak protect handphone.
Rambang mata nak pilih design sebab ada banyak pilihan. Bukan beratus tapi beribu. Boleh custom design juga tapi saya tak buat lah. Kena tambah modal lagi tu. Pilih yang ada je senang, terus boleh proceed order je
Gambar ni saya edit cerahkan jadi macam bintik-bintik lah pula. Padahal cantik je sebenarnya
Dah berwajah baru kedua-duanya. Harap bertahan lama lah ye. Kita pun bukan jenis suka tukar-tukar casing. Pakai selagi boleh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/10/casing-handphone-casetify.html