Suami Mewahkan Anak Isteri Di Sindir Adik Beradik



SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK. Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia?

Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia.Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angkut kakak kakak dia pergi shopping kat kedai emas gelang besar besar & mahal mahal. Lagipun chef wan tu duda. Bekas bini dia dulu pun dia sara sampai akhir hayat. Duit dia melimpah ruah. Boleh la dia buat macam tu. Kalau adik kau ni setakat setahun sekali dapat bonus belikan anak bini rantai gelang emas mana mampunya dia nak mewahkan adik beradik dia yang lain. Masing masing dah besar panjang pandai pandai la cari sendiri. Takkan la nak beli gelang emas pun minta kat abang & adik lelaki yang dah ada keluarga sendiri. Lain la beras kat rumah kau tak ada.. Duit pun tak ada nak minta tolong adik beradik yang tu munasabah juga la.
Seorang lelaki bila dah berkahwin keutamaan adalah anak dan isteri tapi bukan la sampai tak perlu ambil tahu atau tolong keluarga dia kalau ada yang susah cuma kena faham dalam apapun perkara perlu di utamakan nafkah anak dan bini dulu. Dalam turutan nafkah pun Isteri dan anak lebih utama berbanding ibu dan ayahnya tapi bukan lah Islam tu kejam sehingga membenarkan pengabaian terhadap ibu bapa. Ramai yang tak faham perkara ni terutama bab turutan nafkah. Bagi mereka ibu tetap perlu di beri keutamaan berbanding orang lain. Sebab ibu yang melahirkan dan membesarkan katanya.Contoh Senang faham macam ni beb.. Mak kau tu pun isteri orang. Kalau ikut pendapat kau ibu tetap di beri keutamaan dalam semua perkara jadi bapak kau bagi keutamaan pada mak dia (iatu nenek sebelah bapa kau) mak kau ni kalau ada lebih dan kau adik beradik pun sama dia bagi kalau ada baki dari selepas bagi nenek kau semua baru dia bagi kat mak & hangpa sebagai anak. Apa perasaan hangpa? Contoh ikan seekor.. dia bagi nenek kau makan dulu.. Saki baki tu kalau ada baru dia bagi kat mak & kau adik beradik. Kalau ada.. Kalau tak ada, berpuasa la hangpa sehingga ada lebihan dari nenek kau. Jadi macam mana? Tak ke ada yang teraniaya. Sedangkan nenek kau atuk kau masih mampu bagi makan pakai. Sebab tu Islam tu dah bagi hukum yang cukup cantik. Mentaati ibu bapa tu wajib tapi nafkah pada isteri dan anak tu pun wajib juga.
Kenapa nafkah keutamaan di beri kepada isteri dan anak anak dulu. Mak kita ada suami jadi suami dia kena tanggung nafkah dia. Sistem memang dah baik. Bapak kau nafkahkan mak kau.. kau nafkah anak isteri kau. Kalau bapak kau dah tak mampu, hangpa adik beradik boleh ja sama sama bantu tapi selepas anak dan isteri. Kalau semua keutamaan di beri pada si ibu maka percayalah ramai isteri dan anak anak akan teraniaya. Islam suruh taat pada ibu bapa bukan sehingga mengabaikan anak isteri. 
Percayalah kalau termasuk ke dalam keluarga jenis macam ni memang macam selangkah ke satu episod kehidupan yang menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri. Serba tak kena jadinya. Semua salah di mata ipar duai. Sebab tu lelaki kalau nak kahwin pastikan sekurang kurangnya kau ada sebuah rumah kalau tak mampu beli, sewa untuk kau mulakan hidup dengan isteri kau. Selagi tiada keperluan mendesak, jangan bawa isteri tinggal dengan mak ayah terutama yang ada adik beradik lain masih tinggal bersama. Kebanyakan akan jadi masalah. Bukan kata semua pasti bermasalah tapi kebanyakan. Mula mula baik lama lama jadi  tahi bak kata orang tua tua. 
Aku ni tak ada pengalaman tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua selepas kahwin. Aku memang tinggal sendiri. Masalah dengan ipar duai pun tak ada sangat sebab suami aku dua adik beradik je. Adik dia pun lelaki juga. Biasa lelaki ni dia tak banyak masalah. Yang selalu bermasalah kebanyakan ipar perempuan. Tapi adik beradik aku semua perempuan cuma tak ada masalah apa apa sangat dengan suami aku. Biasa lelaki dengan keluarga mertua tak ada masalah sangat kecuali malas kerja atau yang jenis bermasalah la. 
Bila adik beradik dah berkahwin tak semua perkara kita boleh masuk campur dan mempertikaikan. Walaupun kita seibu dan sebapa dengan dia. Tak semestinya kita berhak keatas dia sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ramai yang berkahwin dari tiada apa apa dan mengumpul kesenangan atau keselesaan hidup tu bersama pasangan masing masing. Jadi tiada sebab adik beradik nak cemburu jika dia nak bagi kemewahan kepada pasangannya. Sememangnya pasangan dia berhak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/03/suami-mewahkan-anak-isteri-di-sindir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beradik Maut Rempuh Tong Roro Saya Tak Kuat 10 Bulan Lalu Hilang Suami Kini Hilang Dua Anak

Dua Beradik Maut Rempuh Tong Roro Saya Tak Kuat 10 Bulan Lalu Hilang Suami Kini Hilang Dua Anak

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 213 hits
Dua beradik maut rempuh tong roro Saya tak kuat 10 bulan lalu hilang suami kini hilang dua anak Norizan Ujak 40 sedih apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat Krubong di sini pada petang Is...
Dua Anak Bukan Dari Benih Suami Isteri Selamba Jawab Tak Sengaja

Dua Anak Bukan Dari Benih Suami Isteri Selamba Jawab Tak Sengaja

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 151 hits
nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp nbsp Gambar sekadar hiasanTerbaru tular di TikTok nbsp ceo of selfie n
Rezeki Suami Isteri Dapat 3 Anak Dalam Masa 10 Bulan

Rezeki Suami Isteri Dapat 3 Anak Dalam Masa 10 Bulan

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 155 hits
KOSMO Bailey dan suaminya Chris Goulden serta anak anak mereka SWNSLONDON Sepasang suami isteri di nbsp Dover England dikurniakan tiga anak dalam selang masa hanya 10 bulan dan menganggap ketiga tiga cahaya mata itu sebagai pasangan kembar ...
Empat Isteri Tiga Anak Ahli Lembaga Pengarah Gisbh Direman Seminggu

Empat Isteri Tiga Anak Ahli Lembaga Pengarah Gisbh Direman Seminggu

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 127 hits
SHAH ALAM Empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn Bhd direman bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak kanak
Dia Cakap Dia Dah Bagi Nafkah Pisang Goreng Rm6 Pun Diminta Bahagi Dua Isteri Luah Sikap Suami Terlalu Berkira

Dia Cakap Dia Dah Bagi Nafkah Pisang Goreng Rm6 Pun Diminta Bahagi Dua Isteri Luah Sikap Suami Terlalu Berkira

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 173 hits
Melalui platform X tular satu luahan hati dari seorang wanita yang bergelar isteri apabila si suami mempunyai sikap berkira yang keterlaluan Suami berkira selalu minta bahagia dua Menurut wanita tersebut perkahwinannya bersama suami sudah m...
Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami Haram Masuk Syurga Uai

Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami Haram Masuk Syurga Uai

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 108 hits
Pendakwa bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus menjelaskan seorang isteri minta cerai tanpa ada kesalahan suaminya diharamkan untuk masuk ke syurga Perkongsian itu dimaklumkan oleh Ustaz Azhar dalam sebuah ceramahnya yang menegaskan akhlak golon...
Syafiqa Melvin Kongsi Wajah Nama Anak Ketiga Lama Kami Tunggu Adik

Syafiqa Melvin Kongsi Wajah Nama Anak Ketiga Lama Kami Tunggu Adik

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 109 hits
Tahniah diucapkan buat kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin yang telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada 26 September lalu Syafiqa atau nama lengkapnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang juga seora...
Bapa Jual Anak Sendiri Tanpa Pengetahuan Isteri

Bapa Jual Anak Sendiri Tanpa Pengetahuan Isteri

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 99 hits
KOSMOIsteri suspek menangis selepas anaknya yang dijual baru baru ini dikembalikan di Balai Polis Tangerang Tribunnews nbsp JAKARTA Seorang lelaki di Tangerang wilayah Banten ditahan selepas menjual bayinya yang berusia 11 bulan dengan harg...
Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

Suami Bakar Isteri Suka Berhutang

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 197 hits
KOSMO SEORANG lelaki disyaki membakar isterinya Foto Polis Kota LangsaBANDA ACEH nbsp Seorang suami berusia 47 tahun disyaki membakar isterinya di rumah mereka nbsp di Kota Langsa dalam wilayah nbsp Aceh lapor portal berita kontras Aceh har...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord