Carrisa Beauty Jenama Kosmetik Tempatan Kini Di Sogo


Carissa Beauty adalah jenama kosmetik tempatan kini di Sogo! ​Carrisa Beauty Sdn. Bhd. telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Bermula dengan membuka butik pakaian di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa memperkenalkan barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa atas permintaan yang tinggi dari pelanggan

Jenama Carrisa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan kami. Justeru saya merasakan inilah peluang terbaik untuk meneroka bidang baharu dengan mempelbagaikan produk keluaranPuan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Syarikat

Pada tahun 2018, syarikat telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan, malah untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara. Jadi, tak hairanlah kalau nampak jenama Carrisa Beauty setanding dengan produk bertaraf antarabangsa. 

Produk Carrisa sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Semua produk diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan di luar negara. Buat masa ini, bagi pembelian terus (runcit), semua produk Carrisa Beauty boleh didapati di Pasaraya Besar SOGO. Syarikat juga berhasrat untuk memasarkan jualan peruncitan di beberapa buah pasaraya besar yang lain dan farmasi terpilih selain mempunyai kiosk mudah alih sendiri bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk terkini secara terus


Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik). Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia




Produk Jenama Carrisa terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita. Pendek kata, segala jenis produk boleh didapati dari Carrisa


Bagi kelengkapan kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai. Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar. Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan



Sebelum membeli produk kosmetik, kaum wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk

Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, korang boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pegawai kami akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Pastinya anda akan pulang dengan penampilan baru yang mengujakan untuk dikongsikan bersama rakan dan keluarga yang lain


Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar

Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan. Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka. Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini


Produk jenama Carrisa adalah mampu milik dan boleh didapati pada harga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. Kini, pengguna dapat berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa yang lain. Selain boleh didapati di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang (Carrisa Beauty)


Carrisa juga dalam usaha untuk mengembangkan misi perniagaan dengan mengikuti banyak acara dan pameran di dalam dan di luar negara bagi mempromosikan produk jenama secara lebih meluas. Banyak aturcara telah dirancang dan akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Carrisa. Untuk yang gemar melayari sosial media dan mengetahui info terkini, boleh layari Tiktok, Facebook & Instagram Carrisa Beauty untuk maklumat lanjut dan promosi terkini

​Carrisa bukan hanya sekadar nama, tetapi komitmen syarikat untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita, di samping mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan tagline Carrisa itu sendiri iaitu "Kerana anda sememangnya cantik"

Carissa Beauty Sdn BhdCarrisa Beauty merupakan jenama kosmetik terbaru di Malaysia. Ia merangkumi produk daripada barisan kosmetik dan penjagaan wajah. Dengan tagline KERANA ANDA SEMEMANGNYA CANTIK. Ia beroperasi di alamat No. 32, Jalan SS22/21 Damansara Jaya 474000 Petaling Jaya Selangor. Untuk keterangan lanjut dan aktiviti terkini. sila layari: www.carrisa.com.my dan follow di Facebook: Carrisa Beauty dan Instagram: @Carrisa.BeautyHQ

Untuk keterangan lanjut dan media, sila hubungi Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan di talian +60 17-254 4269 atau Cik Zura, Pengurus Pembangunan Perniagaan di talian +60 17-278 4446


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2023/02/carrisa-beauty-jenama-kosmetik-tempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Bedah Wajah Ke Langsing Kini Penampilan Terbaru Jo Hyejeong Jadi Perhatian

Dia Bedah Wajah Ke Langsing Kini Penampilan Terbaru Jo Hyejeong Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 253 hits
Buat peminat K Drama pastinya korang mengenali seorang pelakon sampingan yang comel ini kan ARTIKEL BERKAITAN Tidak lagi kelihatan seperti dahulu foto terbaru Jo Hye jeong nyata menimbulkan rasa terkejut dalam kalangan peminat Sepertinya ke...
1 800 Desa Di Kalimantan Kini Punya Internet Cepat

1 800 Desa Di Kalimantan Kini Punya Internet Cepat

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 168 hits
Sebanyak 1 800 desa atau kelurahan di lima provinsi di Kalimantan telah tersambung 4G milik XL Axiata
Ashanty Sesak Napas Dan Dilarikan Ke Rumah Sakit Kini Divonis Idap Sinusitis Kronis

Ashanty Sesak Napas Dan Dilarikan Ke Rumah Sakit Kini Divonis Idap Sinusitis Kronis

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 123 hits
Dokter pun memberi dua pilihan kepadanya menjalani operasi atau mengonsumsi obat obatan selama 6 minggu
Umno Kini Sanjung Mulia Apa Saja Dibuat Kerajaan Perpaduan Walaupun Tidak Munasabah

Umno Kini Sanjung Mulia Apa Saja Dibuat Kerajaan Perpaduan Walaupun Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 126 hits
bharian com myOleh Februari 10 2023 4 43pmDatuk Seri Ismail Sabri YaakobKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan ada beberapa kekeliruan berkaitan laporan UMNO dilanyak seperti diterbitkan dalam wawancar...
10 Potret Marcella Zalianty Kini Jadi Ibu Dua Anak Tetap Cantik Di Usia 42 Tahun

10 Potret Marcella Zalianty Kini Jadi Ibu Dua Anak Tetap Cantik Di Usia 42 Tahun

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 196 hits
Nama Marcella Zalianty begitu dikenal di dunia hiburan tanah air Namanya dikenal sebagai aktris yang telah membintangi berbagai judul film Kini Marcella Zalianty menikmati perannya sebagai seorang ibu dari dua anak Penampilan Marcella Zalia...
Tambil Botak Tahun Lalu Lee Seunggi Akui Guna Rambut Palsu Kini

Tambil Botak Tahun Lalu Lee Seunggi Akui Guna Rambut Palsu Kini

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 167 hits
Meskipun sibuk dengan pelbagai perkara kini termasuklah konflik dengan bekas agensi dan persiapan perkahwinan bersama Lee Da in Lee Seung gi tidak kisah tampil di khalayak umum ARTIKEL BERKAITAN Tampil di hadapan ramai untuk sidang media ra...
Anwar Dan Rafizi Kini Tersepit

Anwar Dan Rafizi Kini Tersepit

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 146 hits
Azmin Menteri Ekonomi dan Muhyiddin Ismail sebagai PM telah mencatat rekod pertumbuhan ekonomi terbaik negara sebanyak 8 2022 situasi pandemic Masa ITU bukan jadi penghalang Tanpa GST tanpa skandal tanpa derma tok Arab rakyat telah menerima...
Jadi Pejuang Jerawat Ratu Ghania Curhat Dapat Banyak Hate Comments Kini Banjir Dukungan

Jadi Pejuang Jerawat Ratu Ghania Curhat Dapat Banyak Hate Comments Kini Banjir Dukungan

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 247 hits
Salut banget deh sama Ratu Ghania yang nggak capek berbagi pengalaman meski sering dapat komentar menyakitkan Semangat selalu untuk para acne fighter
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa