Cari Pengalaman Baru Join Geng Wtd Buka Kaunter
Ahad baru-baru ni aku ada join geng WTD buka kaunter dekat Festival Kesenian Balik Pulau. Saja nak join dorang ni sebab rasa macam dah lama tak pergi Balik Pulau. So bila bos unit aku tanya dalam group wasap kami siapa yang berminat, cepat2 aku bubuh nama walaupun dah dibagitau awal2 hanya boleh claim cuti ganti saje bukan duit... takpe2.. lagipon aku nak cari pengalaman baru jugak ni.. in shaa Allah
21 Julai 2019 (Ahad)Kompleks Sukan Balik Pulau
Kaunter ni eceli buka 2 hari Sabtu dan Ahad
Aku volunteer nak pergi 1 hari je. Amik hari Ahad. Sebab hari Sabtu nak rehat lagipun Ahad anak aku pegi sekolah so mudahkan sikit la urusan aku tu
Bangun pergi sana macam biasa aku bangun pergi kerja hari-hari. Tapi disebabkan lokasi kat LikLau so aku sampai sana pun dah pukul 9pagi.. naik bas Rapid Penang je dari jetty bas nombor 502 😁 Bas stop dekat area Pasar Awam. Pastu aku tunggu driver mai jemput hihi.
Kat sana kaunter kami buka dalam bas.
Bas didatangkan dari MOF Putrajaya. Pinjam kejap bas bapak kitorang huhu.. dalam bas ni kami buat 4 kaunter kesemuanya. Wifi amik penganjur punya. Sambutan sangatlah luar biasa sampai berbaris panjang.. kesian pulak tengok sebab ramai yang sanggup berdiri lama-lama tengah panas..
Ni aku share gambar hari first..
Masa ni berpeluang tengok surat beranak saiz 2 tapak tangan.. tahun 1920an ke 30an camtu... fuhhh memang rare... yang bestnye tulisan surat beranak tu guna tulisan jawi tapi owner surat beranak chinese 😊
Ni pengalaman member akulah masa hari pertama kami buka kedai.. hari kedua takde lak orang bawak surat beranak yang berusia hampir 100 tahun macam tadi.. rugii2..
Ada orang besar mai melawat lak...
Kita bagi orang besar jugak tolong explain kat depa hehe..
Sayang lak gambar masa aku sendiri buat aktiviti hari kedua tu takde.. kalau tak boleh jugak simpan kat sini buat kenang-kenangan kan.. huhu.. apa boleh buat lepas dah habis buat kerja dah tutup kaunter menyimpan barang2 fail2 laptop semua barulah masing-masing teringat nak selfie adehhh.
So aku bubuh gambar bila dah habis jelah yerr..
Dalam bas ni..
Alhamdulillah rezeki kami haritu ada orang belanja makan.. ex cc gaji kami (aku tak ingat nama) datang melawat dan hulur sikit sedekah kat anak2 katanya untuk kami makan2 lepas selesai nanti ❤❤❤ Maka semestinya kami sangat excited nak terjah laksa jangguih jap lagi hihi.. makan orang sponsor kennn... alhamdulillah.. moga Allah melimpahkan rezeki kat akak.. in shaa Allah..
Laksa Janggus Balik Pulau
Nugget ayam dan rojak pedas tapi sedappp. Order ni setiap satu jenis amik 3 plate hehe.. kan ramai.. Cucur cempedak ada maklumlah musim buah sekarang ni tapi kami tak beli pon.. Member aku si Nana sampai sekarang kempunan nak makan cucur cempedak kat sini.. apa boleh buat haritu ramai sangat beratur...
Ais kacang untuk aku.. Dengar je nak makan kat sini dalam kepala teruih plan nak makan ais kacang... tertunai hajat kikiki
Tak ingat lak nak snap gambaq laksa... Aku tak order laksa sebab baru je beli lepas solat kat dalam festival tadi.. tapi dorangni semua order laksa
Alhamdulillah...
Kami bertolak balik ke Komtar untuk hantar balik laptop, printer dan segala dokumen pada petang tu. Aku tak ikut naik ofis sebab dah ada orang laki2 yang boleh diharap alhamdulillah... lagipun nak kejar tren pukul 7.25 sebab bas Rapid jam 6.45 ke UTC Sungai Petani dah terlepas... aku naik feri pukul 6.40 haritu. Kalau terlepas tren tu jenuh tunggu 9.25 pulak lah baru ada.. bas pun pukul 8.45 baru ada..
Tapi... masa dalam tren aku ada jugak tergerak hati rasa nak google tengok jadual perlepasan untuk bas Rapid.. terkejut tengok ada bas pukul 7.30.. menyesal lak tak pergi tanya dulu.. tapi masa dah suntuk time tu.. tiket tren tak beli lagi.. mmm takpelah.. benda pun dah berlalu.. aku lebih suka naik bas Rapid sebab naik bas lagi okay.. tiket dah tak payah bayar sebab aku guna pass bulanan jer dan lagi satu nanti tak jenuh nak menapak pergi kereta huhu.. paling best boleh tidurzzzzz tanpa memikirkan takut terlepas stesen 😅
Wan, Firdaus dan Faizal
Semua dah taruk dalam bilik bos. Mission accomplished!
Ok. Tu je nak update. Tengkiu reading 😚
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thisspin.blogspot.com/2019/07/cari-pengalaman-baru-join-geng-wtd-buka.html