The Best Nasi Lemak Seafood Spread In Town Di Just Seafood Sunway Giza
The Best Nasi Lemak Seafood Spread In Town Di Just Seafood, Sunway Giza | Assalamualaikum semua.. Sis ni ada satu perangai yang kalau teringin makan sesuatu tu dia punya perasaan macam orang mengandung tengah mengidam. Tapi sis tak mengandung, cuma banyak mengandungi lemak je.. ahakkk. Kali ni tekak buat hal lagi teringin nak makan makanan laut (seafood) pulak. Tapi bukan seafood yang beli kat pasar tu. Sis teringin nak makan lambakan seafood atas meja. Ala, yang orang panggil Shellout tu. So, apa lagi terus la arrange pi berbuka puasa di Just Seafood, Sunway Giza
Sebenarnya ni kali kedua sis datang makan kat sini. So, sis dah tau dah macam mana kualiti seafood yang dihidangkan di sini. Memang premium dan segar. Ni bukan sis je yang pepandai cakap ye malah restoran Just Seafood ni telah memenangi Anugerah 'Best Seafood Spread' di Klang Valley 2022 sempena Asean Food & Travel #AFTAwards2022. Yeahh.. memang the best seafood in town la
Untuk buka puasa ni harus la sis dan kawan-kawan order Nasi Lemak Seafood Spread kan. Nak jugak la rasa macam mana keenakannya. Sedap ke tidak kan. Promosi ni sempena bulan ramadan khusus untuk santapan berbuka puasa. Selain tu kami juga add on Crab SuperXL, Nelayan Platter, X-Large Live USA Oyster, Steam Cockles, Ice Coconut Cream dan Butterfly Pea Tea.
Nasi Lemak Seafood SpreadSuka nasi lemak?? Suka seafood?? Ha, kalau suka memang ngam la order Nasi Lemak Seafood Spread ni. Gabungan rasa nasi lemak dan lambakan makanan laut segar ni pasti memikat selera. Sis suka giler dengan sambal yang menyaluti seafood tu. Pedas dan masin dia memang secukup rasa. Untuk set ni kita boleh pilih sama ada nak untuk 4 pax @ RM250 atau 2 pax @ RM125. Memandangkan kami order yang 4 pax punya set, ni yang kami dapat :
600g Sotong Katak8 ekor Baby Octopus400g Udang Besar400g Kerang300g Kupang2 Jenis Ikan BilisJagung/Lobak Merah/Kentang/Kacang Goreng4 set Nasi Lemak Wangi4 set Minuman Butterfly Pea Tea4 set Pencuci Mulut (Aiskrim Kelapa)4 biji Kurma Medjool XL (Segar & Lembut)
Kalau tak cukup boleh add on : Ketam bersaiz L 350g - RM30 (Harga Biasa RM40) atau pun boleh order Baby Lobster 1⁄2kg RM50 (Harga Biasa RM60)
Untuk pilihan sos pula, boleh pilih sama ada nak Original Cajun, Golden Salted Egg, Butter Cream Milk atau Signature Kari Note : ORIGINAL CAJUN, campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, dan telah diolah serba sedikit untuk menepati citarasa tempatan.GOLDEN SALTED EGG, di masak menggunakan kuning telur masin, sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak muak.BUTTER CREAM MILK, yang hanya menggunakan mentega asli.SIGNATURE CURRY, campuran ramuan pelbagai rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua.
Crab SuperXLMemandangkan selera kami semua membuak-buak maka kami order Crab SuperXL. Perghhh, tengok saiz dia. Memang besar weiii.. lagi besar dari muka sis. Sepit dia pun besar tau. Anggaran berat bagi seekor ni dalam 800gram hingga 1 kg macam tu dan harga bagi seekor adalah RM140. Ketam ni kami makan dengan Nasi Lemak Seafood Spread
Nelayan PlatterBagi membangkitkan selera, kami order juga menu Nelayan Platter. Dalam satu bekas ni ada gabungan beberapa jenis makanan laut segar seperti udang, ketam, sotong, baby octopus dan lain-lain, disusun penuh teliti kemudian di kukus dan ditaburi hirisan serai, cili, bawang dengan haruman bumbu istimewa yang berasal daripada Bali, Indonesia. Rasa dia macam kerabu gitu ada masam-masam pedas. Memang sedap weiii.
X-Large Live USA OysterHa, yang ni memang favourite sis. Biasanya kalau makan di hotel memang akan cari oyster tau. Tapi kan oyster kat Just Seafood ni lain dari biasa. Mana taknya, dah la fresh pastu saiz dia besar dari biasa tau. Ha, dah nama pun X-Large takkan kecil plak kan. Masa telan tu memang takde rasa hanyir dan isi dia pun tak kenyal sangat. Harga untuk seketul oyster ni RM21 tapi kalau dine-in dan beli 4 ketul dapat percuma 1 ketul
Steam CocklesYang ni pulak kerang steam. Dia macam kerang rebus tapi tak berair la sebab guna kaedah steam kan. Pastu kerang yang digunakan pun saiz besar-besar dan isi dia pun besar. Cicah pulak dengan sos hijau tu, memang sedap.
Ice Coconut Cream & Butterfly Pea TeaPerut dah kenyang?? eh, ada lagi tau. Untuk set Nasi Lemak Seafood Platter tu kan dapat sekali pencuci mulut Ice Coconut Cream dan juga air minuman Butterfly Pea Tea yang dibuat dari bunga telang. Memang menyegarkan perut yang dah kekenyangan ni
Alhamdulillah, craving satisfied.. kenyang giler weiii. Licin sampai ke lobak merah kami makan habiskan. Memang puas hati dapat menikmati semua seafood yang premium dan fresh di Just Seafood yang terletak di Sunway Giza ni. Jujur sis cakap, kalau makan seafood yang tak fresh, badan sis akan naik gatal-gatal. Tapi ni takde ye. Helok je takde apa-apa alergi sampai next day.
So, kalau korang teringin nak makan lambakan makanan laut yang premium, segar dan sedap boleh datang ke Just Seafood. Sila bawa keluarga dan rakan-rakan sekali sebab portion dia banyak jugak. Tapi kalau takde teman, meh la ajak sis. Sis onnzz je.. hehe. lagi satu jangan lupa buat tempahan dulu. Nanti kalau tak dapat seat, ada pulak yang menangis bucu restoran.
Waktu Operasi Just Seafood, Sunway Giza :Dibuka setiap hari dari 12:00 tengah hari hingga 10:00 malam
Alamat Just Seafood :Sunway GizaNo.2 Jalan PJU5/14 PJU5Dataran Sunway47810 Petaling Jaya, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2022/04/nasi-lemak-spread-just-seafood.html