Cara Warna Rambut Sendiri Di Rumah Dengan Mudah


Mewarna rambut adalah proses mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan kimia. Proses ini melibatkan pemilihan warna yang diinginkan, bahagian rambut yang ingin diwarna dan rawatan setelah mewarna rambut agar tidak rosak oleh bahan kimia yang terdapat di dalam pewarna rambut.
Proses ini boleh dilakukan di salon profesional atau di rumah dengan produk yang dijual dan tersedia di pasaran. Mewarna rambut dapat memberikan penampilan baru dan meningkatkan rasa percaya diri seseorang tetapi juga memerlukan rawatan yang tepat untuk menjaga kesihatan rambut.
Cara Mewarnakan Rambut Di Rumah Mewarnakan rambut di rumah boleh menjadi pilihan yang bagus untuk menjimatkan masa dan wang namun anda harus mengikuti langkah-langkah mewarnakan rambut dengan betul agar mendapat hasil yang cantik dan memuaskan.
Berikut merupakan langkah-langkah mewarna rambut yang boleh anda cuba sendiri di rumah:
Bahan-bahan:
Bekas kosong untuk menyimpan pewarna rambut Vaseline Sikat pewarna rambut Sarung tangan Pewarna rambut jenama garnier Langkah-langkahnya:
Campurkan krim developer dan gel pewarna. Tambahkan warna lain yang anda ingin gabungkan. Aduk hingga rata. Letakkan vaseline di tepi muka dan bahagian leher supaya kulit tidak gatal-gatal. Wajib pakai sarung tangan kerana pewarna rambut membuatkan tangan berasa pedih. Bahagikan rambut anda ke beberapa bahagian. Ambil sedikit pewarna rambut menggunakan sikat pewarna rambut. Warnakan bahagian rambut secara merata. Bagikan terus rambut yang ingin diwarnakan sedikit demi sedikit. Warnakan seluruh bahagian rambut. Cepitkan rambut atau tutup rambut dengan shower cap. Warna Rambut Untuk Kulit Cerah Untuk mewarnakan rambut, pastikan anda menjalankan ujian alahan terlebih dahulu supaya anda boleh memilih pewarna rambut yang tidak memiliki bahan yang boleh membuatkan anda mendapat alahan.
Saya akan kongsikan warna rambut yang sesuai di bawah ini untuk mereka yang berkulit cerah atau ingin membuatkan kulit kelihatan cerah.
Ash brown Ash blue dan purple Ash grey Ash grey dan purple Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Mewarna Rambut Sebelum mewarnakan rambut di rumah, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui agar anda tidak menyesal.
Warna rambut Anda harus memilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda kerana jika anda salah pilih warna, ia akan menjadikan diri anda kelihatan kusam. Bagi mereka yang berkulit putih, anda boleh cuba warna seperti ash blonde, milk tea brown, coklat gelap dan plum.
Untuk mereka yang berkulit kuning langsat, anda boleh cuba warna platinum blonde, ash grey atau copper manakala mereka yang berkulit sawo matang boleh cuba warna hitam, hazelnut atau magenta.
2. Risiko
Masalah umum yang akan anda hadapi ketika mewarna rambut adalah keadaan rambut yang kering dan yang paling teruk adalah ketika tengah batang rambut putus terutamanya jika anda melalui proses bleaching yang sangat lama. Bleaching boleh menyebabkan rambut anda menjadi rosak.
Anda disarankan untuk bertemu dengan pakar rambut terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada rambut anda boleh menjalani proses bleaching atau tidak.
3. Harga
Anda harus mengetahui harga dan bajet untuk mewarnakan rambut kerana jika anda mewarnakan rambut di salon, harga untuk setiap perkhidmatan mewarna rambut adalah berbeza seperti balayage, highlight atau full dye. Anda boleh bandingkan harga-harga antara beberapa salon yang anda pergi dan pilih yang sesuai dengan bajet anda.
Jika anda mewarnakan rambut di rumah, anda perlu bandingkan harga pewarna rambut dan kualitinya.
4. Rawatan
Sebelum mewarnakan rambut, anda harus tahu bahawa rambut yang telah diwarnakan memerlukan rawatan tambahan berbanding rambut yang tidak diwarna. Anda harus pertimbangkan rawatan rambut anda setiap bulan bermula dari rutin hair mask, hair oil hingga ke hair tonic shampoo atau silver shampoo.
Cara Merawat Rambut Selepas Diwarnakan Atau Bleaching Selepas mewarnakan rambut, mestilah keadaan rambut akan berubah seperti kering dan kelihatan serabai. Oleh itu, saya kongsikan bagaimana cara merawat rambut yang telah diwarnakan atau setelah menjalani proses bleaching.
Gunakan conditioner Gunakan conditioner untuk membantu melembapkan rambut dan membuatnya lebih teratur.
Gunakan hair mask Gunakan hair mask seminggu sekali untuk memberikan kelembapan ekstrak pada rambut yang kering.
Rawatan tambahan Gunakan pelbagai produk rawatan rambut yang diformulasikan khusus untuk rambut yang menjalani proses bleaching atau rambut yang telah diwarnakan.
Jangan sikat rambut ketika basah Elakkan menyikat rambut jika ia masih basah dan biarkannya setengah kering sebelum menyisirkannya dengan lembut.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk para pembaca dan selamat mencuba!
Berapa lamakah pewarna rambut dapat bertahan? Ianya bergantung pada jenis warna yang digunakan dan bagaimana anda merawat rambut anda. Secara umumnya, ia boleh bertahan selama empat hingga enam minggu sebelum memudar.
Adakah pewarna rambut boleh merosakkan rambut? Penggunaan pewarna rambut yang terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan.
Berapa kalikah saya boleh mewarnakan rambut? Anda disarankan memberikan rehat kepada rambut anda selama empat hingga enam minggu setiap kali mewarnakannya untuk mengelakkan kerosakan yang berlebihan.
Bolekah saya mewarnakan rambut sendiri di rumah? Ya, anda boleh mewarnakan rambut anda sendiri di rumah dengan menggunakan produk pewarna yang betul dan mengikuti langkah-langkah yang betul. Walau bagaimanapun, jika anda inginkan hasil yang lebih profesional, anda boleh ke salon untuk mendapatkan perkhidmatan pakar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/05/cara-warna-rambut-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Cara Mudah Kenali Developer Bodong Agar Tak Tertipu Saat Beli Rumah

Tiga Cara Mudah Kenali Developer Bodong Agar Tak Tertipu Saat Beli Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 175 hits
Umumnya developer bodong berlomba lomba memberikan penawaran menarik hingga melebihi batas kewajaran kepada calon konsumennya agar membeli properti
Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah Di Rumah

Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 219 hits
Bisnes online merujuk kepada yang dilakukan melalui internet Ia melibatkan penjualan produk atau perkhidmatan pemasaran digital dan interaksi antara pelanggan secara dalam talian Kebiasaanya pemilik perniagaan akan memulakan laman web platf...
Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 237 hits
Cara Mengatasi Rambut Gugur Rambut gugur adalahyang dialami oleh banyak orang di seluruh dunia Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor Dalam perkongsian artikel pada hari ini saya akan membahas lebih lanjut tentang faktor rambut gugur da...
Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 210 hits
Hari ini saya akan kongsikan tentang bau badan Apa itu Secara umunya bau badan ini adalah satu aroma yang terhasil daripada proses semulajadi pemecahan protein oleh bakteria Tahukah anda bahawa bau badan ini juga terhasil daripada peluh ber...
7 Cara Mudah Menghasilkan Uang Secara Online Dari Rumah

7 Cara Mudah Menghasilkan Uang Secara Online Dari Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 116 hits
leksibilitas bekerja dari rumah memfasilitasi keseimbangan kehidupan kerja yang dapat meningkatkan kreativitas dan produktivitas
Bukan Mudah Jadi Janda Aku Kalah Dengan Nafsu Sendiri Aku Nekad Terus Terang Dengan Suami Baru

Bukan Mudah Jadi Janda Aku Kalah Dengan Nafsu Sendiri Aku Nekad Terus Terang Dengan Suami Baru

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 98 hits
Ini adalah kisah benar pengakuan dari seorang wanita yang banyak berd0sa dengan seorang bernama suami Ketika banyak orang memperkatakan keburukan suami dan kelemahan para lelaki diharap kisah hidup yang ku ceritakan dapat membuka mata wanit...
Cara Dapat Duit Tambahan Dengan Mudah

Cara Dapat Duit Tambahan Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 240 hits
Cara Mendapatkan Duit Tambahan Dengan Mudah Zaman sekarang ramai orang yang ingin mendapatkan bagi memenuhi keperluan diri sendiri dan keluarga Terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk mendapatkan duit tambahan sama ada anda ind...
Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 232 hits
Pernahkah anda mendengar tentang istilah insomnia Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini Keadaan ini secara umunya adalah gangguan tidur yang akan menyebabkan keadaan tidur yang tidak memuaskan Situasi ini terjadi disebabkan ...
Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya

Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 180 hits
Pedagang Ayam Skala Kecil Wajib Punya Sertifikat Halal Mulai Oktober 2024 Begini Cara Mudah Mengurusnya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba