Cara Untuk Menghilangkan Kelemumur
Hai guys! Apa kamu buat hari ni sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan? Harap semuanya baik-baik saja. Paling penting STAY AT HOME. Kalau bosan, install Tik Tok.
Baiklah, hari ni saya mau share tentang cara untuk menghilangkan kelemumur based on my own experience ya. I am very sure yang ramai diantara kamu pernah mengalami benda ni. Benda yang paling ditakuti.
Sepanjang hidup, saya tidak pernah ada kelemumur. TAPI, kisah seram ini bermula selepas saya curl rambut di suatu pagi sabtu yang hening. Ladies di salon tu cakap jangan cuci rambut selama tiga hari kalau tidak rambut tidak akan keriting dengan jayanya. Lagipun procedure curling rambut memang macam tu kan. So, saya pun patuhlah dengan arahan itu.
Saya ni dari kecil lagi memang biasa cuci rambut setiap hari. SETIAP HARI. Jadi, sepanjang tiga hari tidak cuci rambut memang feeling like in hell. Gatal, bau busuk kepala, kulit kepala berminyak etc. Fuhhh, memang loya. Tapi, apa boleh buat. Orang kata, 'Beauty is pain'. Pain in my heart. Auchhh!
Okey, lepas tiga hari, saya pun cucilah rambut. Waw, rasa segar bak ais di Antartika. Eh, macam pernah ke sana pula. Setiap malam selepas tu, after cuci rambut, saya akan pakai styling liquid supaya shape curl rambut tu lebih nampak. Styling liquid tu dia macam gel rambut tapi dalam cecair. Sesuai untuk dipakai for those yang baru saja keritingkan rambut supaya lebih cantik tu hair curl dan shining.
Setelah buat rutin ni kira-kira dalam seminggu, keesokan harinya, time lunch (waktu kerja ya), saya pun pergilah ke tandas melepaskan hajat dan juga membuat sedikit pelaburan emas dan timah. Selepas siap, macam biasa, check rambut, wajah dan penampilan sebelum keluar tandas supaya orang impress *nak muntah*.
Tiba-tiba, oh my God, benda yang paling saya takuti muncul. Saya notice di atas rambut ada serpihan-serpihan putih. I thought itu styling gel yang sudah keras. Bila saya belek dan perhatikan betul-betul di akar-akar rambut, meremang segala bulu roma bila nampak benda-benda putih bertebaran di seantero rambut. I GOT DANDRUFF!
OH MY GOD! OH MY LORD! HELP ME MERCY!
Automatik my confidence level drop dari level 1 juta ke level 0. Sudahlah time kerja dan hari kejadian tu jatuh pada hari selasa. Can you imagine what i have to face untuk tunggu weekend?
Selepas saja dari tandas, saya terus buat research;
'How to remove dandruff?'
'What is the best shampoo to get rid the dandruff?'
'Petua orang tua untuk hilangkan ketombe'
etc.
Oleh kerana saya tidak mahu orang tahu yang saya ada kelemumur (dan ini pertama kali saya ada kelemumur sepanjang hidup!, and I want to get rid this dandruff quickly!), so saya pun buat more research pasal syampu yang berkesan untuk hilangkan kelemumur yang sh*t itu sebab saya rasa ini saja langkah yang mudah. Petua orang tua guna garam, bawang putih, minyak kelapa? NO THANKS.
After searching dengan tekun dengan bantuan pak cik Google, kebanyakan result suggesting syampu dari jenama Pantene.
Okey cool, dengan pantas seperti lipas kudung or cicak putus ekor? Saya pun turun dari ofis ke Guardian sebab di bawah ofis saya ni ada shopping mall. Lalu saya pun beli syampu-syampu seperti di bawah ini.
Baiklah, dengar baik-baik sebab saya mahu bercerita bagaimana saya menggunakan produk di bawah ini sehinggalah kelemumur saya hilang 100% dalam masa seminggu. BY THE WAY, this entry is not sponsored okey? (but I would love too. Hiks).
First of all, saya beli syampu yang ada tulis ANTI DANDRUFF. Yes, of course la kan? Duhhh~. Syampu anti dandruff ni dia mengandungi zink yang merupakan salah satu ejen menghilangkan kelemumur. So, pastikan kalau kamu beli syampu anti dandruff, periksa dahulu kandungan ya. Make sure zink (i don't remember the full zinc name) ada dalam descriptions ingredients. Ini saya pakai setiap kali cuci rambut. Biasanya saya cuci rambut sekali sehari.
Ini pula saya guna lepas syampu anti dandruff tu tadi. Bukan uncle dandruff. Okey tidak lucu. *moment of silence*. Ini fungsi dia untuk kasi halus rambut yang kasar. Pada pendapat sayalah kan, rambut yang halus dan moistured well ni, susah untuk kelemumur membiak. The reason? Sila Google sendiri.
This one pula fungsi dia ialah untuk bersihkan kulit kepala which is very important untuk orang yang ada masalah kulit kepala yang teruk seperti minyak berlebihan. Minyak itulah punca utama munculnya kelemumur. Ingatkah yang saya bagitau selepas saya curled rambut, then hanya boleh basuh selepas tiga hari? Rasanya itulah reason kenapa saya ada kelemumur sebab kemungkinan sepanjang tiga hari tu, minyak di scalp saya merembes memancut mencurah dengan pekat dan jayanya. Eh, macam lain pula description saya ni.
Ini saya pakai sekali seminggu. Kenapa saya tidak guna setiap hari? Sebab Scalp Shampoo ni walaupun dia buat kulit kepala jadi segar dan bersih, tapi rambut akan jadi kasar. Jadi, sila stand by conditioner siap-siap. But ya, it does it job.
Lastly, ini pula saya guna selepas kelemumur saya hilang. Ertinya, this is became my daily shampoo until now. Saya pilih perisa Total Damage Care because i believed my hair is damaged due to dying and curling hair. Sedih.
Sekarang, my confidence level naik ke level 1 juta lemon lemon lemon and I am happy with my hair now. Thank you God!
To those who concern (ewahhh, macam ayat2 cliche email office pula yer), harap entri ni dapat membantu. Good luck guys!
By the way, keriting atau kerinting? It's KERITING guys! You are welcome.
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://vandergood.blogspot.com/2020/04/cara-untuk-menghilangkan-kelemumur.html