Cara Untuk Mencukupkan 5 Hari Latihan 42 Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan Splkpm
Berdasarkan surat siaran KPM bertarikh 12 Julai 2023, semua guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, PPP), keperluan mencapai minimum 42 mata kredit setahun Pembangunan Profesionalisme Berterusan (myPPB) dikekalkan kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November
Surat siaran KPM bertarikh 1 April 2022 pula menyatakan keperluan latihan dalam kalangan warga KPM iaitu minimum 5 hari setahun kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November.
Bagi guru yang diberikan penempatan baharu selepas tamat cuti belajar HLP di bawah tajaan KPM, secara automatik layak diberikan 5 hari kursus dengan syarat mengemukakan surat penempatan. Alhamdulillah.
Berikut adalah cara-cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencukupkan 5 hari latihan & 42 Mata Kredit PPB SPLKPM:
1. Book Review/ Pembacaan Bukudapat jam latihan dan mata kredit PPB1 buku = 1 hari latihan = 6 jam = 6 mata4 buah buku = 4 hari latihan + 20 matamaksimum 20 mata PPB
2. E-pembelajarandapat jam latihan dan mata kredit PPB1 jam latihan = 1 matamaksimum 15 mata PPBEPSA/ portal e-guru / AKPK/ webinar/ AI Rakyat/ LADAP PlusWebinar dalam SPLKPM sahaja1 jam kursus = 1 jam latihan = 1 mata PPB
3. Taklimat/ Ceramah/ Dialog Prestasidapat jam latihan dan mata kredit PPB1 jam = 1 jam latihan = 1 mata PPBmaksimum untuk taklimat/ ceramah/ dialog = 15 mata
4. Bengkel/ Kursus dapat jam latihan dan mata kredit PPB1 jam latihan = 1 matamaksimum - 15 mata PPB
5. Bimbingan dan Pementoran oleh Pentadbir dapat jam latihan dan mata kredit PPBKey in oleh pentadbir dalam SPLKPM1 jam latihan = 1 mata PPB0.5 jam latihan = 0.5 mata PPB
6. Lawatan Penanda Aras dapat jam latihan dan mata kredit PPB1 jam = 1 jam latihan = 1 matamaksimum - 10 mata PPB
7. Sumbangan (Profesional dan Bukan Profesional)dapat mata kredit PPB sahajaKey in sumbangan bagi guru yang terlibat dengan kokurikulum peringkat PPD/JPN/KPMContoh: teknikal sofbol, bola sepak, olahraga (key in sekali sahaja walaupun program berhari-hari)Key in sumbangan sebagai JU PPD / JU JPN / JU KPMKey in sumbangan sebagai AJK PIBG1 sumbangan = 5 mata PPB2 mata kredit tambahan sumbangan sebagai ketua atau penyelia
8. PLCdapat mata kredit PPB sahajaMana-mana panitia yang telah menjalankan PLC, ketua key in di dalam SPLKPM dengan memastikan key in nombor IC/KP ahli sekali1 PLC = 5 mata PPBmaksimum - 20 mata (4 PLC)
9. Inovasi Dapat mata kredit PPB sahaja1 inovasi = 10 mata PPBmaksimum - 20 mata
10. Peningkatan Akademik Dapat mata kredit PPB sahaja - untuk tahun semasa mengikut sijilSijil - 4 mataDiploma - 8 mataIjazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) - 12 mataIjazah Sarjana (Master's Degree) - 16 mataIjazah Kedoktoran (Doctorate, PhD) - 20 mata
11. PenyelidikanDapat mata kredit PPB sahaja1 kajian = 10 mata PPBmaksimum - 20 mata
12. Penulisan & Pengkaryaan Kreatif Dapat mata kredit PPB sahajapenulisan buku - bukan tugas hakiki sekali sahaja - 20 mataartikel/jurnal - 10 mata buletin - 10 matapenghasilan modul (ciptaan sendiri) - 10 mataseni kreatif - bukan hakiki (muzik, visual, fotografi, tari) - 10 mata
13. Program sangkutanDapat mata kredit PPB sahaja1 program - 5 mata
Kesimpulannya, cara paling mudah untuk mencukupkan 5 hari latihan dan 42 mata kredit PBB, pembacaan 4 buah buku (book review) amat membantu.
Senarai buku-buku yang boleh dibaca: Tambah 20 Mata Kredit PPB SPLKPM Dengan Pembacaan Buku | Book Review
Sumber:https://splkpm.moe.gov.my/bahan/Surat_Siaran_MyPPB.pdf
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikguhijau.com/2024/11/cara-untuk-mencukupkan-5-hari-latihan.html