Cara Ukur Saiz Cincin Mudah Buat Sendiri
Cara Ukur Saiz Cincin Mudah Buat Sendiri. Memang mudah dan sikit je kosnya. Apa yang diperlukan cuma pita ribbon atau kertas dan pen atau marker. Ada juga yang ajar supaya guna benang. Tetapi kerana saya kurang sabar orangnya, saya lebih suka guna cara pita ribbon atau kertas. Jika tidak, jahanam benang tu saya kerjakan. Hehe..
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Cara Ukur Saiz Cincin Mudah Buat Sendiri
Suka beli cincin tapi tak tahu saiz jari anda?? Jangan risau. Ada cara manual yang boleh digunakan untuk kita ukur saiz jari kita, sekiranya nak beli cincin secara online
Anda boleh baca cara-caranya seperti di bawah
Cara ukur saiz cincin;
1. Gunakan pita/ ribbon/ kertas yang berwarna cerah dan letakkan di bawah jari yang ingin diukur
2. Balutkan pita ribbon / kertas dengan kemas mengikut keselesaan memakai cincin
3. Tandakan di mana jalur ribbon/ kertas yang bertindih dengan menggunakan pen/ marker
4. Ukurkan panjang lilitan tersebut dengan pembaris berunit (cm)
Saiz keliling Cincin
Selepas dapat ukuran sepertimana di atas, anda boleh rujuk saiz keliling cincin mengikut lilitan ribbon yang digunakan
Saya pula, kali pertama beli cincin dapat saiz, lepas tu guna saiz tu untuk beli cincin secara online. Hehe, malas nak ukur seperti diajarkan di atas. Kalau anda seorang yang sabar, boleh je guna cara yang diberikan
Selamat mencuba, nak beli cincin baru ke? Sebaiknya beli cincin atau barang kemas dari peniaga emas yang tidak mengenakan upah
Ada banyak peniaga emas yang free upah, google je, pasti keluar senarai kedai emas yang digemari
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/11/cara-ukur-saiz-cincin-mudah-buat-sendiri.html