Cara Tukar Nombor Whatsapp Tanpa Memadam Akaun
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahukah anda bahawa anda boleh menukar nombor telefon pada akaun WhatsApp anda tanpa perlu memadam akaun yang lama? Mudah sahaja caranya. Mungkin ramai yang tertanya bagaimana untuk mendapatkan akaun WhatsApp yang lama tetapi menggunakan nombor telefon yang baru.
Kerisauan yang berlaku apabila menukar nombor telefon di WhatsApp antaranya adalah apakah kesannya setelah menukar nombor? Bagaimana dengan senarai kenalan? Bagaimana pula dengan group WhatsApp? Okay, jangan risau, kerana semuanya akan diberitahu dan dijelaskan dalam artikel kali ini.
CARA MENUKAR NOMBOR TELEFON WHATSAPP TANPA MEMADAM AKAUN
Berikut adalah cara-cara menukar nombor telefon anda pada akaun WhatsApp
a) Buka WhatsApp kemudian tekan pada bahagian atas di bahagian kanan, pilih Settings/Tetapan, pilih Account/Akaun, kemudian pilih Change Number/Tukar Nombor, dan pilih Next/Seterusnya.
b) Masukkan nombor telefon lama anda pada ruangan pertama dan nombor telefon baru dalam ruangan kedua. Pastikan kedua-dua nombor tersebut adalah dalam format nombor telefon yang betul.
c) Pilih Next/Seterusnya, terdapat dua pilihan sama ada anda mahu beritahu pada kenalan / contact anda tentang pertukaran nombor telefon ini atau tidak
d) Pilih Done / Selesai
🔥 PERHATIAN 🔥
Sebelum membuat pertukaran nombor telefon ini, ada dua perkara yang anda perlu pastikan terlebih dahulu
1) Pastikan nombor telefon baru anda aktif, iaitu boleh menerima SMS atau panggilan telefon. Juga pastikan nombor telefon lama anda telah didaftarkan pada WhatsApp
2) Untuk selamatkan chat anda, buat backup terlebih dahulu di Google Drive atau sebagainya supaya chat tidak hilang.
BACA JUGA : CARA RENEW ROADTAX & INSURANS ONLINE
SOALAN LAZIM BERKENAAN PERTUKARAN NOMBOR TELEFON WHATSAPP
Adakah kenalan yang disekat/block di nombor lama tetap ada di nombor baru?
Tidak, apabila anda menukar nombor WhatsApp, kenalan yang disekat tidak disekat dalam nombor baru, tetapi jangan risau kerana nombor yang anda sekat tidak akan tahu jika anda menukar nombor WhatsApp
Adakah pertukaran ini akan menyebabkan kita keluar dari kumpulan/group?
Tidak, apabila anda sudah berada di sebuah group atau beberapa group maka jangan risau kerana anda tidak akan keluar dari kumpulan/group secara automatik
Adakah pertukaran ini akan memadam kenalan/contact?
Senarai kenalan kawan anda dalam aplikasi WhatsApp tidak akan terjejas selagi nombor rakan anda masih disimpan di telefon bimbit anda. Tetapi berbeza kesnya apabila anda menyimpan nombor rakan-rakan di sim card, apabila simcard diganti maka nombor yang disimpan juga akan hilang. Jadi sebaiknya simpan nombor rakan anda di peranti
Adakah boleh lagi menggunakan nombor lama?
Sudah tentu boleh, selagi nombor lama masih aktif
Jika seseorang menghantar sembang/chat ke nombor lama adakah ia masuk nombor baru?
Sudah tentu tidak, kerana anda telah menukar nombor WhatsApp, jadi anda harus memberitahu kenalan/contact anda bahawa anda sudah menukar nombor WhatsApp
Apa yang berlaku jika seseorang membuat panggilan pada nombor WhatsApp lama?
Tidak akan dapat membuat panggilan melalui Whatsapp ke nombor lama, tetapi secara automatik akan diarahkan ke menu panggilan telefon biasa
Jika saya adalah admin group, apa yang berlaku?
Jangan risau kerana tidak akan terjadi apa-apa walaupun nombor whatsapp anda berubah
Adakah rakan-rakan kita tahu jika kita menukar nombor WhatsApp?
Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa anda boleh memilih untuk memberitahu rakan anda atau tidak. Bergantung pada pilihan anda
MENUKAR NOMBOR WHATSAPP MUDAH SAHAJA
Pastinya bila menukar nombor telefon baru, kita risau sama ada kenalan yang sedia ada akan tahu atau tidak. Adakah perlu beritahu satu-persatu tentang pertukaran nombor ini. Jangan risau, dengan adanya fungsi notifikasi untuk kenalan, memang mudahkan cara. Tiada perubahan yang besar pun apabila menukar nombor WhatsApp. Semoga dengan artikel ini dapat membantu anda.
ARTIKEL BERKAITAN : CARA DAFTAR SSM ONLINE (PENDAFTARAN PERNIAGAAN)
SEMOGA BERMANFAAT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/03/cara-tukar-nombor-whatsapp.html