Cara Tukar Nombor Tac Cimb Clicks
Assalamualaikum. Sekarang ni banyak urusan yang kita kena buat secara online kan. Lagi-lagi internet banking sebabnya musim COVID-19 ni kita banyak shopping online. Tapi ramai juga ye yang ada masalah dengan nombor TAC? Tak tahu cara nak tukar nombor TAC? Ok takpa, artikel kali ni memang Ayue nak share cara step-by-step tukar nombor TAC CIMB Clicks. Bank lain nanti Ayue share kemudian ya
Cara Tukar Nombor TAC CIMB ClicksCara nak tukar nombor TAC di CIMB ni mudah saja sebenarnya. Anda kena tahu Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks saja. Nanti semua nombor TAC anda akan sampai ke nombor telefon baru anda. Lagi-lagi jika nombor telefon yang anda daftarkan dengan CIMB hilang ke, dah tak aktif ke, anda memang wajib tukar nombor telefon CIMC Clicks anda supaya nombor TAC anda tidak disalah guna dan tidak menyusahkan anda kemudian hari
Kalau anda cari cara nak tukar nombor telefon TAC CIMB Clicks online melalui website ataupun CIMB Clicks apps, maaf ya memang takda kerana atas sebab keselamatan, pihak CIMB tidak benarkan anda daftar mahupun tukar nombor TAC secara online
Cara tukar nombor TAC CIMB ni hanya ada 2 cara saja. Anda tak perlu ke CIMB dan beratur panjang untuk ke kaunter pun. Anda cuma perlu hubungi Customer Contact Centre CIMB atau anda pergi juga ke CIMB, tapi terus ke mesin ATM macam anda nak keluarkan duit tu. Jom Ayue terangkan satu per satu
Tukar nombor TAC CIMB melalui Customer Contact Centre CIMB ClicksSediakan kad pengenalan/IC dan kad ATM di hadapan andaHubungi Customer Contact Centre CIMB di talian +603 6204 7788Pilih untuk bercakap dengan agen mereka dan maklumkan tentang masalah anda
Kalau anda tak suka cara pertama, anda boleh cuba pula cara kedua
Tukar nombor TAC CIMB Clicks melalui Mesin ATMStep 1Pergi mana-mana mesin ATM CIMB terdekatMasukkan kad dan PINPilih menu lain-lain (others)Pilih CIMB ClicksMasukkan nombor telefon baru AndaTekan butang Teruskan (Proceed)Selesai
Step 2Login di CIMB ClicksPergi ke bahagian Update ProfileEdit nombor telefon anda dan klik SaveCIMB akan hantar nombor TAC ke nombor telefon yang anda letak di mesin ATM tadiMasukkan nombor TAC dan klik SUBMITSelesai
Moga tips di atas ni dapat membantu anda selesaikan masalah nombor TAC anda. Ayue faham memang susahkan kalau takda nombor TAC. Semua urusan perbankan tak dapat nak buat. Jadi cepat-cepat daftar/tukar nombor TAC anda ok? Moga bermanfaat
Suka artikel ni? Jangan lupa share tau
Artikel berkaitan:How To Pay Bills With CIMB Clicks
xoxo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ayueidris.com/2020/12/cara-tukar-nombor-tac-cimb-clicks.html