Cara Tukar No Hp Perkeso Kemaskini Guna Portal Perkeso
CARA TUKAR NO HP PERKESO:KEMASKINI GUNA PORTAL PERKESO (assist.perkeso.gov.my)
Sistem portal perkeso assist sangat mudah untuk digunakan. Bagi yang ingin menukar atau kemaskini nombor handphone mesti ingin mengatahui caranya.Disini kami kongsikan cara tukar atau kemaskini No Handphone, semoga membantu
APA ITU PORTAL ASSIST PERKESO
Portal Assist PERKESO sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO
LOGIN ASSIST PORTAL PERKESO
Semestinya anda harus Login portal perkeso assist terlebih dahulu. Berikut adalah paduan login:
Klik link ini: assist.perkeso.gov.my/employer/login
Pilih bahasa samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
Masukkan email address anda (digunakan semasa pendaftaran)
Masukkan Password sementara anda
Tekan Login, anda telah berja Log masuk
CARA TUKAR NO HP PERKESO
Seletah anda berjaya log masuk, berikut adalah cara tukar Nombor Handphone:
Klik pada menu My Sites dan pilih REGISTRATION.
Klik pada menu Update dan pilih Update Employee Information (Employer)
Masukkan kod majikan dan tekan klik search. Nama majikan akan dipaparkan.
Sila klik pada Edit.
Scroll ke Employee Listing dan klik Edit pada pekerja yang ingin dikemaskini.
Pilih pada bahagian yang ingin dikemaskini (Nombor Handphone)
Kemudian klik Save & Continue.
Pada skrin Upload Supporting Document, dokumen sokongan boleh dimuatnaik dan klik Save & Continue.
Pada skrin Preview, maklumat yang dikemaskini akan dipaparkan. Klik butang Submit.
Klik Confirm.
Skrin ini akan dipaparkan jika pengemaskinian berjaya.
SOALAN LAZIM
Apakah yang boleh digunakan melalui portal assist Perkeso?
Berikut adalah yang boleh akses menggunakan Assist Portal Perkeso
Melihat profil pekerja
Melihat maklumat caruman pekerja
Melihat senarai dokumen
Melihat profil pekerja atau kakitangan
Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?
Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
Apakah had umur pekerja untuk mencarum?
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk malumat lanjut dan pertanyaan tentang cara tukar no hp PERKESO anda boleh layari web Rasmi PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/ atau:
Emel:
[email protected]
Talian khidmat pelanggan: 1-300-22-8000 (8;00 pagi – 5:00 petang, Isnin – Jumaat)
ARTIKEL LAIN :
PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE:CARA REGISTER & LOGIN(assist.perkeso.gov.my)
DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO
The post CARA TUKAR NO HP PERKESO:KEMASKINI GUNA PORTAL PERKESO (assist.perkeso.gov.my) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-tukar-no-hp-perkeso.html