Cara Tethering Hotspot Android Vpn Ke Pc Laptop Dan Idm
Assalamualaikum...
Untuk Post yang kedua ni admin nak share Tutorial Hotspot VPN Android ke PC atau Laptop anda tanpa Root Phone serta Setting Proxy di Internet Download Manager (IDM) dengan menggunakan aplikasi Every Proxy yang boleh di download dalam Play Store.
Sebelum ni admin dah share cara Hotspot VPN Dari Phone Ke Phone. Mana yang belum tahu lagi tutorial tersebut sila klik link DISINI. Sebelum kita sambung tutorial ni, admin nak bagitahu bahawa trick ni work pada Handphone Android dan Tak Perlukan Akses Root pada HP anda. Jadi step ni sangat mudah dan anda boleh apply dengan cepat dan tanpa error.
Baiklah tanpa melengahkan masa, admin akan share tutorial tersebut secara bergambar agar lebih mudah difahami.
Pastikan Handphone Anda Sudah Connect Dengan Mana-Mana VPN Server.
1. Seperti biasa, buka apps Every Proxy dan On kan HTTP / HTTPS
Hafal Host Proxy dan Port yang diberikan pada Handphone masing-masing seperti dalam gambar diatas yang saya sudah bulatkan
2. Pastikan Every Proxy telah ON dalam keadaan running seperti notification gambar diatas
MASUK KE PC / LAPTOP ANDA
3. Dalam Laptop anda, pergi ke bahagian WI-FI dan Klik Kanan seperti dalam gambar diatas, dan klik Go to Settings
4. Ia akan masuk ke halaman Settings tersebut, dan pilih tab Proxy. On kan button yang ada tulis Use a proxy server. Next, masukkan Host Proxy dalam kotak Address yang anda sudah hafal tadi pada step No.1 berserta dengan Port. Kemudian klik Save
DONE !! Anda sudah boleh melayari internet dengan WI-FI VPN tersebut. Kalau nak cek berjaya ke tidak, seperti biasa pergi ke link speedtest.net dan tengok IP VPN tersebut adakah sama dengan dalam Handphone anda tadi..
BONUS TUTORIAL TAMBAHAN
Kalau anda menggunakan Software Internet Download Manager atau IDM dalam Laptop anda, maka anda mesti ubah setting Proxy pada IDM tersebut supaya bila anda download file menggunakan extension IDM, ia berjalan dengan lancar dengan menarik server IP VPN dari hotspot Handphone anda.
Tengok tutorial dibawah bagaimana cara nak setting proxy Hotspot VPN pada IDM Windows PC.
1. Buka IDM dan pada tab Downloads, pilih atau klik Options
2. Pada Options tersebut, anda klik pada tab Proxy / Socks. Next, Tick pada bahagian Manual proxy/socks configuration. Isikan Proxy server address dan Port seperti yang anda sudah hafal sebelum tadi. Klik OK and DONE !
BACA JUGA: Cara Tethering Hotspot VPN Dari Phone Ke Phone (Tanpa Root)
Kini anda boleh mendownload file dengan sebaiknya menggunakan cara tersebut.
PERINGATAN !! Tiap kali anda Off Apps Every Proxy dan On pada keesokan harinya, Host Proxy akan berubah kepada Proxy yang berlainan, so anda kenalah setting semula pada Wifi Laptop anda dan IDM Software. Jika anda tidak lagi mahu menggunakan Hotspot VPN, dan ingin menggunakan Hotspot biasa, maka anda wajiblah set to default ataupun untick balik pada bahagian use proxy.
#HotspotVPN #hotspotvpnPC #Hotspotwithoutroot #tetheringvpn #androidhotspot #androidnoroot
#HotspotVPN #hotspotwithoutroot #vpntethering #freevpnhotspot #unlimitedhotspot #noroot #vpntetherwithoutroot #hotspotTanpaRoot #Androidvpn #AndroidHotspot #hotspotunroot
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hackersmode.blogspot.com/2021/04/cara-tethering-hotspot-vpn-ke-pc-laptop-tanpa-root.html