Cara Terminate Unifi Dan Pakai Maxisone Home Fibre
Rasanya dah lama sangat aku guna perkhidmatan dari Unifi. Tak ada masalah sangat dengan unifi cuma masalah takde unifi kadang-kadang tu biasalah standard.
Tapi sebab apa saya nak terminate unifi
Sebabnya adalah kontrak dah habis dan dapat pilihan yang lebih murah dan sangat berbaloi dari harga sekarang. Bayangkan harga RM199 dapat kelajuan 30mpbs dan upload 10mbps sahaja. Mahal giler.. Lepas beberapa bulan, paling tak tahan bila customer baru dapat diskaun murah RM 179, habis pelanggan lama ditindas macam tu tak ada offer baru..
Kontrak pun dah habis bolehla bebas pilih perkhidmatan lain dan yang menjadi pilihan adalah Maxis Fiber. Harga RM89 dengan kelajuan download dan upload 30mbps. Sangat berbaloi.
Maxisone Home
Cara Terminate Unifi
Saya terminat melalui twitter unifi sahaja. @helpmeunifi. Nanti Unifi akan minta keterangan untuk double comfirm dan kita bagi je butiran yang dikehandaki unifi. Contoh nama pengguna dan no akaun unifi. Keterangan seperti di bawah :
Hai awak. Mulai Ogos 2018, pelanggan TM yang ingin menamatkan servis perlu menyelesaikan baki tertunggak dan memberi notis kepada TM 30 hari sebelum tarikh penamatan servis. Jika akaun masih dalam kontrak, penalti akan dikenakan. Sila jelaskan bil anda dalam tempoh 14 hari (jika ada) dari tarikh notis diberikan. BTU perlu dipulangkan di TMpoint (untuk pelanggan unifi)Anda perlu kunjungi TMPoint selepas notis 30 hari tamat dalam tempoh masa 5 hari (hari ke 31-35) untuk buat penamatan akaun dan memulangkan BTU modem (untuk unifi). Contoh anda log Notis Penamatan hari ini (15/01/2019), anda perlu rujuk semula TMpoint pada hari ke 31-35 (14/02/2019 - 18/02/2019) untuk completekan Termination order. Gagal menghadirkan diri di TMpoint dalam tempoh berkenaan, anda perlu log Notis 30 hari semula.Kami akan ajukan notis penamatan akaun anda kepada pihak berkenaan. Sila lengkapkan maklumat berikut untuk pengesahan:Nombor akaun:
Nama pemegang akaun:
Nombor kad pengenalan:
Alamat penuh:
Nombor telefon bimbit:
Alasan penamatan akaun:
Masa untuk dihubungi (Isnin-Jumaat 9.30AM to 6PM):
Anda boleh rujuk alamat TMpoint terdekat di > http://bit.ly/1c1XcYs
* Harap maklum TMpoint Quill City Mall, Sunway Pyramid, JBCC tidak lagi menyediakan perkhidmatan penamatan akaun TM.Memang lama sangat nak terminat sebab kena tunggu 30 hari baru boleh terminate unifi. kalau ada kontrak nak batalkan kena bayar penalti tak silap dalam RM500 macam tu.
Owh yea, selepas 30 hari tu kena datang tarikh yang diberikan kat TM HQ yang berhampiran. Paling penting bawa modem unifi sekali.
Macam kes saya pula entah modem unifi kat mana tetiba hilang pula.. memang cuak habislah sebab kalau btu or modem hilang kena bayar modem tu tak silap RM500 tak termasuk caj sst.. cari punya cari tak jumpa nak tak nak memang kena redha je lah nak terminate ni..
Bila sampai kat kaunter tu untuk proses terminate, orang kaunter tu tak minta modem pape pun cuma tanya sebab kenapa terminate dan details peribadi. Masa tu memang dah lega habis.. Tinggalkan tunggu bil seterusnya untuk settledkan hutang dengan unifi..
Pemasangan MaxisOne Home FibreProses tempahan untuk pasang Maxis fibre sangat mudah just pergi je HQ Maxis dan isikan details yang dia minta untuk pemasangan Maxis FIbre.
Kena tunggu kalau tak silap 2 minggu agak lama juga nak tunggu pasang maxis fibre ni.. sebelum beberapa hari pemasangan Maxis ni nanti dapat sms/call untuk beritahu kita yang orang maxis nak datang umah..
Bila dah sampai Maxis kat umah then dia akan tunggu orang TM sampai pula sebb dorang ni ada kaitan.. Maxis kan pakai line TM. sama je lebih kurang cuma brand berbeza.
Kalau tgk review ramai yang bg ulasan tak menarik la tentang maxis fibre ni tapi bagi pendapat saya sendiri yang dah lapan (8) bulan guna maxis fibre so far takde problem. Ok je makin syok adalah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2019/08/cara-terminate-unifi-dan-pakai-maxisone.html