Cara Terbaik Putihkan Gigi
Senyum adalah satu sedekah. Lagi bagus, sekiranya senyuman itu disertakan sekali dengan pakej gigi yang putih dan bersih. Gigi kuning sedikit sebanyak akan mencacatkan persepsi pertama.
Sebenarnya pelbagai produk yang mampu memutihkan gigi tetapi biasanya produk sebegini mempunyai bahan kimia yang memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang. Harganya pula tidaklah murah. Perbelanjaan untuk rawatan atau produk sebegini boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
Kami kongsikan di sini cara terbaik putihkan gigi dengan cara efektif terutama dari segi kos.
Cara Terbaik Putihkan Gigi
1. Garam
Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya.
Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.
Sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan membubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.
2. Makan Buah Epal
Anda juga boleh cuba cara menghilangkan plak gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas plak gigi secara semulajadi. Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.
3. Soda bikarbonat & Perahan lemon
Letak soda bikarbonat dalam bekas. Perah lemon tadi kedalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa. Cara ni takleh diamal selalu tau. Kang tadi kita dah campur perahan lemon kan. Kerap kerap guna nanti terhakis gigi kita kan. Boleh tambah garam dan guna gel alovera dalam larutan tadi untuk kurangkan karang pada gigi. Selamat mencuba !
4. Makanan Berkalsium Tinggi
Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel yang terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh mambantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.
5. Arang.
Kami rasa, menggunakan arang untuk memutihkan gigi merupakan cara paling rendah kosnya. Namun, pastikah anda yang arang berupaya memutihkan gigi. Isu ini pernah menjadi isu hangat yang dipersoalkan oleh Doktor Gigi Genius dari Malaysia, Dr.Amalina.
Arang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) November 10, 2018
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/cara-terbaik-putihkan-gigi/