Cara Terbaik Gandakan Income Adsense
Cara terbaik gandakan income adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak menulis mengenai adsense ini. Tapi dalam beberapa hari ini, banyak cerita mengenai adsense yang muncul. Rasanya mungkin cerita google adsense ini datang selepas seorang youtuber Malaysia yang aku kira agak viral sekarang ini, puan Sugu Pavithra kini dibayar oleh google. Ramai yang tak tahu rupanya yang kita boleh jana income dengan google. Hari ini aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu.
Orait. Macam kes Sugu Pavithra ni, dia jana income melalui youtube. Dia buat channel dan lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google dan dia apply account google adsense. Selepas itu pendapatan dia akan dibayar melalui views/klik yang terhasil daripada video dia. Lebih banyak views dan subscribe akaun, lebih besar income yang bakal dia dapat.
Untuk jana income dengan youtube, aku tak boleh nak tulis panjang, sebab aku baru sahaja buat akaun youtube Mrejoy tapi belum ada video pun lagi. Belum sempat dan tak tahu nak buat niche apa. Jadinya sekarang aku lebih pada blog ini sahaja.
Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog.
Baik, untuk jana income adsense dengan blog lebih kurang sama je dengan youtube. Kena lulus beberapa syarat yang ditetapkan oleh google barulah boleh dapat akaun adsense. Tapi hari ini aku bukanlah nak cerita macamana cara mudah nak dapatkan akaun adsense, tapi aku lebih kepada nak cerita cara nak gandakan income adsense.
Ok, untuk point pertama untuk gandakan income adsense adalah dengan inti atau isi blog kita itu sendiri. Cuba tengok balik blog kita ini cerita tentang apa, berapa traffic sehari. Adakah post yang kita tulis penuh dengan keyword. Yang mana benda ini akan membuatkan blog kita berada di first page.
Ada banyak kelebihan bila blog kita berada di first page antaranya ianya terbukti menarik lebih banyak traffic pada blog dan pastinya, penulisan kita itu penuh dengan keyword yang di cari pembaca. Kemudian, ramai pembaca hanya mencari info yang mereka mahukan hanya pada 3 page terawal.
Kedua, cuba fokus pada niche yang mahal.
Kalau kita memang fokus untuk jana income dengan blog melalui google adsense, kita perlu fokus dengan niche dengan bayaran per klik mahal contohnya insurans. Niche ini antara niche dengan bayaran klik yang mahal. Untung mereka yang ada pengetahuan tentang pelindungan insurans ini dan ada blog mengenainya.
Ketiga, pastikan template blog adalah jenis responsive.
Boleh dapatkan template responsive ini secara percuma (boleh cari di google) ataupun berbayar. Tak tahu macam mana nak tukar template, boleh dapatkan servis daripada mereka yang pakar tentang ini (hampir kebanyakkan blogger akan tukar template asal kepada template lain sebaik sahaja buat blog baru)
Keempat, kedudukan iklan.
Kedudukan iklan dan jenis iklan juga salah satu cara yang boleh kita gunakan untuk gandakan income adsense dengan blog. Kalau aku, aku cadangkan iklan google adsense diletakkan pada bahagian bawah header, pada bahagian tengah dan bahagian bawah post.
Untuk bahagian atas dan tengah aku lebih sukakan iklan berbentuk gambar. Untuk bahagian bawah post aku sukakan iklan berbentuk link. Cara ini juga terbukti terbaik untuk gandakan pendapatan blog korang. Tapi kalau malas nak pening pening, korang boleh pilih auto ads sahaja. Biar adsense sendiri yang buat keputusan nak letak iklan dekat mana. Hehehe.
Kelima. Tulis dengan tulisan yang betul.
Jangan tulis macam kita tulis mesej dengan kawan kawan dekat handphone. Tulisan ini juga main peranan penting untuk letakkan blog kita pada first page google. Kalau jenis yang suka tulis singkat sebelum ini, dah boleh mula ubah kepada tulisan penuh ya!
Ke enam, banyakkan menulis perkara yang memberi manfaat
Mungkin ramai yang menganggap, blog seperti diari online buat mereka. Betul, tiada yang salah. Tapi kalau korang nak buat income dengan blog, korang kena tulis perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Contoh, tulis resepi masakan mudah untuk orang bujang ke, tulis cara nak buat duit paling mudah ke, atau apa sahaja.
Dia macam ini, korang tulis apa yang korang rasa orang nak tahu. Mesti korang tertanya Tanya kan, macam mana nak tahu apa yang orang cari dekat carian google ni? Kalau aku, mudah sahaja. Contoh aku cari sesuatu dengan google. Bila aku dapat jawapannya, aku akan tulis dengan blog aku. Sebabnya, pasti ada orang yang sama mencari apa yang aku cari dekat google.
Kemudian, cuba lihat situasi semasa. Macam sekarang, kita dalam tempoh PKPB kan, ramai sebenarnya yang tak tahu, boleh atau tidak balik beraya. Atau boleh atau tidak merentas negeri, atau apa sahaja info mengenai PKPB ini, ha, jadinya korang tulis pasal benda ini.
Orait! Rasanya cukup itu sahaja tips Cara terbaik gandakan income adsense dengan blog yang boleh aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada banyak lagi tips, tapi rasanya kalau kita ikut yang ini sahaja pun dah boleh berganda dah income kita dengan blog. Apa pun, aku doakan korang Berjaya jana income dengan google adsense ya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/05/cara-terbaik-gandakan-income-adsense.html