Cara Solat Tahajud Ringkas Dan Mudah
Sebelum ni Juju memang tak ambil tahu pun pasal solat tahajud. Untuk apa sebenarnya solat tahajud tu? Kenapa kena buat solat tahajud? Tapi bila Juju baca dan fahami kelebihan dan fadhilatnya, terasa malu dekat diri sendiri. Rasa malu dekat Allah SWT. Betapa sombongnya Juju duduk dekat atas muka bumi-Nya ni. Allahuakbar.
Jadi Juju terpanggil untuk berkongsi dengan korang cara untuk mengerjakan solat sunat tahajud yang lengkap beserta dengan doa dalam rumi dan kelebihan solat tahajud.
Apa itu solat tahajud?Solat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan selepas terjaga dari tidur tengah malam. Walaupun tidurnya cuma sekejap, tapi masih boleh melaksanakan solat tahajud. Tahajud juga dari segi penggunaan bahasa juga turut dikenali sebagai berjaga malam atau meninggalkan tidur. Oleh itu, Solat Tahajud juga disebut sebagai Qiyamullail
Solat tahajud juga merupakan solat sunat yang paling penting setelah solat fardu, harus dilakukan pada sepertiga malam terakhir. Dalam perspektif Islam, solat tahajud yang dilakukan secara konsisten dan ikhlas boleh menghapuskan dosa, meningkatkan darjat, meneguhkan iman, jiwa dan mental untuk mengharungi kehidupan, mendekatkan diri dengan pencipta, dan akhirnya mencapai ketenangan
Wajib ke tidur dulu sebelum solat?Terdapat pelbagai perbezaan pendapat mengenai hal ini. Menurut Imam al-Qurtubi, tahajud bererti bangun dari tidur. Walaupun tidur bukan syarat utama, tetapi paling afdal adalah tidur dulu, bangun, dan solat Tahajud, mengikuti sunnah Rasulullah. Ini menunjukkan kesungguhan melawan malas dan mengantuk
Berapa rakaat solat tahajud?Bilangan rakaat solat sunat tahajud tidak ditentukan secara spesifik, minimumnya adalah dua rakaat. Tahajud boleh dilakukan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas rakaat ataupun mengikut kemampuan masing-masing.
Masa yang sesuai untuk mengerjakan solat tahajudSolat Sunat Tahajud seeloknya dilakukan setelah bangun tidur, lebih tepatnya pada akhir malam, selepas waktu Isyak dan sebelum terbitnya fajar Subuh. Waktu terbaik adalah 1/3 malam terakhir, iaitu sekitar pukul 3 atau 4 pagi, dan berlanjutan hingga waktu Subuh
Niat solat tahajudNiat solat tahajud dalam rumi: Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Atau niat dalam Bahasa Melayu:Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Bacaan rakaat pertama1/ Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
2/ Membaca doa iftitah 3/ Membaca surah Al-Fatihah
4/ Membaca surah Al-Kafirun
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”
5/ Rukuk, iktidal dan sujud6/ Duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Bacaan rakaat kedua1/ Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua) 2/ Membaca surah Al-Fatihah 3/ Dianjurkan membaca surah Al-IkhlasQul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”
5/ Rukuk, iktidal dan sujud6/ Duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua7/ Duduk tahiyat akhir8/ Salam
Kalau nak tambah lagi solat sunat Tahajjud, maka boleh meneruskan lagi dengan dua rakaat — dua rakaat selepas memberi salam dengan mengulangi semula niat solat sunat Tahajjud
Doa lepas solatSelepas salam, bolehlah baca doa seperti berikut:
Doa solat tahajud dalam rumiAllahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq
AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billahi
Maksudnya:Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah
Kalau tiada lagi solat sunat yang ingin dilaksanakan, seeloknya kita tutup solat-solat sunat kita tu dengan solat witir. Barulah cantik perjalanan solat kita pada malam tu
Kelebihan solat tahajud1/ Pencegah Dosa dan Menghalang PenyakitRasulullah SAW bersabda:kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit
— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A
Malah, dengan solat tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan
Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti kita akan meningkat
2/ Solat Yang Paling Utama Selepas Solat FarduAbu Hurairah RA meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadan adalah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam (tahajjud)”
– Hadis riwayat MuslimDalam hadis ini, solat tahajjud disebut sebagai solat sunat yang afdal dilakukan selepas solat fardu lima waktu. Ini sekaligus menunjukkan kelebihan yang terdapat dalam solat tersebut
3/ Dimasukkan Dalam Syurga Tanpa Sebarang Hisab
Rasulullah SAW bersabda:Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: ‘Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?’ Lalu sekumpulan kecil yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia
— Riwayat al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid
4/ Diberikan Kebaikan Oleh Allah SWT Pada Setiap MalamDalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya pada malam hari ada satu waktu, tidak ada seorang Muslim yang meminta kebaikan dari urusan dunia dan akhirat melainkan Allah mengabulkan permintaannya. Hal tersebut berlaku setiap malam”
– Hadis riwayat Muslim
Waktu yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah waktu selepas pertengahan malam yang mana kebaikan yang dipohon adalah melalui Solat Sunat Tahajud ataupun Qiyamullail
5/ Diberi Rahmat Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Solat MalamAbu Hurairah RA juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari, kemudian melakukan solat dan membangunkan isterinya (untuk solat bersama). Ketika isterinya enggan bangun dari tidurnya, maka dia merenjiskan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada malam hari, lalu melakukan solat dan membangunkan suaminya. Ketika suaminya enggan bangun dari tidurnya, maka dia pun merenjiskan air ke wajahnya”
– Hadis riwayat Abu Daud
Hadis ini mengkhabarkan bahawa Allah SWT mengurniakan rahmat kepada pasangan suami isteri yang bangun pada waktu malam untuk melaksanakan solat tahajjud yang mana suami atau isteri tersebut membangunkan pasangannya untuk solat bersama dengan kasih sayang
6/ Benteng Dan Perisai Yang Kuat Untuk Menangkis SyaitanDalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat tahajjud merupakan benteng dan perisai yang kuat dalam menangkis dan meleraikan kawalan syaitan
Baginda bersabda:
Ketika kamu tidur, syaitan akan membuat tiga ikatan di leher kamu. Di setiap ikatan syaitan akan mengatakan: Malam masih panjang, tidurlah! Jika dia bangun lalu berzikir kepada Allah, lerailah satu ikatan. Kemudian jika dia berwuduk, lerailah lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika dia mengerjakan solat, lerailah ikatan terakhir. Pada pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika dia tidak melakukan seperti ini, jiwanya menjadi kotor dan malas”
– Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu HurairahRealitinya, hadis ini merupakan sumber motivasi dan galakan bagi seorang muslim untuk menjalani hari-harinya dengan penuh semangat di samping mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di waktu orang lain sedang lena tidur
Rahsianya adalah bangun malam, mensucikan diri dengan berwuduk lalu mengerjakan solat malam. Itulah sebaik-baik perisai untuk melindungi diri daripada bisikan syaitan
Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia1/ Jauh Daripada PenyakitSalman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;
Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
2/ Dikurniakan Kesan Takwa Pada WajahPernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya
Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali
3/ Dikasihi Oleh Semua ManusiaSesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun
4/ Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah
Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT
5/ Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya
Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT
PenutupKesimpulannya, amat mudah sebenarnya untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Pokok pangkalnya pada hati. Adakah masih ego dan tidak mahu berpaling kepada sang pencipta atau terus menunduk menjadi hambaNya yang beriman.
Rujukan:1/ My Sumber2/ Aku Islam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kasihjuju.com/2023/07/solat-tahajud.html