Cara Solat Sunat Tahajjud Niat Dan Doa Selepas Tahajjud
Assalamualaikum wbt,
Solat sinat tahajjud adalah solat yang sangat dituntut untuk dilakukan kerana banyak manfaat dan fadhilat yang boleh didapati dengan mengamalkannya.
Firman Allah swt dalam Surah Al-Isra' ayat 79 berbunyi,
وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
SOLAT SUNAT TAHAJJUDSolat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.
Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)Tujuan Solat TahajjudSebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.Mendekatkan seorang hamba dengan PenciptanyaTanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.Kelebihan Solat TahajjudTahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.Doa dimakbulkan Allah.Memperolehi ketenangan jiwa.Merasai diri hampir kepada Allah SWT.Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.Mencegah dosa dan menghindari penyakit.Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.Cara Solat Sunat TahajjudSolat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1. Niat Solat Tahajjud
Niat bahasa Melayu:
"Sahaja aku solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."
2. Bacaan selepas surah Al-fatihah
Bacaan dalam solat tidak dikhususkan untuk membaca surah-surah tertentu, tetapi jika mampu mengingati surah-surah panjang boleh dibaca mengikut kemampuan masing-masing.
Pada rakaat pertama: Baca Surah Al-KaafirunRakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
(Atau baca mana2 surah yg di sukai)
Boleh juga dibaca dengan ayat-aya qursi seerti dibawah
a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)b) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Doa Solat Sunat Tahajjud
Terdapat banyak doa yang boleh diamalkan selepas solat sunat tahajjud. Doa merupakan senjata orang-orang mukmin, pada waktu tahajjud merupakan waktu mustajab doa. Jadi, usah biarkan waktu mustajab doa ketika tahajjud itu dipersiakan begit sahaja.
Ada beberapa doa yang boleh diamalkan ketika solat tahajjud dan selepas selesai solat sunat tahajjud. Antaranya adalah :
1. Doa Ketika Sujud Terakhir Solat
2. Doa Selepas Solat Sunat Tahajjud
Jika belum mampu untuk lakukan solat sunat tahajjud, jangan sedih sentia mohon doa pada Allah. Ketika hujan turun dengan lebat, pada mana waktu mustajab doa, mohon doa bersungguh-sungguh.
Angkat tangan,
"Ya Allah, izinkan aku untuk mentaati pada perintah-Mu. Ya Allah, tolong aku untuk solat dengan khusyuk. Ya Allah, tolong aku untuk sentiasa baca Quran. Ya Allah, jadikan aku orang yang mencintai amalan Rasullullah saw dengan bertahajjud. Ya Allah, jadikan diriku, suami/isteriku, zuriat keturunanku sentiasa mentaati perintahMu, khusyuk dalam solat, mencintai membaca dan mengamalkan Al-Quran dan jadikan kami orang-orang yang suka lakukan tahajjud setiap hari." Aamin Ya Mujib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.vitaminwawa.com/2017/12/solat-sunat-tahajjud.html