Cara Simpan Duit Dalam Tabung Mae Maybank


Assalamualaikum. Ayue ni memang seorang pengguna tegar Maybank. Segala urusan transaksi harian memang Ayue guna Maybank. Kadang-kadang sehari berpuluh kali Ayue buka apps M2U tu untuk buat transaksi. Tak kira lah sama ada untuk bayar barang guna QR Pay ke, check balance ke, dan baru-baru ni Ayue makin kerap guna bila Maybank memperkenalkan MAE (Maybank, Anytime, Everywhere). 


Apa itu MAE Maybank?MAE ni e-wallet. Dulu MAE ni ada dalam apps M2U, tapi sekarang Maybank dah buat apps MAE itself untuk memudahkan lagi urusan seharian anda. Kenapa Ayue cakap mudah? Sebab lepas Ayue install MAE, Ayue terus uninstall M2U. MAE ni berganda lagi best sebab dia ada banyak sangat features yang membantu anda urusan kewangan anda. Percaya lah, Ayue dah cuba dan Ayue rasa kewangan Ayue lebih terurus sekarang ni. Ayue boleh bezakan duit mana nak guna untuk cash, duit mana nak guna untuk cashless (e-wallet) dan paling best, duit mana nak simpan, dalam tabung yang berbeza-beza. Haa, banyak kan function dia? 
Oh ya, macam Ayue cakap tadi, MAE ni e-wallet, jadi penggunaannya tidak terhad kepada pengguna Maybank saja tau. Bank lain pun boleh guna MAE ni. Takda masalah. MAE ada no akaun dia tersendiri. Jadi anda boleh topup MAE anda dari bank lain macam biasa


Apa kelebihan MAE Maybank?Selain dari manage duit anda dalam MAE, anda juga boleh bayar guna QR Pay, bayar bil, transfer duit, reload dan macam-macam lagi lah sama seperti M2U. Menariknya, dekat MAE anda boleh track amount yang anda spent di Spending Summary ni. Semua dia tulis situ. Maka senang lah anda nak pantau perbelanjaan anda. 


Selain tu, dalam MAE juga ada Maybank2u. Kalau anda taknak guna MAE untuk bayar bil apa semua tu, ada boleh juga guna Maybank2u anda dalam apps MAE ni macam biasa. Sebab tu Ayue kata apps M2U tu macam dah takda function dah untuk Ayue sebab apa yang Ayue perlukan dah ada siap-siap dalam apps MAE ni



Dekat bahagian Expenses ni lah anda boleh track penggunaan duit anda. Semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu Financial, Food & Beverage, Other Expenses, Home & Property, Transportation, Medical, Services, dan Entertainment


Ok, part yang paling best dalam MAE ni ada dekat bahagian MORE. Kalau anda tengok dekat bahagian MORE ni, Ada banyak sangat features yang best termasuk lah Wallet, Tabung, Food, Travel Deals, FIlght Deals dan macam-macam lagi. Untuk entry kali ni, Ayue cuma nak highlight features TABUNG sebab Tabung MAE Maybank ni dah jadi Tabung favourite Ayue. Kenapa Ayue suka sangat guna Tabung ni? Ok jom Ayue terangkan



Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE MaybankPertama sekali, anda kena tahu anda nak buat tabung ni untuk simpan duit apa. Kalau dah tau tabung apa yang anda nak simpan, anda boleh Create Tabung dan pilih options yang ada


Macam Ayue. tahun depan Ayue target nak beli phone baru. Ganti phone Ayue yang dah berkurun tak tukar-tukar ni. Ayue pilih Shopping dan letak nama tabung Ayue, PHONE

Kemudian pilih bila anda nak mula menabung dan bila anda nak tabung anda penuh dan MAE akan kirakan berapa amount sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda tu. Anda kena ada target anda sendiri lah bila anda nak buat tabung tu kan. Nama pun tabung



Next, anda akan diberi summary tabung anda. Anda boleh pilih sama ada nak menyimpan dalam tabung sendirian atau anda nak menabung dengan orang lain. Contoh menabung dengan orang lain ni sesuai untuk mereka yang plan nak pergi bercuti beramai-ramai. Plan nak bercuti dengan family. Jadi sebulan masing-masing simpan dalam tabung yang sama. Anda ni kira bendahari lah senang cerita. Haha



Kalau taknak saving beramai-ramai takpa. Anda boleh menabung seorang diri. Pilih saja akaun mana yang anda nak Tabung ni deduct. Dari akaun savings, atau dari MAE itself. Anda boleh juga pilih untuk auto deduct atau anda yang nak masukkan sendiri ikut kesesuaian badget anda hingga tabung penuh. Mudahkan


Tadaa! Siap dah tabung Ayue. InsyaAllah by May tahun depan merasa lah Ayue phone baru. Amen Amen Amennn




Ayue dah setup beberapa tabung yang Ayue nak simpan. Antaranya phone tadi, Roadtax, dan Kindergartens Qaayed (Tabung dah penuh Alhamdulillah). Duit yang anda simpan dalam tabung ni takkan kelihatan ye dalam akaun savings mahupun MAE anda. Duit anda tersimpan terus dalam tabung supaya anda tak terguna. Tapi jangan risau. Bukannya anda tak boleh keluarkan balik duit dalam tabung tu. Boleh saja withdraw fund dari tabung dan boleh juga fund extra tabung anda jika anda ada duit lebih. 


Macam mana? Best kan MAE ni? Anda boleh pantau savings dan tabung sekaligus. Kewangan lebih terurus betul tak? Kalau anda belum try lagi MAE ni. boleh lah install sekarang. Cari je di Appstore atau Play Store anda

Nanti ada masa Ayue sambung apa yang best lagi tentang MAE ni ok




xoxo,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ayueidris.com/2020/11/cara-simpan-duit-dalam-tabung-mae.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Duit Dengan Handphone Guna Whatsapp Je Jual Ebook

Cara Buat Duit Dengan Handphone Guna Whatsapp Je Jual Ebook

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 654 hits
Bagaimana Untuk Kita Boleh Menjana Income RM12000 Sebulan Atau Lebih Dengan Jadi Penjual Ebook Je Wah sangat menarik Di kala mana seluruh dunia terkesan akibat pandemic Covid 19 ini termasuk kita di Malaysia ini Tak dapat dinafikan ramai di...
Cara Buat Duit Musim Pkpb Covid 19

Cara Buat Duit Musim Pkpb Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 423 hits
Hai Assalamualaikum semua Apa khabar Korang sihat ada ke di antara yang baca blog mommy ni yang kena Covid Mommy harap tak ada lah yeah Kalau ada mommy doakan korang segera sembuh Ini ujian dan dugaan kita kat dunia ni Moga kesakitan itu me...
Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 248 hits
Membuat blog boleh menjana pendapatan jika benar benar serius Dalam kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk membendung penularan pandemik Covid 19 pelbagai perkara boleh kita lakukan di rumah Dalam keadaan ekonomi ...
Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan Thijari

Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan Thijari

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 385 hits
Salam to all readers Cara Mudah Buat Semakan Tabung Haji Menggunakan THiJARI Kita sekarang hidup dalam kehidupan norma baru dimana kita tidak digalakkan keluar rumah tanpa urusan penting Terutamanya yang duduk di zon merah Mahu atau tidak k...
Cara Simpan Barang Dapur Basah Supaya Kekal Segar

Cara Simpan Barang Dapur Basah Supaya Kekal Segar

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 495 hits
Barang dapur basah merupakan bahan utama yang penting di dapur untuk penyediaan makanan harian kita Setiap bahan mentah mempunyai tempoh kesegaran yang berbeza
Cara Buat Duit Dengan Klikjer

Cara Buat Duit Dengan Klikjer

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 442 hits
PENDAHULUAN Anda pernah dengar berkenaan satu platform produk digital atau ebook popular di Malaysia iaitu KLIKJER Sebenarnya platform ini dah lama ada dan ramai sebenarnya pernah membeli tanpa sedar daripada mereka Betul Saya sendiri dah b...
Cara Simpan Kentang Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Tahan Lama

Cara Simpan Kentang Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 290 hits
Biasanya kentang tak lah rosak macam buah yang membusuk Tapi kadar kelembapan dalam kentang akan mula merosot kalau tak disimpan dengan cara yang betul Ini lah yang menyebabkan permukaan kentang menggerutu berkedut dan jadi sedikit lembik N...
Anak Mengadu Penglihatan Tak Jelas Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

Anak Mengadu Penglihatan Tak Jelas Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 401 hits
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah Bagaimana caranya Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini Anak mengadu penglihatan kabur Sekiranya si kecil mengadu mereka tid...
Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 476 hits
Mata dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur itulah yang sering menjadi keluhan ibu hamil yang menunggu saat melahirkan Perut yang membesar dan rasa tidak selesa sering mengganggu tidur nyenyak pada malam hari Waktu tidur yang diperlukan ole...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya