Cara Setting Mytv Myfreeview Untuk Tv Panasonic Built In Decoder
Cara Setting MyTv/MyFreeview Untuk TV Panasonic Built In Decoder l Ramai yang belum tahu sebenarnya apa itu MyTV/Myfreeview. MYTV adalah siaran tv digital percuma di Malaysia. Malaysia sedang menuju ke siaran digital sepenuhnya. Ini kerana siaran konvensional sekarang (analog-bintik-bintik) akan ditamatkan perkhidmatan bagi menyediakan siaran dan gambar yang lebih baik sesuai dengan status negara yang semakin berkembang. Penerima BSH/BRIM terpilih ada yang mendapat decoder secara percuma dari kerajaan. Yang tak terpilih kena beli.
Bagaimana nak dapat siaran digital MYTV?
Siaran MYTV hanya boleh diterima dengan dekoder khas DVB-T2 bersama antenna digital atau UHF tulang ikan. Untuk model baru (dari kerajaan), ada juga connection untuk S2. Maksudnya boleh terima siaran melalui piring satelite. Kalau ada piring astro tak pakai, boleh guna. Namun hanya dapat terima siaran menggunakan decoder ori dari kerajaan dan disahkan oleh pengendali mytv bahawa decoder boleh menggunakan piring satelite.
TV keluaran baru juga ada yang memasang dekoder T2 secara built-in (sudah pasang siap dalam tv). Maksudnya cuma perlu sambung antenna sahaja. Bagi yang memiliki TV Panasonic, dibawah adalah cara-cara untuk setting mytv/myfreeview tanpa perlu beli decoder yangbaru. Boleh rujuk gambar untuk tengok step by step.Cara Setting MyTv/MyFreeview Untuk TV Panasonic Built-In Decoder
1. Tekan butang input.
2. Pilih "Digital".
3. Tekan butang "Home" pada alat kawalan. Kemudian, pilih "Setting" dan "System Setting".
4. Pilih "Channel Set-Up", kemudian "Digital Set-Up".
5. Seterusnya, pilih "Digital Tuning".
6. Pilih "Digital Manual Tuning".
7. Ubah "Channel No"(Semenanjung:30/43/44/45/46/49/52)(Sabah/Sarawak:34/36/42/43/47/52)
8. Lepas masukkan No, tekan "OK" pada alat kawalan. Tunggu dalam 3 saat, tengok signal level ada naik ke tak
9. Kalau "Signal Level" & "Signal Quality" tak naik, tukar no lain selepas 3 saat
10. Jika ada naik signal, tapi tak capai separuh, sila alih kedudukan Antenna hingga signal stabil (Antenna outdoor senang untuk stabil)
11. Jika sudah jumpa kedudukan Antenna yang stabil, Tekan balik "Channel No" kepada satu, kemudian, pilih "Scan Up" atau boleh buat "Auto Setting"
Tak perlu bazir duit beli decoder untuk dapat tonton siaran Mytv/MyFreeview. Selamat mencuba perkongsian daripada saudara Anas Abdullah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nicknashram.com/2019/10/cara-setting-mytvmyfreeview-untuk-tv-panasonic-built-in-decoder-.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)